Apple iPhone 7 Plus
iPhone 7 Plus is amazing !
iPhone 7 Plus tidak seperti iphone-iPhone yang terdahulu. Ia direka khas untuk penggemar-penggemar photography jarak dekat kerana dilengkapi dengan dwi-camera yang membolehkan gambar tersebut menjadi potrait mode. Amat sesuai untuk peminat photography untuk mengambil gambar. Selain itu, iPhone 7 Plus ini juga mampu bertahan lama baterinya walaupun diguna tanpa henti seterusnya menjadikan iPhone 7 Plus ini sangat unik. Saya telah menggunakan iPhone 7 Plus selama 1 tahun dan ia menjanjikan kepuasan yang amat terbaik untuk pengguna handphone. Super !!
iPhone 6s Plus
Produk terbaik
iPhone 6s Plus memang terbaik untuk diguna. Mudah untuk membuat kerja mahupun bermain permainan video. Dilengkapi dengan camera yang cantik untuk mengambil gambar dimana-mana sahaja dan sesuai juga untuk membuat video. Saya telah menggunakan iPhone 6s Plus selama hampir 4 tahun dan ia masih baik tanpa ada sebarang masalah. Sesuai juga untuk pengguna yang aktif bermain game kerana paparan skrin yang besar dan resolusi yang terbaik bagi peminat-peminat game. iPhone 6s Plus terbaik !!
Apple iPhone X
Great futures iPhone
iPhone X adalah iPhone terkini dengan kemajuan teknologi yang begitu canggih. Saya pengguna iPhone X memang benar-benar memuji rekaan Apple kali ini. iPhone X dilengkapi dwi-camera dibelakang yang membolehkan pengguna mengambil gambar potrait more dengan cantik. Camera bahagian depan juga boleh menjadi potrait mode menjadikan iPhone X adalah gadjet terbaik pada abad ini. Ia juga mempunyai animoji membolehkan pengguna bermesej dengan orang lain menggunakan animoji. Selain itu , iPhone X dilengkapi sistem sekuriti yang canggih dengan menggunakan Face ID bagi memastikan iPhone X tidak mudah dicerobohi. iPhone X juga direka waterproof. Saya sudah 2 tahun menggunakan iPhone X dan kepuasannya amatlah superb !! I love it !