Horlick Original Malt Flavour
Horlicks Perisa Original
Horlicks perisa original ini adalah betul-betul minuman kegemaran saya dan anak-anak. Kami minum setiap hari pada waktu pagi dan petang. Saya akan pastikan anak-anak minum horlicks panas sebelum ke sekolah supaya mereka mendapat tenaga dan sebagai alas perut supaya tidak berasa lapar sebelum waktu makan rehat. Pada petang pula, horlicks ais sebagai minuman selepas anak-anak selesai aktiviti sukan atau riadah. Saya juga minum bersama anak-anak. Horlicks perisa original ini lebih digemari kami berbanding perisa coklat. Horlicks original ada aroma yang sangat sedap lebih-lebih lagi diminum sejuk bersama ais.
NESCAFÉ Blend & Brew Original
Nescafe 3in1 Original
Nescafe 3in1 perisa Original adalah kegemaran saya dan juga suami. Sudah bertahun minuman ini menjadi teman setia. Ia adalah minuman wajib untuk sarapan suami sebelum ke tempat kerja. Enak diminum tidak kira bersama biskut, roti atau makanan berat. Kalau kami pergi bercuti pun mesti bawa bekalan Nescafe 3in1 ini. Aroma dan rasa yang sangat enak dan sempurna.