Detergen pembersih pakaian amat penting bagi menjamin kebersihan pakaian yang dicuci. Penggunaan air sahaja tidak cukup untuk menanggalkan kesan kotoran dan menghilangkan bau peluh pada pakaian. Proses mencuci pakaian juga boleh bertukar menjadi kerja yang menyeronokkan terutama apabila detergen yang digunakan mengelurkan aroma sabun yang menyegarkan deria bau anda. Lebih menyeronokkan lagi apabila haruman itu masih kekal walaupun selepas baju siap dikeringkan, dilipat dan disimpan di dalam almari.

Mungkin anda sendiri pernah merasa pelik mengapa baju yang dicuci tidak seharum wangian detergen yang digunakan? Dalam kebanyakan perkara berkaitan dengan masalah ini,  pemilihan detergen yang tepat amat penting bagi memastikan haruman yang melekat pada pakaian yang siap dicuci mampu menandingi aroma semburan minyak wangi berharga sederhana di pasaran. Menyedari kecenderungan pengguna terhadap keperluan wangian dalam detergen, syarikat-syarikat pengeluar sabun dan detergen pakaian mula berlumba-lumba meletakkan nilai tambahan dalam produk pencuci detergen mereka iaitu keharuman wangian. Jika dahulu kita hanya disajikan dengan pilihan produk detergen beraroma sitrus seperti lemon. Namun kini pengguna mempunyai pilihan yang lebih luas selain daripada aroma sitrus seperti haruman floral dan buah-buahan pelbagai jenis.

Jenis Detergen Dalam Pasaran Malaysia

Di pasaran Malaysia, kebanyakan pilihan detergen di pasaran hadir dalam bentuk cecair dan serbuk. Di antara kedua-dua jenis ini, agaknya mana satu yang selama ini menjadi pilihan anda? Jawapan ini selalunya bergantung keselesaan pengguna. Ada yang lebih selesa dengan penggunaan detergen dalam bentuk cecair kerana berpendapat ia lebih mudah meresap dalam fabrik pakaian. Ada yang lebih selesa dengan detergen dalam bentuk serbuk mungkin kerana masih mengamalkan cucian manual menggunakan berus tangan. Ada juga yang selesa menggunakan kedua-duanya kerana inginkan kesan cucian yang lebih mantap.

Setiap jenama dan jenis detergen di pasaran mempunyai kelebihan tersendiri. Ianya bergantung kepada keselesaan pengguna dalam setiap penggunaan sesuatu jenama dan jenis. Mari kita lihat 10 pilihan detergen yang boleh disesuaikan mengikut perbelanjaan dan keperluan domestik rumah anda.


1.Vanish Extra Hygiene Liquid

Cecair pencuci pakaian Vanish ini menjadi pilihan ramai wanita. Ia membersih dan membunuh bakteria pakaian sehingga 99.9% bagi memastikan kebersihan pakaian anda selamat untuk dipakai. Cuciannya berkesan ke atas semua jenis kekotoran seperti minyak, lumpur dan sisa makanan yang degil seperti sambal tumis dan bau kari. Cecair pencuci Vanish amat mudah dipakai untuk semua kaedah cucian sama ada cucian mesin automatik dan separa autmatik, manual atau cucian tangan. Tambahkan sebanyak 60 mililiter ke dalam cucian anda dan cecair ini akan membersihkan pakaian dari bakteria secara efektif. Anda boleh mencampurkannya dengan detergen tambahan lain. Tujuan utama penggunaannya adalah untuk membunuh bakteria pada pakaian. Oleh itu ia tidak memberi sebarang masalah dengan tambahan detergen lain. Pastikan anda membilas dengan air bersih selepas mencuci. Ia juga sesuai untuk rendaman semalaman untuk kotoran yang degil.

Baca komen pengguna mengenai pewangi detergen ini


2.Persil Concentrated Liquid Detergent


Cecair detergen Persil menjamin anda cucian yang lebih bersih ke atas kotoran degil seperti minyak. Ia didatangkan dalam siz botol 2.0 liter, sesuai untuk sebarang jenis cucian dan yang paling penting proses menuang cecair ini dipadankan untuk mesin basuh dengan bukaan pintu di bahagian depan. Cecair detergen ini boleh meresap dengan mudah dalam fabrik pakaian anda untuk cucian lebih berkonsentrasi atau tertumpu di bahagian yang sukar di cuci seperti di bahagian kolar berkolar poket dalaman dan lipatan lengan. Wangian detergen Persil tidak memerlukan anda untuk menambah sebarang cecair pewangi pakaian kerana baunya yang harum secara semulajadi.

