Head & Shoulder Cool Menthol Shampoo
Hilang kegatalan dan masalah kelemumur
Saya mengalami masalah kegatalan dan kelemumur di kulit kepala sejak dua tahun lepas. Berbagai-bagai produk sudah saya cuba namun masalah gatal dan kelemumur masih tidak hilang. Akhirnya semasa saya tinggal di rumah kakak sulung, saya mencuba shampoo ini yg ada dirumahnya ketika itu. Setelah menggunakannya, kepala saya terasa ringgan dan sangat segar. Gatal yg selama ini dialami hilang waktu itu. Jadi sehingga kini saya menggunakan shampoo Head & Shoulder Cool ini dan kelemumur semakin kurang. Terima kasih Head & Shoulders Cool Menthol
Shokubutsu Clean Fresh Green Tea Harmony Shower Foam
Sangat sesuai untuk kulit berjerawat
Saya mengalami kulit berjerawat sejak dari umur 14tahun. Jerawat bukan sahaja tumbuh di kulit muka tapi juga di kulit badan terutama di belakang badan. Setelah mencuba produk green tea di wajah, kulit wajah semakin pulih. Oleh itu saya bertekad untuk mencari produk sabun green tea juga. Akhirnya kini saya telah menjumpai produk badan yang bukan sahaja dapat mengurangkan jerawat badan malah berbau segar dan tenang. Sehingga kini, saya hanya memakai mandian Shokubutsu Green Tea refill pack sahaja kerana harga yg sangat jimat dan berbaloi.
Top Powder Detergent Anti-Malodour (Pink)
Bau baju menjadi sangat harum dan wangi
Semenjak saya berbau harum pada baju rakan serumah saya, dia memberitahu bahawa dia menggunakan Top Anti Malodour berwarna pink. Saya mencubanya buat pertama kali dan jatuh cinta pada keharuman dan ia juga sangat tahan lama pada baju selepas cucian. Semenjak itu saya memakainya sehingga kini. Saya tidak akan berubah kepada sabun baju yang lain. :)