Lambakan model dan jenama penapis air di pasaran luar sana menyebabkan kita sebagai pengguna menjadi rambang mata dalam memilih yang terbaik bagi kegunaan seisi rumah. Apa kata sebelum membeli, ikuti dulu panduan tips memilih penapis air yang betul ini.
Kepentingan air sebagai sumber kehidupan
Air sumber kehidupan yang amat penting bagi setiap makhluk yang bernyawa di dunia ini. Bahkan 3/4 daripada permukaan bumi terdiri daripada kawasan berair. Begitu juga dengan tubuh manusia di mana 70% daripada komposisi tubuh manusia adalah air.
Mengikut fakta kajian, manusia boleh hidup lebih lama dengan air biarpun tiada makanan iaitu lebih kurang seminggu. Jelas, ini justeru menunjukkan bahawa betapa pentingnya air dalam kehidupan seharian.
Sumber air bagi manusia boleh diperoleh daripada cecair seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan, dan sup. Manakala dari makanan pula seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran.
Tips memilih penapis air yang perlu anda tahu
Zaman dulu kita masak air sebelum diminum. Hal ini kerana, walaupun air paip yang telah di proses menerusi loji rawatan air boleh terus diminum kerana ia memang memenuhi piawaian ditetapkan. Namun begitu, apabila ia disalurkan ke paip yang jaraknya berpuluh kilometer sebelum air itu sampai ke rumah, kita tidak tahu sama ada ia selamat untuk diminum.
Justeru, memastikan air yang diminum selamat adalah sangat penting. Teknologi yang semakin moden membolehkan kita mendapat air yang bersih terus ke dalam cawan iaitu dengan adanya penapis air.
Sebelum membeli penapis air, perhatikan dahulu tips memilih penapis air yang disarankan di bawah ini:
1. Memperoleh sijil Halal daripada JAKIM
Bagi pengguna Islam, memastikan barang atau sesuatu produk itu ada sijil Halal yang di iktiraf JAKIM adalah sangat penting. Ini bagi memastikan kita yang membeli penapis air itu nanti tidak akan berasa was-was dan tanpa ragu-ragu.
Islam menuntut umatnya untuk mencari makanan yang bersih lagi Halal. Perkataan “halal” itu sendiri berasal dari bahasa Arab yang membawa erti dibenarkan atau dibolehkan berlandaskan hukum syarak.
Perintah Allah kepada manusia untuk mencari makanan yang halal ini boleh dirujuk dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168:
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa-apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”
2. Harga yang berpatutan
Begitu banyak model penapis air di pasaran bermaksud mempunyai pelbagai peringkat jenis harga yang boleh anda pilih. Secara umumnya, penapis air yang dijual pada harga rendah mempunyai tapisan yang asas sahaja.
Berbanding penapis air yang dijual pada harga tinggi, ia mempunyai teknologi penapisan yang lebih berkualiti dan canggih.
Walau bagaimanapun, ukur baju di badan sendiri. Siapkan bajet awal-awal dan utamakan model yang anda mampu untuk bayar. Dalam masa yang sama kenal pasti juga cas-cas tersembunyi seperti registration fee, processing fee, installation fee, dan sebagainya.
3. Sistem dan teknologi tapisan yang terkini dan berkualiti
Penapis pun ada beberapa peringkat tau. Perkara utama yang perlu anda tahu sebelum membezakan jenis dan kualiti penapis adalah fungsi penapis itu sendiri dipasang.
Secara umumnya, penapis air dipasang oleh kerana kualiti air yang sangat teruk. Bila kita tadah air untuk minum, kita rasa ada bendasing yang terapung dalam air, bau berkarat, dan rasa yang pelik.
Air tersebut jika terus diminum justeru akan merosakkan kesihatan khususnya buah pinggang seseseorang. Hal ini justeru penting untuk kita memastikan penapis air yang mahu dibeli dilengkapi dengan teknologi yang baik.
