OLAY TOTAL EFFECT GENTLE CREAM
Kulit bersih dan segar
Saya dah pakai produk olay pelbagai jenis lebih dari 8 tahun. OLAY TOTAL EFFECT 7 IN 1 ANTI AGEING ni salah satu produk olay kesukaan saya. saya ada juga bertukar produk sebelum ini tapi tidak sesuai dengan keadaan kulit saya. maka saya beralih kembali kepada olay. setelah menggunakan OLAY TOTAL EFFECT 7 IN 1 ANTI AGEING, kulit menjadi bersih dan segar. jika kulit berjerawat, hanya jerawat kecil sahaja yang timbul
BIO-ESSENCE Miracle Bio Water
Sangat Menyegarkan
Saya suka pakai ni spray dekat muka, rambut dan tangan sekali. sesuai juga digunakan sebelum dan selepas bermakeup. makeup pun jadi lebih tahan lama dan muka pun glowing sepanjang hari. untuk mengelakkan rambut berbau, boleh spray je ke atas rambut. untuk yang kulit berminyak juga sesuai menggunakan prdouk ini, demi kesegaran kulit.
IN2IT Moisture Intense Lipstick MI03 Berry
warna lipstik cantik
Koleksi warna lipstik yang sangat cantik dan sesuai dengan warna kulit saya. Lipstik ni juga tidak membuatkan bibir saya kering. Mudah untuk digunakan dan mempunyai pelbagai warna yang menarik. Harga juga mampu milik dan berpatutan.
Silkygirl Perfect Sharp Eyeliner 01 Blackest Black
Tahan lama
Saya pakai eyeliner ni dekat 3 tahun. Harga juga berpatutan dan mampu milik. Eyeliner Silky Girl ni mudah untuk digunakan terutamanya untuk yang baru belajar melukis garis mata. Eyeliner yang tidak terlalu cair dan senang untuk dibuang.
Aiken Daily Sunscreen Lotion SPF30++
Lotion Wangi
Bau lotion yang wangi dan menyegarkan kulit sepanjang hari. Saya pakai produk ni dekat 2 tahun dan masih setia memakainya sehingga kini. Lotion Aiken ni menjaga kulit saya sepanjang hari dari sinaran matahari yang terik. Harga Lotion Aiken ni juga berpatutan dan mampu milik.
NESCAFÉ Blend & Brew Original
Tak cergas seharian kalau tak minum kopi ni
NESCAFÉ Blend & Brew Original perisa kegemaran saya dan keluarga. keluarga saya peminat minuman kopi. tapi yang menjadi pilihan kami sekeluarga tentulah NESCAFÉ Blend & Brew Original. boleh dikatakan, kalau tak minum kopi, seharian akan terasa lesu dan tidak bertenaga. jadi, kami perlukan kopi NESCAFÉ Blend & Brew Original untuk menceriakan dan memberi tenaga sepanjang hari tak kira waktu bekerja atau waktu bersama keluarga.