Setiap hari kita memerlukan air minuman yang bersih untuk memastikan kesihatan dan bekalan air dalam badan yang mencukupi. Namun adakah anda mampu memastikan bekalan air bersih yang keluar dari paip rumah anda benar-benar selamat dan bersih untuk diminum bagi tempoh jangka masa yang panjang? Disebabkan faktor inilah maka penggunaan penapis air atau water purifier menjadi begitu penting. Penggunaan penapis air semakin meluas digunakan tidak kira sama ada di rumah, di pejabat ataupun di tempat-tempat awam. Dengan harga dan kemudahan bayaran secara ansuran yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat penapis air di Malaysia, maka semakin ramai terutama dari kalangan suri rumah yang mula berminat menggunakan penapis air di rumah.
Jenis-Jenis Penapis Air
Teknologi penapis air masa kini semakin canggih dan memudahkan. Terdapat beberapa jenis penapis air di pasaran yang anda perlu tahu sebelum memutuskan untuk membeli. Di antara jenis-jensi penapis air yang terdapat dalam pasaran masa kini ialah :
a) Penapis air berasaskan graviti
Penapis air berasaskan graviti ini paling asas pernah digunakan pada awal kemunculan penapis air. Ia tidak menggunakan bekalan kuasa elektrik sebaliknya hanya menggunakan karbon aktif atau UF. Karbon aktif inilah yang menyerap kehadiran bendasing yang wujud dalam air menjadikan air lebih bersih dan selamat untuk diminum
b) Osmosis ulangan atau Reverse Osmosis
Penapis air ini biasanya dipasang pada paip air di dapur rumah. Penapis air jenis ini mampu menyingkirkan bahan berbahaya dalam air seperti kandungan toksik, florin, kadmium, arsenik, pestisid dan bahan bendasing lain yang berbahaya terhadap tubuh badan. Penapis air ini biasanya memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.
c) Ultraviolet
Menggunakan lampu khas yang memancarkan sinaran gelombang UV. Sinaran ini akan mengganggu DNA mikroorganisma. Gelombang cahaya UV ini juga dirujuk sebagai spektrum atau frekuensi germicidal. Spektrum ini akan mengganggu DNA dalam mikroorganisma supaya ia tidak lagi berupaya berkembang dan membiak di dalam air.
d) Ultrapurifiaction RO
Fungsinya sama seperti penapis air osmosis ulangan yang tidak memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi. Ia berupaya membunuh bakteria dalam air dan lain-lain unsur mikroorganisma.
Jenama Penapis Air Paling Popular Di Kalangan Suri Rumah
Kini semakin ramai suri rumah yang memilih mendapatkan penapis air untuk diletakkan di kediaman mereka. Jika anda sebagai suri rumah ingin memiliki sebuah penapis air terkini , kami cadangkan kepada anda lima jenama penapis air yang menjadi pilihan kebanyakan suri rumah di Malaysia pada masa kini.
1. STERRA TANKLESS HOT AND COLD WATER PURIFIER
Air Panas dan Sejuk Bersih dengan Penulen Serba Canggih Sterra
Penulen Tanpa Tanki Sterra didatangkan dengan reka bentuk yang canggih dan rapi selari dengan cita rasa mereka yang ‘berjiwa muda’.
Ruang dapur atau ruang makan pasti akan lebih terserlah dengan Penulen Air Tanpa Tangki Sterra kerana rekaan, gaya penyampaian, ciri dalaman dan saiznya yang kompak dan menjimatkan ruang.
Diperbuat dan direka dari negara yang terkenal dengan teknologi pembuatan mesin penulen dan penapis air, Korea Selatan, Sterra satu lagi penemuan berharga hasil Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) pasukan pakar teknologi yang berpengalaman. Syarikat induknya berpusat di Singapura dengan lebih tujuh tahun dalam pasaran di bawah pelbagai jenama, Penulen Air Sterra merupakan salah satu produk kebanggaan kerana kualiti dan standardnya yang tiada tandingan.
Penulen Air Tanpa Tangki Sterra, hadir dengan pelbagai ciri yang menarik, antaranya:
Empat pilihan suhu
- Sejuk (4°C)
- Suhu bilik (25°C)
- Suam (40°C)
- Panas (87°C)
Pilihan penetapan dispenser
- 120ml
- 250ml
- 550ml
- Tanpa penetapan (manual)
Sistem penapisan empat (4) tahap
- Penapis bahan cemar pejal, klorin, bakteria patogenik dan bau agar air anda sedap, sihat dan selamat
- Pengesan yang akan memberi notifikasi untuk ditukar
Pensterilan elektrolisis aliran air
- Modul pensterilan elektrik membersih saluran aliran air secara sendiri
Pensteril UV automatik
- Muncung nozel yang yang dibersihkan secara automatik dengan pensteril UV
Dengan segala ciri unik dan bermutu tinggi, pengguna ada satu lagi berita baik di mana Penulen Air Tanpa Tangki Sterra juga ditawarkan dalam harga mampu milik dengan harapan agar amalan air bersih dirasai oleh semua orang.
Dari segi penggunaan tenaga elektrik, Penulen Air Sterra yang bersaiz 182mm lebar, 509mm dalam dan 403mm tinggi, juga dipastikan tidak membebankan pengguna. Malah, pemanasan air hanya menggunakan 2600 Watt (sama dengan seterika stim atau dapur elektrik) dan penyejuk air pula sekitar 70 Watt (sama dengan kipas siling). Peralatan pintar dan canggih Sterra juga tidak menggunakan tenaga ketika mesin tersebut tidak digunakan.
