Buat apa hendak pergi sampai ke luar negara hanya semata-mata untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga? Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa taman tema terbaik di Malaysia yang namanya sudah banyak menempah nama dari dalam dan luar negara.

1. Taman Tema Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

taman tema terbaik di Malaysia

Teman tema pertama dan terbesar di Malaysia sehingga tersenarai di dalam Malaysia Book of Records masih dipegang oleh Taman Tema Berjaya Times Square. Taman tema ini berkeluasan 133,000 kaki persegi dan terletak di tengah-tengah ibu kota.

Menariknya tentang taman tema ini adalah ia mempunyai daya tarikan yang menarik dan mendebarkan. Ia terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Galaxy Station dan Fantasy Garden.

Aktiviti yang menjadi pilihan ramai di sini termasuklah seperti Spinning Orbit, Virtual Reality, dan Cosmo Climb. Tidak susah hati jika mahu bermain lama di sini kerana lokasinya di dalam shopping mall dan dilengkapi penghawa dingin yang memang selesa.

Alamat: Berjaya Times Square, 5th and 7th Floor, 1, Jln Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Ulasan Google: 4.3/5

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (12 pm – 8 pm), Sabtu & Ahad (11 am – 8 pm)


2. Legoland Malaysia, Johor

taman tema terbaik di Malaysia

Bagi peminat Lego, dapat bermain dan beraktiviti bersama karakter-karakter Lego gergasi memang satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Legoland Malaysia menjadi lokasi taman tema terbaik di Malaysia yang wajib kita kunjungi bersama anak-anak khususnya ketika cuti sekolah.

Sebut sahaja bentuk lego yang bagaimana kita mahukan, dari bangunan berbentuk lego, haiwan berbentuk lego, manusia berbantuk lego, dan pelbagai lagi ada di sini. Antara tarikan yang menjadi pilihan termasulah Lego Technic, Lego Kingdoms, Imagination, Land of Adventure, Lego City, Miniland, Legoland Hotel, Legoland Sea Life dan banyak lagi.

Sehari kita di sini pun pasti tidak cukup untuk menghabiskan semua aktiviti dan permainan yang ada disediakan untuk pengunjung.

Alamat: 7, Persiaran Medini Utara 3, 79100 Iskandar Puteri, Johor

Ulasan Google: 4.4/5

Waktu operasi: Khamis – Rabu (10 am – 5 pm)


3. ESCAPE Penang, Pulau Pinang

taman tema terbaik di Malaysia

Selain Sunway Lagoon, mungkin ramai tidak tahu di Pulau Pinang terdapat sebuah taman tema terbaik di Malaysia dikenali sebagai Escape Theme Park Penang atau Taman Tema Escape Penang. Taman tema yang dibuka pada 2013 yang lalu mendapat perhatian ramai pengunjung dari dalam dan luar negara dengan tarikan gelongsor airnya.

Gelongsor air yang dibina sepanjang 1 km ini bahkan berjaya disenaraikan sebagai gelongsor air terpanjang di dunia. Dikatakan lebih 40 tarikan menarik yang boleh pengunjung cuba seperti Aerobat, Banana Flip, Atan’s Jump, Atan’s Leap, Coco Climb, Gecko Tower, Hill Rider, Family Trail, Monkey School dan banyak lagi.

Bukan sahaja anak-anak boleh bermain di sini, malah orang dewasa pun boleh bermain bersama dan mencabar diri masing-masing dengan aktiviti ekstrem yang ada.

Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Ulasan Google: 4.6/5

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10 am – 6 pm)


4. Taman Tema A’Famosa, Melaka

Taman Tema A’Famosa dikenali ramai sebagai taman tema air yang terbesar di Malaysia. Beberapa zon aktiviti disediakan untuk keluarga yang hadir bersama seperti zon kanak-kanak, zon dewasa, dan zon berkumpulan. 

Bagi kanak-kanak, kita akan dihiburkan di bahagian Kids Adventure dan Arabian Village. Sedangkan bagi yang hadir secara berkumpulan, cubalah aktiviti seperti Family Raft, Wave Pool, Sandy Beach dan Lazy River yang mengujakan.

Jika berkunjung ke sini, jangan lupa untuk singgah di zon cabaran paling ekstrem iaitu Big Ice Cream, ice cream tertinggi, terpanjang dan terlebar di Asia Tenggara!

Alamat: Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Ulasan Google: 3.9/5

Waktu operasi: Rabu – Isnin (10 am – 6 pm)


5. Lost World of Tambun, Perak

Antara taman tema terbaik di Malaysia dan terawal di bina adalah Taman Tema Lost World of Tambun. Konsep taman tema ini adalah taman tema air yang mempunyai kolam renang terbesar untuk mandi-manda, bermain pelbagai jenis aktiviti yang ada, melawat zoo melihat binatang, dan sebagainya.

Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak

Ulasan Google: 4.4/5

Waktu operasi: Rabu – Isnin (11 am – 11 pm)


6. Taman Tema Sunway Lagoon, Selangor

Sebut sahaja taman tema air di Selangor, pasti nama Sunway Lagoon sudah tidak asing lagi. Selain aktiviti air dan surfing, tarikan lain yang menjadi aktiviti wajib untuk dicuba tentunya Asia’s 1st Nickelodeon Themed Land, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, dan Scream Park.

Ada juga hiburan taman dan hiburan haiwan liar di taman rimba untuk kita lawati dan terokai sendiri di sini.

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Ulasan Google: 4.5/5

Waktu operasi: Rabu – Isnin (10 am – 11 pm)


7. Taman Tema Bukit Gambang, Pahang

Tarikan utama bagi warga pantai timur, tentunya ada di Taman Tema Bukit Gambang. Lokasiya yang terletak di tengah-tengah semenanjung Malaysia memberi keseronokan di tahap maksimum dengan hiburan air yang begitu menyeronokkan. 

Cabar diri dengan lapan jenis ombak yang berbeza, di sini kita boleh pilih untuk beraktiviti di zon kanak-kanak (Aqua Play Zone dan Penguin Island) atau orang dewasa (Family Raft Ride atau 6 Lane Racer).

Alamat: Utama, Bukit Resort City, Jln Bukit Gambang Resort, 26300 Gambang, Pahang

Ulasan Google: 3.9/5

Waktu operasi: Rabu – Ahad (11 am – 6 pm)


8. Genting Skyworlds, Pahang

Taman tema terbaik di Malaysia yang ada di Genting dikenali sebagai Genting Skyworlds. Sekitar 26 permainan dan tarikan disediakan memberi debaran dan keterujaan yang menarik bagi setiap pengunjung yang hadir. 

Dilengkapi dengan 9 zon utama seperti Studio Plaza, Eagle Mountain, Central Park, Rio, Andromeda Base, Liberty Lane, Epic, Robots Rivet Town dan Ice Age.

Ada juga taman tema di dalam bangunan dikenali sebagi Skytropolis Indoor Theme Park yang terbahagi kepada tiga zon seperti Family Rides, Adventure Rides dan Thrill Rides yang tentunya menguji tahap adrenalin kita!

Alamat: Genting SkyWorlds, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Ulasan Google: 3.4/5

Waktu operasi: Setiap hari (11 am – 6 pm)


9. i-City Theme Park, Selangor

taman tema terbaik di Malaysia

Suasana warna-warni di i-City Theme Park tidak sesekali membuatkan pengunjung di sekitar ibu kota jemu dengan keindahan waktu malam di sana. Lokasi ini menjadi perhatian seluruh dunia apabila tarikannya disenaraikan oleh CNN Travel sebagai antara destinasi yang cerah dan warna-warni di dunia.

Selain singgah di taman airnya seperti WaterWorld, The SnoWalk, Red Carpet Wax Museum, Trick Art Museum, House of Horror, 2-Tier Carousel, dan Time Travel. Kita juga boleh menaiki Ferris Wheel gergasi sambil melihat panorama malam dari atas udara.

Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Ulasan Google: 4.2/5

Waktu operasi: Setiap hari (5 pm – 12 am)


10. The Top Penang, Pulau Pinang

taman tema terbaik di Malaysia

Meluangkan masa bersama keluarga sambil dikelilingi oleh keindahan persekitaran memang momen yang amat jarang kita miliki. Dengan The Top Penang kita mampu merasai pengalaman cukup berharga itu.

The Top yang merupakan taman tema indoor yang terbesar di Pulau Pinang. Ia mempunyai 18 buah tarikan keseluruhannya seperti 7D Discovery Motion Theater, Tech Dome Penang, Ocean Explorer, Penang Boutique Aquarium, The Gravityz, Penang State Gallery, UFO-X, Magic Mirror Maze, Zombie Outbreak, Dance Oki, Augmented Reality, dan banyak lagi.

Alamat:  1, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

Ulasan Google: 4.3/5

Waktu operasi: Setiap hari (10 am – 10 pm)

Semoga perkongsian mengenai taman tema terbaik di Malaysia ini dapat memberikan anda panduan yang bermanfaat untuk digunakan dalam merancang masa terbaik bersama anak-anak dan keluarga. Selamat bergembira!