Dermaveen Eczema Lotion 250ml
Must have lotion for my babies
Anak sulung saya menghidapi eczema sejak berumur 2 tahun. Kami sebagai parents telah mencuba pelbagai produk bagi mengurangkan kegatalan dan kulit kering. Sejak bertemu dengan lotion dermaveen ini, kulit anak kami semakin baik. Kulitnya sudah tidak kering lagi dan kegatalan sudah kurang. Kami akan terus menggunakan lotion ini pada anak kami.
Himalaya gentle baby bath
Awesome baby bath
Saya mempunyai 2 orang anak yang mempunyai kulit yang agak sensitif. Mereka memerlukan baby bath yang lembut dan dapat melembabkan kulit. Saya telah menggunakan himalaya gentle baby bath ini sejak 5 bulan yang lepas dan hasilnya sangat memuaskan hati. Kulit anak2 saya tidak lagi kering dan gatal2. Baunye juga sangat wangi jika hendak dibandingkan dengan mandian2 organik yang lain. Semestinya saya akan terus menggunakan himalaya baby bath ini untuk anak2 saya.
Drapolene Cream
Must have cream for my newborn
Drapolene cream merupakan cream yang mesti ada buat bayi saya yang mempunyai kulit yang sensitif. Ianya membantu menghilangkan dan menghalang dari berlakunya rashes pada kulit anak saya.
Guardian Aloe Vera Gel
Gel pelbagai guna
Guardian aloe vera gel merupakan salah satu gel kegemaran saya yang baru. Saya baru saja menggunakannya lebih kurang 2 minggu. Dalam masa itu, ianya telah memberikan kulit saya perubahan yang mengagumkan. Saya menggunakan nye sebagai pelembab kulit muka dan masker. Ianya melembabkan kulit dan kulit juga sudah kurang berminyak. Ia juga membantu menghilangkan gatal gatal pada kulit anak saya yang eczema. Ianya telah menjadi produk yang mesti ada di rumah saya.
Vaseline® Petroleum Jelly
My favourite companion
Saya merupakan pengguna tegar vaseline sejak lebih dari 10tahun dulu.. Saya mula jatuh cinta dengan vaseline bila ia membantu menghilangkan kekeringan pada bahagian bibir dan tumit saya. Sehingga sekarang vaseline adalah satu-satunya pelembab bibir yang saya gunakan. Tidak lagi perlu yang lain. Ianya menjadi peneman saya kemana jua saya pergi. Packaging nye yang kecil amat mudah untuk saya bawa ke mana mana. Harganya juga amat berpatutan.
Maybelline Dream Velvet Foundation 50 Creamy Natural
Affordable and flawless foundation
Saya mempunyai kulit berminyak dan pori yang besar. Foundation ini sangat sesuai dengan kulit saya. Apabila menggunakan foundation ini, kulit saya kurang berminyak dan tidak bercapuk. Ianya juga dapat menutup pori saya dengan baik. Harganya juga amat berpatutan dan sesuai dengan surirumah seperti saya.