Teknologi mesin yang baik akan memberikan hasil tapisan yang berkualiti dan memastikan mesin tersebut lebih tahan lama. Hari ini, ada yang menggunakan teknologi penapis air Reverse Osmosis (RO), Nano Positive, dan sebagainya.
Selain itu jenis sistem tapisan juga memainkan peranan yang penting. Penapis air biasa bertindak untuk menapis kotoran karat, logam, dan lain-lain. Sistem tapisan yang lebih canggih misalnya, ia bukan sahaja menapis kotoran tetapi juga menyingkirkan bakteria-bakteria dan virus merbahaya daripada air tersebut.
4. Ambil saiz tangki yang sesuai
Untuk menentukan saiz tangki yang mana sesuai untuk anda lihatlah kepada berapa orang pengguna atau isi rumah yang ada. Jika banyak, maka pilih saiz yang besar. Jika sedikit, maka pilih saiz yang sederhana atau kecil.
Pemilihan saiz tangki yang betul juga penting dalam tips memilih penapis air kerana ini bagi memastikan air sentiasa ada dan tidak terhad jika mahu digunakan.
5. Ada label penjimatan elektrik
Barangan elektrik yang mempunyai label penjimatan elektrik berupaya untuk menjimatkan kos elektrik kita per bulan. Lebih-lebih lagi seperti produk penapis air yang menyediakan air panas dan air sejuk sekaligus.
Ditambah, produk penapis air memang kita sentiasa “on” 24 jam setiap hari. Adanya jaminan penjimatan elektrik yang ditawarkan sangat banyak faedahnya.
6. Mesin yang diiktiraf ramai
Tips memilih penapis air yang seterusnya adalah mesin yang diiktiraf ramai. Memang faktor populariti model bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan.
Tetapi sekiranya ada dua pilihan yang kedua-duanya bagus, faktor populariti ini perlu anda ambil berat. Justeru, semakin popular sesuatu mesin itu maka akan ramai juga orang yang guna.
Bila ramai yang guna, kita boleh membuat perbandingan yang baik dengan semua respon dan review dari mereka yang telah menggunakannya.
7. Ada pakej waranti dan servis lepas jualan yang menarik
Kebiasaannya, penapis air yang murah tidak menawarkan pakej selepas jualan dengan mengantikan filter misalnya. Kita telefon dan mengadu kepada khidmat pelanggan pun tidak dilayan kerana memang itu pakej yang ditawarkan mereka.
Elak kena tipu dengan pakej waranti yang ada, kita perlu semak dengan saksama dan tanya kepada jurujual tersebut sebelum buat keputusan sebelum membeli.
8. Faham kontrak jualan
Setiap jenama penapis air mempunyai terma dan syarat kontrak jualan yang berbeza-beza. Kontrak beli penapis air secara tunai bahkan juga berbeza dengan secara sewa beli.
Jika anda tidak faham dengan kontrak tersebut, mintak jurujual terangkan sehingga anda faham segala syarat yang ada sebelum letakkan apa-apa tandatangan menandakan kita setuju.
9. Ketahui cara dalam membuat pembayaran
Penapis air yang dijual mempunyai beberapa cara bayaran yang boleh anda pilih. Contohnya seperti secara tunai, sewa beli, dan pembelian menggunakan kredit kad.
Setiap satu darinya mempunyai kelebihan dan keburukan yang tersendiri. Yang penting anda pilih mengikut mana yang anda mampu untuk bayar.
10. Dapatkan jurujal yang diyakini
Semua tips memilih penapis air yang terbaik ini tidak akan berjaya tanpa seorang jurujual yang dipercayai, diyakini, dan berpengalaman.
Hal ini kerana, setiap khidmat nasihat mereka akan mempengaruhi segala keputusan yang bakal kita buat. Justeri itu berhati-hati dan elak dari ditipu dengan jurujual scammers.
Diharapkan perkongsian mengenai tips memilih penapis air ini dapat memberikan anda informasi yang berguna sebelum membeli penapis air. Jangan terburu-buru membeli sesuatu barang yang berharga seperti ini jika kita tidak membuat penyelidikan yang mendalam tentangnya bagi mengelakkan sebarang kerugian.