Cap Limau Yu Yee Oil
Minyak bayi terbaik
Sesuai untuk bayi yang kembung perut, untuk keselesaan selepas mandi. Boleh juga untuk kegunaaan orang dewasa. Tapi yang penting, halal. Cuma harganya agak mahal, jd nak guna mesti jimat cermat supaya tak membazir dan boleh guna masa yang lama
Panasonic Rice Cooker SR-E28A-LL
Panasonic rice cooker serba boleh
Rice cooker yang tahan lasak, masak 2-3 kali sehari tiada masalah. Masak sikit atau banyak pun tiada masalah dengan ketanakan nasinya, boleh guna masak sup atau masak lauk, lagi2 time gas habis.
Jimat elektrik untuk "keep warm" (tengok jenis beras juga utk keep warm)
Harpic All-In-One Citrus
Harpic memang 10x power
Harpic ini benda wajib yang perlu ada dalam rumah. Senang menanggalkan kotoran. Tak perlu sental kuat-kuat, kotoran dah tanggal. Selain guna di toilet, boleh guna bersihkan sinki dan longkang. Meninggalkan bau yang wangi dan harum serta harga yang berpatutan.
Dumex Dugro 4 Milk Powder
Dugro 4 perisa asli
Anak perempuan saya memang suka susu Dugro 4 yang asli, perasa lain dia tak suka. Sebagai ibu bapa, saya pentingkan susu yang ada DHA, kalsium dgn protein supaya perkembangan otak, tumbesaran tulang dan badan sekata. Yang lagi penting, susu Dugro 4 ini memang mampu milik
Cuckoo Water Purifier KING TOP
Terbaik
1. Bayaran bulanan saya dapat yang terendah masa promosi iaitu rm60 sebulan
2. Jika ada masalah, call saja pusat servis, datang dan betulkan tanpa caj
3. 3 jenis pilihan air, panas, suam, sejuk. Yang penting air dah bertapis dan tak payah panaskan air dgn dapur gas
4. Tak banyak guna elektrik. Bil elektrik mcm tak berubah apa-apa.
Xiaomi Power Bank 10000mAh (Red)
Murah
Power bank ini murah dalam kelas 10,000 mA. Tahan lama dan kalau jatuh kelantai, masih boleh guna. Masalanya cuma ia berat dan tebal ( tidak tipis )
Samsung Solo Microwave Oven with Quick Defrost, 23L
Samsung oven Quick Defrost
Oven Samsung model ini sangat bagus bagi org yang malas nk panaskan makanan dari dalam peti ais utk dimakan, 1-2 minit makanan dh panas. Ia juga ada fungsi auto cook, tak perlu setting apa-apa lagi tapi cuma kena ingat 16 jenis setting tu, kalau x ingat boleh rujuk buku manual je. Ada fungsi menu masakan malaysia, tapi kena ikut step dan resepi yg dia cadangkan, baru betul-betul rasa menu tu. Harga pun berpatutan.