Nano White Fresh Miracle Mist
Menyegarkan kulit
Saya telah mengguna nano white fresh miracle mist ni sebagai toner selepas mencuci muka. Selepas semburan, muka menjadi segar dan berangin. Baunya juga menyenangkan menyebabkan saya menjadi ketagih untuk menyembur selalu. Harganya juga sangat berbaloi dan mampu milik berbanding face mist dari jenama lain.
Thursday Plantation Tea Tree Daily Face Wash
Sangat sesuai untuk kulit berminyak
Saya sangat suka pencuci muka ini kerana ia dapat mengurang minyak yang ada dikulit muka saya. Harganya sangat berbaloi dengan kuantitinya 200ml. Ia berbentuk gel dan sangat tahan lama. Pencuci ini mengandungi bahan-bahan yang boleh merawat dan mengecutkan jerawat. Selepas menggunanya, muka akan berasa sedikit menegang dan bersih.
SkinLabs Concentrated Vitamin E Cream
Tidak sesuai untuk kulit berminyak
Saya beli di farmasi guardian. Antara krim vit e yang murah. Saya mengguna krim ini untuk memudarkan parut jerawat saya. Saya pakai pada waktu malam kerana waktu siang kulit saya cepat berminyak dan berpeluh. Krim ini mempunyai bau yang menyenangkan dan tidak melekit jika pakai dalam kuantiti yang sedikit. Hanya pakai dikawasan yang berparut.
Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser With Vitamin E
sangat sesuai untuk muka berjerawat
Sejak saya mengguna pencuci muka cosmoderm, jerawat di muka saya berkurang. Walaupun saya terlupa untuk pakai toner atau pelembap, jerawat tetap mengecut jika guna secara konsisten. Pencuci ini juga dapat mengurangkan minyak dimuka tapi tidak menyebabkan kulit menjadi kering. Tekstur pencuci muka cosmoderm ialah krim. Sangat tahan lama. Tidak memerlukan mengguna kadar kuantiti yang banyak. Mungkin dalam 1cm dah cukup untuk mencuci seluruh muka dan leher.