Ambi Pur Puresse InstantMatic Bamboo Automatic Spray
HARUM SEPANJANG MASA
Saya sentiasa mahukan kediaman saya seperti bilik tidur, tandas, dapur, bilik anak-anak dalam keadaan wangi sentiasa.
Agak melecehkan untuk saya apabila perlu sembur di setiap pelusuk rumah untuk memastikan rumah wangi berpanjangan.
Sebagai wanita bekerjaya, saya sukakan jenis semburan automatik seperti ini.
saya tidak perlu lagi menyembur secata manual. hanya perlu masukkan bateri dan laraskan.
Rangkaian bau yang sangat menyenangkan juga membuatkan saya tidak sabar untuk mencuba kesemuanya! Setiap satu memberikan aroma yang sangat berlainan dan memberikan ketenangan.
Anak-anak juga mempunyai citarasa yang berlainan. Jadi saya boleh mencuba pelbagai jenis haruman pada satu-satu masa.
Setiap satu haruman dapat bertahan lebih dari sebulan! Wow! sangat mengujakan!
Saya juga telah merekomendasikan kepada kawan-kawan sepejabat dan jiran-jiran di sekitar taman.
Suasana yang harmoni juga membantu hubungan kekeluargaan dan hubungan saya dan suami.
Terima kasih!
DOVE Shower Beauty Moisture
KELEMBAPAN SEPANJANG HARI
Pertama kali saya ingin mencuba saya rasa sedikit curiga kerana saya telan banyak mencuba produk-produk dari pasaraya yang harganya jauh lebih murah.
Tetapi pada waktu itu saya dan keluarga keluarga bercuti dan terlupa untuk membawa sabun bersama, jadi saya membuat keputusan untuk mencuba tanpa berfikir panjang.
Saya kurang gemar menggunakan produk-produk murah kerana kulit akan jadi sangat kering seluruh badan dan akan menggelupas!
Saya tidak mahu itu terjadi lagi!
Tetapi kerana saya terlupa untuk membawa bersama sabun saya, saya terpaksa membelinya.
Pertama kali saya membeli sabun ini adalah dalam bentuk pek. Apabila saya membuka plastik pek tersebut, baunya sangat segar dan pada masa yang sama sangat “foamy”.
Apabila saya menggunakannya saya dapat rasakan tidak ada kesan kesat pada tangan dan badan saya.
Paling mengujakan saya apabila saya hanya menggunakan sedikit sahaja tetapi sudah cukup untuk keseluruhan badan saya!
Ini sungguh menjimatkan!
Selain itu, sabun dove ini juga membantu saya mengekalkan kelembapan sepanjang hari.
Seperti yang saya katakan tadi, saya mempunyai kulit yang kering dan mudah menggelupas. Jadi selepas mandi, saya perlu mengguankan losyen untuk menambahkan lagi lapisan kelembapan kulit saya.
Kadang kala saya terpaksa berhabis berjam-jam untuk menunggu losyen meresap ke dalam kulit!
Selain itu, sabun dove juga membantu menghilangkan kasar-kasar di bahagian punggung dan tapak kaki.
Kini saya tidak lagi perlu berbelanja dengan banyak untuk sabun badan.
Suami dan anak-anak juga sangat gemar menggunakan sabun dove ini.
Untuk saya yang ini pilihan saya. Suami pula lebih suka yang mempunyai skrub di dalamnya.
Kini kami semua percayakan dove!
Dove setanding dengan sabun dari produk-produk sabun mahal yang lain.
Anda patut mencubanya!
SAMYANG BULDAK SPICY CHICKEN NOODLE
PEDAS DAN SEDAP!
Pertama kali saya mencuba produk ini untuk membuat samyang challenge dan tular di media sosial.
Ianya terkenal dengan perencahnya yang pedas dan merah ditambah pula dengan biji bijan untuk menambahkan rasa.
Kuantiti mee juga sangat banyak! Tak terhabis saya!
Meenya juga sangat lembut dan cepat dimasak. Jika anda tidak mahu masak, anda juga boleh menggunakan air panas seperti zaman semasa belajar di asrama dahulu!
Benar-benar menggamit memori. Saya lebih suka beli sendiri dan lebih sedap daripada samyang yang dibeli di kedai-kedai.
Cuma saya berharap agar sijil halal diperketatkan. Hal ini kerana saya tinggal di Malaysia, dan kami beragama Islam. Soal halal dan haram perlu dititik beratkan.
Samyang sangat sedap tetapi saya harap saya dapat makannya dalam keadaan tanpa was-was dan halal.
Perencah yang digunakan juga sangat sedap dan pedas. Saya sukakannya! saya juga telah mencuba perisa lain seperti keju, strawberi, dan sejuk.
Anda patut mencubanya!