Minyak masak adalah satu keperluan wajib untuk menyempurnakan tugas memasak. Jarang sekali orang yang mampu mengelakkan seratus peratus penggunaan minyak dalam masakan sekalipun mereka yang mengamalkan diet. Sedikit kuantiti minyak masakan sudah cukup untuk membangkitkan keseronokan memasak, aroma kewangian dan kesedapan masakan.

Bagi kaum wanita, memilih minyak masak terbaik merupakan salah satu topik yang sering dibincangkan di kalangan mereka. Bagi yang mementingkan kesihatan diri dan keluarga, ramai yang beralih kepada alternatif minyak masak yang lebih bermanfaat untuk kesihatan. Apalagi kalau bukan minyak sayuran.

Pelbagai pilihan minyak sayuran wujud di pasaran. Minyak kelapa, minyak bunga matahari, minyak kanola, minyak jagung adalah antara minyak masak popular yang menjadi pilihan ramai. Jadi mana satukah minyak masak dan jenama yang menjadi pilihan anda?

Mari kita lihat beberapa pilihan minyak sayuran berasaskan jenama sebagai pilihan bagi anda memilih minyak sayuran secara lebih bijak.


1. Daisy Corn Oil

Minyak jagung oleh Daisy ini dihasilkan menggunakan jagung asli. Jagung adalah salah satu sumber bijirin yang mengandugi kalori lebih rendah berbanding lain-lain bahan bijirin. Vitamin bermanfaat dalam jagung ialah seperti  vitamin A, omega 6, vitamin B6 dan tiamina. Semua ini mempunyai manfaatnya tersendiri untuk kesihatan. Selain itu ia juga diperkaya dengan unsur fiber. Minyak sayuran Daisy Corn Oil tidak mengandungi kolestrol.

Salah satu kebaikannya juga ialah ia mengandungi cecair politaktepu yang diekstrak dari bahagian kernel jagung. Bahan ini menjadi salah satu sebab untuk menghasilkan kek yang lembut. Oleh sebab itu, minyak sayuran Daisy Corn paling sesuai untuk dalam pembuatan kek dan biskut. Bagi anda yang sentiasa terlibat aktif dalam pembuatan kek seperti chef atau anda seorang pembuat dan peniaga kek dan biskut, pastikan minyak ini pilihan utama untuk membangkitkan lagi aroma dan keenakan resepi anda.

Baca komen pengguna mengenai Daisy Corn Oil


2. Naturel Sunflower Cooking Oil


Minyak bunga matahari kini menjadi semakin popular seluruh dunia. Minyak ini mengandungi beberapa jenis asid lemak seperti asid lemak tepu, lemak omega 9, dan omega 6 PUFA. PUFA adalah lemak poli tak tepu yang terdapat dalam minyak masakan. Berbanding dengan lain-lain minyak sayuran, kandungan PUFA dalam minyak bunga matahari adalah lebih tinggi. Ia juga kaya dengan vitamin E secara semulajadi. Salah satu kandungannya juga adalah lemak mono tak tepu yang dapat membantu menurunkan paras kolestrol dalam badan.

Naturel Sunflower Cooking Oil dihasilkan secara inovasi berasaskan DHA tumbuhan untuk membantu perkembangan otak. Kaedah terbaik menggunakan minyak bunga matahari ialah dalam pembuatan kek dan biskut. Untuk memasak pula, ia pula sesuai untuk masakan yang tidak berasaskan gorengan yang menggunakan api yang terlalu panas.

Baca komen pengguna mengenai Naturel Sunflower Cooking Oil


3. Mazola Canola Oil

Kanola adalah sejenis bunga yang banyak tumbuh di negara-negara Eropah. Biji tumbuhan ini digunakan dalam penghasilan minyak. Melalui penghasilan minyak masakan, anda boleh dapatkan juga di seluruh dunia termasuk Malaysia. Minyak kanola mengandungi kandungan vitamin E dan K. Salah satu kelebihan minyak masak kanola ialah ia mengandungi nilai kalori yang rendah. Kandungan lemak tepunya yang rendah menjadikan ia masih sesuai dan selamat untuk kegunaan pelbagai jenis kaedah masakan.

Kandungan ALA atau asid linolenik alpha yang terkandungan di dalamnya dipercayai dapat membantu kesihatan jantung iaitu melalui tindakannya ke atas tekanan darah, kolestrol dan jangkitan dalam badan. Minyak ini sesuai dalam pembuatan kek, food dressing seperti penghasilan salad dan pai masakan serta menumis.

