Johnson’s® Baby Oil
Baby Oil Johnson's
Saya telah menggunakan Baby oil Johnson semenjak kelahiran anak yang pertama. Ia sangat berkesan untuk kulit bayi yang lembut. Sebelum ini kulit bayi saya cepat kering dan apabila saya menggunakan Baby oil Johnson' s tiada lagi masalah kulit bayi saya yang kering malah saya gunakan setiap hari selepas waktu mandi untuk bayi saya. Bukan saja di sapu pada kulit kering malah saya gunakan minyak ini untuk buat urutan kepada bayi saya terutama selepas waktu mandi.
EUBOS Sensitive Lotion Dermo Protectiv
Produk yang bagus
Sebelum menggunakan losyen ini kulit saya kering dan gatal. Bila dah try guna semua masalah kulit saya telah dapat di atasi..
Pureen Medicated Powder
Bedak Berubat Yang sangat bagus
Saya telah menggunakan bedak Pureen ini semenjak kelahiran anak yang pertama. Bedak ini sangat banyak membantu terutama untuk kulit anak saya yang sentiasa banyak ruam. Saya telah mencuba bermacam-macam jenis produk tetapi masalah tetap sama malah semakin serius tetapi setelah saya mencuba bedak berubat Pureen masalah ruam yang ada pada kulit anak saya telah beransur hilang.