Sebagai penambah nilai, Dispenser Air Tanpa Tangki Sterra turut menyediakan
- Penghantaran dan pemasangan percuma
- Jaminan satu (1) tahun untuk bahagian mesin
- Jaminan tiga (3) tahun untuk skrin sentuh dan kebocoran air
- Jaminan dua (2) tahun jaminan untuk set penapis.
Pengguna tidak perlu risau untuk membuat pilihan dan pemasangan atau jika berlaku kerosakan kerana pasukan perkhidmatan pelanggan Sterra yang bertaraf dunia boleh membantu anda mengendalikan sebarang situasi secara professional dan memuaskan.
Untuk maklumat lebih lanjut sila klik sini.
https://sterra.my
https://www.facebook.com/Sterra-Malaysia-101676195787654
https://www.youtube.com/channel/UC8oWE2V8N3WIeGZX8uQcfyA
2. Cuckoo Water Purifier KING TOP
Penapis air alkali yang menghasilkan dua suhu air iaitu air sejuk dan suhu normal. Ia direka untuk penggunaan rumah dengan rekabentuk yang bergaya dan tidak terlalu besar. Saiznya muat untuk penggunaan saiz dapur yang tidak terlalu sempit. Penapis air Cuckoo Water Purifier KING TOP menggunakan sistem penapisan Positif Nano. Sistem ini dapat menyingkirkan 99% bahan kimia, logam berat, bakteria, kuman, fungal dan hanya meninggalkan kandungan mineral yang baik sahaja dalam kandungan air. PH air dikekalkan pada bacaan 7.5 menjadikan ia lebih selamat untuk diminum oleh semua peringkat umur termasuk bayi dan kanak-kanak. Sistem Positif Nano ini berfungsi melalui pengumpulan cas positif yang akan menyerap virus dan bakteria serta bahan toksik merbahaya yang terdapat di dalam air. Sistem dalamannya juga dari jenis bahan anti karat menjadikan ia lebih tahan lama untuk digunakan.
Baca dan lihat ulasan mengenai Cuckoo Water Purifier KING TOP
3. Coway Villaem CHP-08AR
Salah satu jenama penapis air terlaris di Malaysia. Ia merupakan sejenis penapis air yang dihasilkan menerusi sistem pengulangan osmosis atau reverse osmosis. Rekabentuk moden ini amat bergaya untuk diletakkan di bahagian dapur rumah. Ia mempunyai sistem kawalan suhu air dual di mana anda boleh menukar air panas menjadi air bersuhu suam (97°C ke 45°C) ataupun menukar dari suhu biasa ke suhu air sejuk seperti air minuman yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Mempunyai penunjuk dan pelaras suhu yang anda boleh lihat dan tetapkan dengan mudah melalui pusingan pada butang yang disediakan. Setiap suhu air mempunyai kapasiti tangkinya tersendiri. Saiz tangki bagi air suhu bilik mempunyai kapasiti 6.4 liter, air sejuk 3.7 liter manakala air panas 1.2 liter. Penapis air ini juga berupaya menapis bakteria yang wujud dalam air. Dari segi saiz, ia berdimensi 340W x 523D x 518.7H mm dengan berat keseluruhan 22.3 kg.
4. Panasonic TK-AS45 Alkaline Water Ionizer
Merupakan penapis air berasal dari negara Jepun. Penapis air ini berupaya menapis 17 jenis bahan bendasing dalam air yang tidak baik untuk kesihatan. Ia dihasilkan menerusi teknologi pengionan alkali. Mampu membersihkan air dari bahan klorin. Air yang dibersihkan ini kemudian akan melalui proses elektrolit positif dan negatif untuk menghasilkan gabungan air pengionan beralkali dan air pengionan berasid. Air akan melalui tiga peringkat penapisan beralkali dan satu kali peringkat penapisan berasid lemah. Dari segi saiz, ia berdimensi 170W x 101D x 291H mm dengan berat keseluruhan 3.5 kg. Menggunakan bekalan kuasa 55W yang disambungkan ke punca kuasa elektrik. Sistem penapisannya hanya perlu digantikan sekali pada setiap satu tahun penggunaan pada kapasiti keseluruhan air 12,000 liter.
Baca dan lihat ulasan mengenai Panasonic TK-AS45 Alkaline Water Ionizer
5. Harry Water Filter CHP-590N
Mempunyai sistem penapisan Nanofiber yang mampu menapis bendasing dalam air seperti bakteria, virus dan serpihan sel. Air akan melalui enam peringkat penapisan dan setiap peringkat menjalankan fungsi masing-masing dalam menapis bendasing secara berperingkat.Saiznya agak tinggi tetapi sesuai untuk penyimpanan di rumah dan ruang dapur pejabat. Anda boleh melihat penunjuk suhu air dengan mudah. Butang pelaras suhunya mudah dilaraskan dengan hanya satu pusingan mudah. Penggunaan kuasa dianggarkan antara 500 sehingga 600 W. Penapis air ini mengeluarkan tiga tahap suhu air iaitu suhu bilik, air sejuk dan air panas. Setiap suhu air mempunyai kapasiti tangki masing-masing yang berbeza saiznya. Dari segi saiz, ia berdimensi 260W x 448D x 1150H mm dengan kapasiti berat 27.0 kg