Baca komen pengguna mengenai Mazola Canola Oil


4. Seri Murni Pure Vegetable Oil

Minyak sawit juga dikategorikan sebagai sejenis minyak sayuran. Ia dihasilkan daripada isirong kelapa sawit. Seri Murni Pure Vegetable Oil adalah salah satu minyak sawit paling popular di Malaysia. Untuk kelepbagaian kaedah masakan, minyak ini lebih sesuai untuk tujuan gorengan seperti menumis dan gorengan rendam. Dari segi kandungan vitaminnya pula, minyak sawit aya dengan vitamin E dan vitamin K. Magnesium adalah salah satu mineral yang tinggi dalam minyak ini.

Baca komen pengguna mengenai minyak sayuran Seri Murni


5. Mazola Vegetable Plus Oil

Mazola menghasilkan sejenis lagi pilihan untuk minyak sayurannya iaitu Mazola Vegetable Plus Oil. Ianya seratus peratus bebas dari kandungan kolestrol serta kurang dua puluh lima peratus lemak tepu berbanding minyak sayurannya yang lain. Minyak ini pilihan sihat bagi mereka yang ingin menjaga tahap kolestrol dalam darah dan ini sudah pasti diingini oleh semua.

Mazola Vegetables Plus Oil paling sesuai untuk pembuatan kek dan biskut, menumis, masakan bakar-bakas seperti dalam pembuatan pai dan juga untuk menumis. Ia akan menjadikan masakan anda lebih enak dan sihat untuk dinikmati ahli keluarga.

Baca komen pengguna mengenai Mazola Vegetable Plus Oil


6. Neuvida Omega 9 Oil


Bagi yang ingin mencari pilihan minyak masakan paling sihat, Neuvida Omega 9 Oil adalah salah satu pilihan terbaik untuk anda. Minyak masak ini agak berbeza kerana ia mengetengahkan Omega 9 sebagai manfaat utama yang dihasilkan daripada benih tumbuhan. Omega 9 adalah sejenis asid lemak yang mampu mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Ini sekaligus dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kardiovaskular lain seperti serangan strok.

Kandungan lemak tepu dan lemak trans juga rendah dan ini sangat membantu kesihatan jantung. Berbanding dengan minyak sayuran lain, anda boleh menggunakan minyak ini untuk pelbagai jenis gorengan termasuk pada suhu panas di bawah suhu 250 darjah celcius. Sesuai juga untuk pembuatan kek dan bakar-bakar.

Baca komen pengguna mengenai Neuvida Omega 9 Oil


7. Country Farm Organics Sunflower Oil

Minyak masak yang menjadi pilihan chef masakan. Ia merupakan minyak gabungan dua jenis lemak iaitu mono tak tepu dan poli tak tepu. Dihasilkan daripada biji bunga matahari yang membekalkan lebih banyak kandungan vitamin E untuk masakan anda. Country Farm Organic memastikan biji matahari yang digunakan untuk penghasilan minyak ini dari jenis bunga matahari berkualiti iaitu diimport secara khusus dari Mongolia, China. Sesuai untuk masakan ringkas seperti menumis, membuat kek serta biskut.

Baca komen pengguna mengenai Country Farm Organics Sunflower Oil


Benarkan Minyak Sayuran Tidak Selamat Digunakan Dalam Masakan ?

Walaupun masih terdapat perbincangan yang hangat mengenai perbandingan minyak sayuran dengan minyak lain seperti minyak kacang soya, minyak kelapa dan minyak biji anggur, namun ia masih selamat digunakan untuk beberapa jenis masakan. Kebiasaanya, fakta yang mengaitkan ketidaksuaian dan kesan buruk terhadap kesihatan dari penggunaan minyak sayuran adalah berkisar mengenai proses pembuatan dan kaedah masakan. Selain itu, kandungan Omega-3 dan Omega-6 yang terlalu tinggi dalam minyak sayuran juga boleh menyebabkan risiko kesihatan seperti jangkitan dalaman badan.

Selain itu, ia juga melibatkan isu tiga jenis lemak iaitu lemak tepu, lemak poli tak tepu dan lemak mono tak tepu yang terdedah kepada tahap pengoksidaan yang tinggi apabila digunakan dalam masakan pada suhu yang tinggi.

Apapun, sehingga kini ia masih digunakan secara meluas dan tiada bukti kukuh ia memberi ancaman terhadap kesihatan.