Gardenia Original Classic
Pilihan saya sekeluarga
Roti yg lembut, gebu. Jenama yang bertahan lama di pasaran sehingga kini. Saya sekeluarga memang menjadikan gardenia sebagai pilihan kami untuk bersarapan dan minum petang. Makan macam tu saja pun dah sedap. Atau cicah air kopi. Perghhh! 2 keping saja dah cukup mengenyangkan.
Libresse SUPER SLIM Liners Unscented
Murah
Jenama pilihan saya untuk keselesaan di samping harganya yang murah tetapi kualitinya setanding dengan jenama hebat lain.
Cap Limau Yu Yee Oil
Petua kembung perut bayi
Pertama kali gunakan pada bayi saya bila dia mengalami kesukaran untuk tidur kerana kembung perut. Tak sampai 2 jam menyapu minyak ini, anak saya buang air besar, kentut & selepas itu tidur lena. Thumbs up!
Clearblue Digital Pregnancy Test with Conception Indicator
Macam magik
Benda ni macam ahli nujum je. Boleh tau orang hamil ke tak. Bukan setakat tau positif hamil atau negatif,tapi siap tau berapa minggu hamil lagi. Macam tak masuk akal pun ada. Haha. Tapi yang peliknya, betul pulak tu benda ni teka. Pergi klinik pun, doktor ambik masa nak confirm usia kandungan, nak kena scan sana sini, tanya itu ini baru boleh tau. Tapi benda ni tak sampai 5 min dah dapat jawapan. 99% tepat pulak tu! Berbaloi laa beli mahal pun.