HomeMalay10 Stroller Terbaik Pilihan Ibu Bapa Semasa Travel

10 Stroller Terbaik Pilihan Ibu Bapa Semasa Travel

Semasa melancong atau mengembara bersama di kecil, anda memerlukan satu sistem kembara yang bersesuaian untuk si kecil anda iaitu dari segi mudah alih pergerakan dari satu tempat ke satu tempat. Sistem kembara bayi ini dinamakan stroller atau kereta sorong bayi. Rekabentuk stroller yang bersesuai untuk kembara adalah perkara yang paling penting dinilai sebelum memilih suatu jenama yang anda inginkan. Anda bukan sahaja memerlukan stroller kembara yang boleh mengurangkan beban kepenatan bagi seorang kanak-kanak untuk berjalan. Malah anda perlu juga memikirkan kesesuaian pengendalian semasa dalam perjalanan.

Ciri-Ciri Stroller Kembara Yang Fleksibel

Anda memerlukan saiz stroller kembara yang sesuai mengikut kesesuaian perjalanan. Saiz stroller yang boleh di bawa ke atas kapal terbang mungkin berbeza dengan saiz stroller yang anda perlukan jika perjalanan menerusi kereta, bas atau keretapi.

Mudah kendali : Selain itu, anda perlu membertimbang berat stroller kembara yang menentukan kemudahan kendali oleh kedua-dua belah pihak ibu dan bapa. Si ibu mungkin memerlukan stroller kembara yang lebih ringan supaya mudah untuk di angkat dan dialih kedudukannya seperti mengangkatnya untuk di letakkan di dalam bas atau kaunter check in penerbangan.

Boleh dilipat : Stroller kembara yang boleh dilipat adalah yang paling sesuai untuk dimiliki ketika kembara bersama si kecil. Ada beberapa jenis stroller boleh lipat yang terdapat di pasaran. Kesemuanya boleh dijadikan sebagai stroller kembara bayi yang sesuai. Namun rekabentuknya membezakan kesesuaian dari segi saiz, berat dan manfaat ketika kanak-kanak berada di dalamnya.

Pelindung cuaca : Stroller kembara yang baik juga dinilai dari segi keselesaan untuk kanak-kanak. Anda perlu mempertimbangkan kemungkinan-kemungkinan lain seperti faktor cuaca. Ia sangat penting bagi melindungi kanak-kanak ketika cuaca yang tidak menentu seperti keadaan hujan, salji dan ketika matahari terik di atas kepala.

Semua ini sangat penting untuk dipertimbangkan sebelum memilih suatu jenama stroller. Untuk itu, mari kita lihat 10 stroller kembara terbaik yang boleh dicadangkan untuk anda yang bakal menikmati percutian bersama si kecil.


10 Stroller Kembara Terbaik Pilihan Ibu Bapa

1. Oyster 2 Black Stroller Olive Green

Stroller kembara ini disertakan dengan jaringan perlindungan dari gigitan serangga, lapisan perlindungan semasa hujanserta matahari. Mempunyai kemudahan basket atau bakul di bahagian bawah mudah untuk anda meletakkan barangan lain. Rekabentuk ergonomik yang boleh dilaras dan dilipat ketika di atas kenderaan. Fabrik dihasilkan daripada bahan bukan toksik yang selamat untuk kulit kanak-kanak. Berat stroller ini ialah 6.75 kg. Saiz penuh ketika dibuka ialah 80-94 cm x 93-106 cm x 55 cm. Ketika dilipat menjadi 52 cm x 70 cm x 55 cm.


2. Combi Mechacal Handy Auto4cas

Stroller kembara dengan roda yang boleh dikunci. Sistem kusyen dari bahagian kaki sehingga kepala mampu menyerap hentakan semasa bayi berada di dalam.Ia boleh dibuka dan senang untuk dibasuh. Kedudukan tempat duduk bayi juga boleh dilaras mengikut paras pandangan semasa berada di sesuatu kedudukan. Lapisan pelindungnya boleh melindungi bayi dari sinar UV sehingga 99%. Beratnya ringan untuk dikendalikan iatu 4.9 kg. Saiz apabila dilipat ialah W497 x D480 x H1020mm manakala ketika buka ialah W497 x D745~880 x H1005~1050mm.


