Gardenia Original Classic
Roti buku apa yang sedap?
Jawapannya adalah Roti Gardenia Original Classic. Roti buku ini telah menjadi roti keluarga kami sekeluarga untuk bersarapan. Lebih enak dibakar dan selepas itu di sapu marjerin dan kaya. kami juga sering membuat roti telur dan dimakan bersama mayonis or sos cili. Roti ini sesuai untuk yang muda mahupun warga emas kerana rasa yang lazat dan tentu menyelerakan. Selain itu, roti gardenia ini juga tidak perlu untuk membuang bahagian tepi roti kerana bahagian ini terlalu lembut untuk dimakan sekali. Berbeza dengan brand yang lain bahagian tepi terpaksa dibuang. Dan paling penting roti gardenia classic original ini juga yang saya makan bersama celup milo panas ketika saya sakit.
Planta Margarine Multi-purpose
Biskut raya 3 generasi dengan marjerin Planta.
Since my late mother and akhirnya resepi itu telah betukar tangan ke saya, kami tetap dengan menggunakan marjerin planta sehingga kini. Tidak sekali pernah betukar marjerin kerana planta telah serasi dengan resepi yang turun menurun dari nenek saya. Rasa yang sebati dengan haruman yang menyelerakan apabila dibakar didalam oven. sungguh mengodakan sehingga biskut yang diperbuat menggunakan planta sedap dimakan bersama keluarga. Adunannya juga sungguh serasi bersama apa jenis kuih dan kek.
Top Powder Detergent Anti-Malodour (Pink)
Top Powder Detergent Anti-Malodour yang amat sesuai untuk para ibu bekerja.
Bukan terlebih sesuai tapi amat menyenangkan para ibu yang penat balik bekerja untuk mencuci baju. Tidak perlu risau kerana baju yang disidai didalam rumah berbau hapak kerana haruman dari Top detergent pink amat menyenangkan sehingga pakaian kekal harum. Tidak perlu menyental kerana segala kekotoran hilang jika kita mencuci. Disamping itu harga amat berpatuan dan kerja saya dipermudahakan sehingga tidak memerlu saya melonggok baju untuk mencuci baju seminggu sekali. Dengan hati yang senang saya mencuci baju dua kali sehari. Segala kekotoran terutama baju sekolah juga akan hilang dengan Top Powder Detergent Anti Malodour. Benda wajib ade perlu ada dirumah.