HomeMalayTips Kembara Solo Bersama Bayi Yang Membuatkan Anda Lebih Berani

Tips Kembara Solo Bersama Bayi Yang Membuatkan Anda Lebih Berani

Untuk mengembara seorang diri di tempat yang kita tidak pernah kita jejaki sememangnya menuntut jiwa menjadi lebih cekal, berani dan sanggup menghadapi risiko demi menimba pengalaman berharga. Bagi mereka yang masih bujang sememangnya tiada halangan untuk anda menempuhi cabaran kembara secara bersendirian. Kebebasan menjadi hak mutlak diri anda apabila mengembara ke tempat yang tidak pernah anda jejaki. Ia mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja selagi mempunyai keinginan yang tinggi.

Namun sanggupkah anda keluar menerokai dunia luar dan mengikuti kembara solo bersama bayi? Bagi pasangan suami isteri yang mencintai dunia kembara, mengembara solo bersama bayi tidak pernah dianggap sebagai beban. Malah ia adalah cabaran yang dinantikan setelah memasuki alam perkahwinan. Sama ada diri anda sebagai suami atau isteri yang berpengalaman luas dalam dunia kembara solo, sekali sekala anda perlu berani meninggalkan atau membenarkan pasangan anda keluar kembara solo bersama bayi. Pengalaman kembara solo bersama bayi dapat memberi pengalaman berbeza dan berharga untuk dikenang. Antara manfaat terbesar melakukan kembara solo bersama bayi ia mendidik pasangan menjadi lebih bertanggungjawab dalam menjaga anak.

Kami sediakan tips kembara solo bersama bayi yang membuatkan anda lebih berani menempuhi cabaran di tempat asing. Tips ini sesuai bagi mereka yang ingin memulakan kembara solo bersama bayi dengan yakin.

1.Memilih Destinasi Percutian

Untuk kembara bersama bayi kecil anda perlu mengutamakan faktor keselamatan. Pilih destinasi percutian yang selamat yang kadar jenayahnya rendah. Antara cadangan percutian luar negara yang mempunyai kadar jenayah yang rendah ialah Jepun, Amsterdam, New Zealand, Mauritius, Bhutan,Jerman, Norway, Australia dan Singapura. Malaysia juga termasuk dalam senarai negara paling selamat di lawati bagi tahun 2018.

Anda juga perlu mempertimbangkan jenis aktiviti kembara yang bakal dilakukan bersama bayi. Adakah anda memilih untuk berjalan-jalan di kawasan bandar sahaja? Bercuti di kawasan pulau mungkin tidak sesuai memandangkan sukar untuk anda berenang bersama bayi kecil di dalam laut masin. Kebelakangan ini semakin ramai ibu bapa yang mendedahkan bayi mereka yang masih kecil dengan dunia pendakian. Segalanya terpulang kepada jenis percutian yang anda inginkan. Apa yang penting ialah keutamaan keselamatan anda dan bayi.

2. Pengangkutan

Pertimbangkan jenis-jenis pengangkutan yang sesuai untuk mencapai ke sesuatu destinasi. Percutian luar negara selalunya melibatkan penerbangan pesawat. Untuk terbang bersama seorang bayi bagi perjalanan yang memakan masa lebih daripada enam jam, anda dinasihatkan mendapatkan tempat duduk berhampiran basinet supaya dapat menempatkan bayi kecil ketika tidur. Ada yang akan memilih menyewa kereta sebagai pengangkutan apabila tiba di sesuatu destinasi. Bayi anda pastinya memerlukan car seat supaya anda boleh memandu dengan selesa. Bagi yang memilih pengangkutan awam, anda akan memerlukan peralatan membawa bayi yang sesuai seperti stroller dan baby carrier untuk memudahkan anda berjalan-jalan dengan bebas.

3. Stroller & Baby Carrier

Tidak mungkin anda boleh berjalan-jalan dengan selesa tanpa membawa salah satu daripada peralatan membawa bayi ini. Sama ada anda memilih stroller atay baby carrier, ia bergantung kepada keperluan dan keselesaan individu. Penggunaan stroller amat memudahkan bagi jalan-jalan di kawasan bandar yang menyediakan fasiliti pengangkutan dan laluan jalan yang mesra OKU seperti laluan kerusi roda, kemudahan lif dan sebagainya. Stroller dapat memberi kebebasan dan mengurangkan beban mendukung bayi ketika berjalan-jalan untuk tempoh yang lama.

Penggunaan baby carrier pula lebih fleksibel tetapi mungkin agak memenatkan kerana anda perlu mendukung bayi untuk tempoh masa yang lama. Namun kebanyakan baby carrier masa kini menyediakan sistem sokongan yang kuat untuk menghalang bayi daripada jatuh. Jika memilih baby carrier, pastikan anda memilih dari jenis yang boleh meletakkan bayi dalam pelbagai posisi sama ada di bahagian depan, belakang dan pinggul anda. Baby carrier memudahkan anda melalui laluan yang sempat tanpa perlu anda melipat dan mengeluarkan bayi seperti stroller yang agak terhad menerusi laluan sempit.