3. GB Qbit+ Stroller

Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berat mereka mencecah 17 kg. Stroller kembara ini direka dengan kesesuaian sistem stroller kembara yang ringan, boleh dilipat sebelah tangan serta fungsi perlindungan lain yang menarik. Sistem 3 dalam 1 membolehkan akan mengalihkan ia dari kedudukan stroller menjadi car seat untuk kegunaan semasa perjalanan dalam kereta. Saiz apabila dilipat ialah L:42 cm x W:49 cm x H: 53 cm manakala ketika dibuka sepenuhnya ialah L:71 cm x W:49 cm x H: 106 cm. Beratnya mencecah 7.2 kg.


4. Britax B-Agile 3 Wheel Stroller – Chili Pepper

Stroller kembara jenis lightweight yang boleh menampung berat kanak-kanak sehingga 15 kg. Ianya boleh dilipat dan dikendali dengan sebelah tangan. Mempunyai pelindung matahari dan hujan dari material yang tahan basah dan kepanasan. Anda boleh menukarkan ia sebagai car seat semasa kembara dalam kereta. Saiz apabila dibuka ialah 97.8L x 58.2 W x 102.87 (cm) manakala saiz ketika dilipat ialah 73.66L x 58.42W x 27.94H (cm).


5. Cybex Priam Lux Seat

Untuk bayi baru lahir sehingga berat mencecah 17 kg. Ia merupakan stroller kembara berciri 3 dalam 1 dimana turu tboleh ditukarkan kepada car seat. Saiz kanopi perlindungan mataharinya boleh dipanjangkan sehingga XXL, mempunyai perlindungan bumper bar. Beratnya cum a4.9 kg serta boleh dilipat. Saiz ketika dibuka ialah L 850 – 950 / W 575 / H 990 – 1085 mm dan bila dilipat ialah L 950 / W 575 / H 420 mm.

 


6. GB Beli 4 Stroller

Stroller kembara yang boleh dilaraskan tempat duduk dalam posisi baring dan duduk, depan dan belakang. Ianya fleksibel kerana boleh dilipat dan dikendalikan sebelah tangan. Stroller kembara dengan sistem 3 dalam 1 yang boleh ditukarkan sebagai car seat. Stroller kembara ini boleh menampung berat sehingga 17 kg dan hanya sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.


7. Britax B-Agile Double Stroller

Stroller kembara jenis lightweight bagi keluarga yang memiliki anak kembar. Stroller ini mudah dilipat dan dialihkan kerana bersaiz ringan. Saiz ketika buka ialah 78.74 W x 105.156H x 101.6D dalam sentimeter. Ketika dilipat saiznya ialah 77.47W x 33.02H x 77.47D dalam sentimeter.Setiap tempat duduk boleh menampung berat sehingga 22 kg dan berat keseluruhan stroller kembara kembar ini ialah 11.8 kg.


8. Oyster Max

Maksimum boleh memuatkan dua orang kanak-kanak. Ia juga boleh dijadikan sebagai single stroller. Kombinasi tempat duduk boleh tukar ini sesuai untuk pelbagai keadaan mengikut kesesuaian penggunaan. Rodanya bersaiz lebih besar menjadikan stroller kembara ini agak tinggi daripada lain-lain pilihan stroller yang ada. Kedua-dua tempat duduk bahagian atas mempunyai pelindung hujan dan matahari.

Lihat maklumat mengenai Oyster Max


9. Oyster Gem Stroller Red

Stroller kembara paling sesuai untuk saiz bayi. Rekabentuk roda stroller ini bersifat futuristik dengan hanya 3 roda iaitu satu roda di bahagian depan dan dua roda bahagian belakang. Pemegang penolaknya diperbuat daripada besi aluminium. Anda boleh mengubah posisi tempat duduk dalam keadaan tidur. Rodanya boleh dikunci untuk mengelak daripada ia bergerak tanpa anda sedari. Bahan material bagi pelindung matahari dan hujan tidak mudah basah kerana bersifat kalis air. Mudah dilipat dan sememangnya saiz yang sesuai untuk jalan-jalan.

Lihat maklumat mengenai stroller kembara Oyster Gem Stroller Red


10. Stokke Xplory Ergonomic Stroller

Stroller kembara yang begitu mendekatkan jarak antara bayi dan ibu bapanya. Kedudukan tempat duduk di bahagian atas serta posisi tempat duduk menghadap ke arah si penolak membolehkan bayi sentiasa eye contact dengan ibu bapa di hadapannya. Ia boleh menampung berat kanak-kanak sehingga 15kg. Ia dikombinasikan secara 3 dalm 1 dengan sistem car seat yang boleh dialihkan ke dalam kereta. Saiz rodanya yang besar di bahagian belakang memudahkan pergerakan di tempat sukar seperti pantai dan batuan.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan