F&N 100 Plus
100Plus Minuman Isotonik Terbaik
Kali pertama saya minum 100 Plus adalah ketika saya mengalami demam dan badan rasa lemah dan kurang bermaya. Mula-mula saya agak skeptikal untuk mencuba tapi kawan saya cuba meyakinkan saya bahawa 100 Plus ni bagus. Ternyata benar apa yang kawan saya katakan. Saya rasa better berbanding sebelumnya. Hilang rasa badan lemah dan kekurangan air. So sejak dari itu, tiap kali saya rasa lemah tak bermaya atau rasa dehydrated, saya pasti akan beli dan minum 100 Plus.
Nestle Corn Flakes
Kegemaran Keluarga
Nestle Cornflakes merupakan kegemaran keluarga saya. Harga yang amat berpatutan dan lebih murah berbanding jenama saingan, adalah juga sebab mengapa saya memilih untuk membeli Nestle Cornflakes. Value For Money ? Jika dapat buat promosi 'add on value' pun bagus juga. Contohnya: beli 1 kotak Nestle Cornflakes, akan dapat beli Nestle Fresh Milk dgn harga yg lebih murah dari harga biasa
Massimo White Sandwich
Memang Sedap
Mengapa saya suka makan roti Massimo White Sandwich? Tidak seperti sesetengah jenama roti sandwich lain yang ada di pasaran, roti Massimo White Sandwich memang sangat lembut teksturnya. Itulah keistimewaannya ? makan dengan jem atau makan kosong begitu sahaja pun sedap.