Baca komen pengguna mengenai detergen ini


3. Breeze Liquid Fragrance of Comfort

Cecair detergen yang dilengkapi dengan wangian segar yang pasti digemari oleh seisi keluarga anda. Ia memberish pakaian anda secara efektif tanpa menyebabkan kerosakan, menurunkan warna serta membuatkan fabrik pakaian anda kelihatan lebih baru hasil dari cucian yang bersih. Ia didatangkan dalam bentuk botol bersaiz besar 1.5 kilogram dan dalam bentuk pek isian semula. Ia meninggalkan kesan haruman segar pada fabrik pakaian anda untuk sepanjang hari penuh tanpa perlu kepada pemaian minyak wangi tambahan.

Baca komen pengguna mengenai detergen ini


4. Dynamo Freshness Of Downy Passion Power Gel


Cecair detergen yang menghilangkan bau hapak pada pakaian dengan lebih berkesan. Ia diformulasikan dengan kuasa pembersihan secara konsentrasi, menyerap ke dalam fabrik untuk menghapuskan kotoran degil dan meninggalkan bau haruman yang kekal sepanjang hari walaupun anda telah memakai pakaian tersebut. Detergen dalam bentuk cecair ini menghilangkan kotoran dengan lebih efektif berbanding cucian dalam bentuk serbuk. Sesuai untuk semua jenis cucian dan jenis mesin sama ada bagi bukaan pintu depan atau atas. Tidak perlu merendam pakaian. Tuangkan satu penutup penuh dan bersedia dengan hasil cucian yang pasti memuaskan anda.

Baca komen pengguna mengenai detergen ini


5. Top Anti-Malodour Removal FreshTropicana

Formula Jepun yang paling maju dan inovatif dalam cucian pakaian. Ianya sangat berkesan menghapuskan habuk, kotoran dan bau yang kuat pada pakaian. Cecair detergen ini sesuai untuk sebarang keadaan cuaca sama ada cerah atau panas. Jika kawasan anda terlibat dengan musim tengkujuh yang sentiasa hujan dan lembap, TOP adalah pilihan terbaik untuk semua. Wangiannya tetap kekal walaupun pakaian lambat kering disebabkan cuaca yang mendung. TOP pastinya pilihan terbaik untuk cucian yang sempurna dan menyeronokkan.

Baca ulasan pengguna mengenai detergen ini.


6. Attack Liquid Perfume Detergent Fruity Fragrance

Inginkan pakaian anda disegarkan dengan haruman buah-buahan? Cecair detergen dari Attack ini akan membuatkan hari anda lebih ceria dengan aroma kemanisan buah-buahan yang melekat pada pakaian yang anda pakai. Pakaian yang dicuci juga lebih terjamin kebersihannya kerana ia turut diperhalusi dengan formula anti-bakteria yang akan menyingkir dan mencegah pengumpulan bakteria. Ia didatangakan dalam botol bersaiz 3.6 kilogram yang semestinya mencukupi untuk cucian seisi keluarga.

Baca komen pengguna mengenai detergen ini


7. Bio-Home laundry detergent


Mencuci pakaian dengan lebih bersih dengan tiga kali keupayaan konsentrasi ke atas kotoran degil. Cecair detergen ini penyelesai masalah bagi mereka yang seringkali mengeringkan pakaian di dalam rumah dalam keadaan cahaya matahari yang terhad dan tertutup. Ia mengandungi formula kelembapan tumbuhan atau Plantmoist bagi memastikan kulit anda tidak mengalami kekeringan apabila mengenakan pakaian hasil dari penggunaan detergen ini. Bio-Home detergen adalah pilihan terbaik kerana ia mengandungi lebih bahan-bahan semulajadi daripada tumbuhan.

Baca komen pengguna mengenai detergen ini


8. Atomy Liquid Laundry Detergent


Cecair detergen bersifat mesra alam yang tidak menyebabkan ancaman alam sekitar yang merosakkan. Air yang dialirkan ke alam sekitar daripada sisa cucian tidak akan meninggalkan bahan kimia yang membahayakan. Selain memelihara alam ini ia juga tidak menyebabkan risiko kepada mereka yang mengalami masalah kulit sensitif.

Baca komen pengguna mengenai cecair detergen ini


9. Maxkleen Concentrated Liquid Detergent Trimatic Action


Membersih pakaian dengan tiga kali kuasa cucian yang berupaya menyingkirkan kotoran dengan lebih berkesan. Kebersihan pakaian tidak hanya terlihat dari warnanya yang lebih berseri, tetapi juga dinilai dari kemampuan menghapus bakteria. Detergen Max Kleen ini memastikan 99.9% bakteria yang melekat pada pakaian anda dihapuskan dengan lebih berkesan.

Baca komen pengguna mengenai detergen ini


10. Magic 101 Sweet Floral Ultra Liquid Detergent

Detergen yang lembut pada pakaian tetapi berkuasa menyingkirkan kesan kotoran yang melekat pada pakaian dengan lebih berkesan. Ia dilengkapi dengan formula anti-bakteria yang semestinya menhasilkan cucian yang lebih bersih dan selamat untuk dipakai. Haruman pakaian anda akan lebih berkekalan lama untuk sepanjang hari dengan detergen Magic 101.

Baca komen pengguna mengenai detergen ini