4. Penginapan & Hotel

Pilih penginapan yang mesra kanak-kanak. Salah satu ciri penginapan mesra kanak-kanak ialah kemudahan lif, taman permainan dan kolam mandi untuk kanak-kanak. Jika anda memilih tempahan hotel secara online, pastikan anda membaca ulasan pelanggan yang pernah menginap. Faktor kebersihan bilik penginapan dan tahap hospitaliti pekerja hotel dalam membantu pelanggan akan memberi keselesaan ekstra kepada anda sepanjang percutian.

5. Peralatan Bayi

Sangat penting untuk anda senaraikan kelengkapan bayi yang perlu dibawa sepanjang kembara solo bersama bayi. Kaji senarai peralatan dan catatkan dalam sebuah buku nota supaya tiadak ada yang tertinggal. Asingkan senarai peralatan bayi yang boleh ditinggalkan dan peralatan yang perlu sentiasa di bawa  ke mana sahaja anda pergi.

Sebagai contoh, anda memerlukan senarai barnagan bayi yang perlu dibawa setiap kali keluar dari bilik penginapan. Antaranya bekalan susu, snek untuk mengelakkan bayi lapar, tisu basah untuk membersihkan najis bayi, pampers tambahan,selimut semasa dalam penerbangan dan sebagainya. Semua peralatan ini perlu sentiasa bersama anda dalam sebuah beg kecil khas yang sentiasa dibawa ke mana-mana.

6. Gajet, Peralatan Mengecas & Peta

Zaman gajet ramai yang tidak lagi menggunakan peta kertas yang dilukis. Kebanyakan daripada kita lebih denderung menggunakan sistem GPS, Google Maps dan Waze. Walau apapun jenis bantuan peta yang digunakan, anda pasti akan memerlukan bantuan peta untuk mencapai ke sesuatu destinasi. Penggunaan peta akan membuatkan anda lebih yakin dalam mengetahui jarak ke sesuatu lokasi. Malah penggunaan Google Maps menyediakan lebih banyak info yang anda perlukan mengenai sesuaiu lokasi seperti jarak, hotel, restoran dan senarai tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati di lokasi yang anda berada.

Anda mungkin memerlukan dua jenis gajet iaitu gajet untuk kegunaan anda dan juga bayi. Bagi bayi yang berusia kira-kira dua tahun ke atas, anda boleh menyediakan gajet untuk mereka menonton video kanak-kanak supaya mereka tidak cepat bosan dan meragam.

Peralatan mengecas gajet perlu sentiasa dibawa bersama sama ada ketika berada dalam bilik hotel dan semasa berjalan-jalan di luar. Lokasi pengecasan gajet banyak disediakan di tempat-tempat awam. Anda juga boleh singgah di kafe untuk minum sambil mengecas gajet yang kehabisan bateri.

7. Kesihatan, Ubat-Ubatan & Insurans Perjalanan

Penting untuk anda selidik dan mendapatkan insurans perjalanan paling sesuai yang dapat melindungi diri anda dan bayi jika berlaku sebarang kecemasan. Kaji dengan teliti syarikat insurans dan jenis perlindungan yang ditawarkan. Apakah polisi yang ditawarkan meliputi semua aspek perlindungan semasa melancong. Contohnya polisi kehilangan harta benda, rawatan kesihatan, kemalangan, penerbangan tertunda dan sebagainya. Yang penting ia mampu menjaga hak keperluan anda dan bayi ketika berada di luar negara.

Pastikan juga anda dan bayi mengambil suntikan vaksin jika perlu. Sesetengah negara yang dilawati mungkin berisiko dengan wabak penyakit yang tidak dijangka. Tidak salah seandainya anda berkunjung ke hospital atau klinik bagi mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengunjungi sesebuah negara.

Pastikan anda membawa bersama peralatan perubatan asas seperti minyak angin, ubat muntah, ubat batuk dan panadol untuk diri sendiri dan bayi anda. Ubat-ubatan ini sebagai rawatan awal jika anda dan bayi merasa tidak sihat ketika sedang mengembara.

8. Bagasi Atau Backpacking ?

Sesetengah individu lebih selesa menggunakan backpacking kerana kebebasan menggendong dan memimpin tangan bayi. Ianya bergantung kepada tahap umur bayi anda. Jika bayi anda masih kecil sekitar 4 tahun ke bawah, adalah lebih elok sekiranya anda menggunakan backpack dan membawa bersama stroller atau baby carrier. Sekarang ini terdapat backpack dengan rekabentuk mesra kanak-kanak di mana anda boleh menggendong bayi dalam backpack yang sama untuk simpanan baju.

Penggunaan bagasi beroda mungkin akan menyulitkan jika anda mempunyai bayi yang masih kecil. Sebaliknya jika bayi anda berusia 4 tahun ke atas dan boleh berjalan dengan baik, anda boleh pertimbangkan penggunaan bagasi beroda dan membawa baby carrier bersama-sama.


Artikel Pilihan :

10 Stroller Terbaik Pilihan Ibu Bapa Semasa Travel

10 Sebab Mengapa Penggunaan Baby Carrier Lebih Baik Untuk Bayi Anda

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan