St.Ives Apricot Fresh Skin Scrub
St.Ives Apricot Fresh Skin Scrub
Saya telah menggunakan St.Ives Apricot Fresh Skin Scrub sepanjang tempoh kehamilan saya. Ini kerana saya mengalami alahan dan kulit yang agak kusam.
Scrub ini tidak terlalu kasar hingga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit. Kulit muka saya menjadi lembut dan berseri serta tidak kusam lagi.
*imej ehsan Google
Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Lotion for Stretch Marks
Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Lotion for Stretch Marks
Saya menggunakan Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Lotion for Stretch Marks ni ketika hamil anak ketiga. Berat badan saya naik dan kulit saya menjadi kering. Lotion ini banyak membantu saya mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan rekahan yang melampau.
Argan/Almond Oil juga sangat membantu melembap dan merawat rekahan kulit yang saya alami. Saya teruskan penggunaan selepas melahirkan.
*imej ehsan Google
Marigold Peel Fresh Blackcurrant & Cranberry
Marigold Peel Fresh Blackcurrant & Cranberry
Minuman kegemaran saya. Marigold Peel Fresh Blackcurrant & Cranberry, boleh menghilangkan rasa loya dan mual sepanjang tempoh kehamilan saya. Potongan Aloe vera didalam minuman ini menambah sensasi dan keenakannya..
Tapi tak boleh minum selalu tau!.. kebiasaanya saya tambahkan sedikit air kosong untuk mengurangkan rasa manis. :)
*imej ehsan Google