CIMB Debit MasterCard
Mudah dan cepat tetapi perlu disimpan dengan selamat
Kekuatan: Saya selalu menggunakan wang tunai untuk bayar tetapi sekarang lebih mudah guna CIMB Debit MasterCard sebab segala urusan lebih cepat dan mudah. Kelemahan: Debit card perlu dijaga dan disimpan dengan baik sebab mudah disalahguna oleh pihak lain.
Pineng PN-920 20000 mAh Power Bank
Tahan Lama dan Berbaloi!!!
Kekuatan:Produk yang baik kerana boleh digunakan berkali-kali. Dengan harga yang berpatutan semua orang boleh beli dan guna. Sesuai untuk semua jenis smartphone dan tablet. Kelemahan: Saiz agak besar dan berat sedikit tetapi berbaloi sebab tahan lama
Pharmaton Caplets with Selenium
supplement yang terbaik untuk bekal tenaga seharian
Phamaton ni saya makan sejak zaman sekolah universiti lagi. Rasanya ubat ini ok dan boleh di makan semua orang dengan mudah, perlu minum air yang secukupnya.Selepas makan, saya dapat rasakan perubahan iaitu tidak mengantuk di dalam kelas dan lebih fokus ketika revision nota kuliah.Badan juga rasa lebih bertenaga dan kurang mengantuk serta dapat bertahan melakukan pelbagai aktiviti seharian tanpa berasa cepat penat.Memang saya syorkan untuk kegunaan semua orang tidak mengira umur.