HomeBlogCara Mudah Cipta Memori Indah Bersama Keluarga

Cara Mudah Cipta Memori Indah Bersama Keluarga

Ikatan kekeluargaan dibina berasaskan cinta dan kasih sayang. Dalam menjalani kehidupan berkeluarga, sudah tentu banyak kejadian atau memori manis dan pahit yang dilalui bersama.

Sebagai ibu bapa, terdapat banyak cara untuk anda mencipta kenangan bersama keluarga. Meluangkan masa berkualiti bersama-sama keluarga adalah memori yang tidak ternilai. Kejadian seperti terjatuh basikal, bermain bola sepak bersama-sama atau pergi bercuti pasti terakam indah di dalam kotak memori ibu dan bapa. Namun, bagi anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa, sudah tentu memori-memori ini akan semakin pudar dan tidak diingati. Berikut kami senaraikan cara-cara untuk anda mencipta memori berharga yang akan anda sekeluarga ingati.

Mulakan hobi keluarga

  • Hobi adalah perkara atau aktiviti yang anda gemari. Apa kata jika anda kongsikan hobi tersebut bersama-sama keluarga anda? Hobi yang anda akan lakukan tidak semestinya hobi lama yang anda gemari, sebaliknya, ia boleh juga jadi hobi baru. Cari hobi yang boleh disukai oleh semua anggota keluarga anda bagi menjadikannya istimewa.

Bercuti bersama

  • Bercuti tidak semestinya anda perlu ke tempat yang jauh-jauh membawa keluarga. Dengan membawa anak-anak anda balik kampung juga dikira percutian seisi keluarga. Kenangan berada di dalam kereta selama satu jam perjalanan atau lebih, serta mengejar ayam masuk ke dalam reban pasti akan menjadi memori manis buat anak-anak anda.

Bentuk tradisi keluarga

  • Tradisi keluarga adalah asas yang kukuh dalam ikatan kekeluargaan. Selain membawa keluarga bercuti pada setiap tahun, anda boleh tetapkan cara lain sebagai tradisi keluarga anda. Contohnya, seperti mengadakan mesyuarat keluarga pada setiap bulan atau menikmati pankek pada sarapan pagi setiap hari Ahad.

Abadikan memori dalam album gambar

  • Setiap memori yang dilalui bersama pasti manis jika boleh diulang tayang semula. Pelbagai gadget dan barang elektronik kini dijual bagi membantu anda mengabadikan kenangan bersama keluarga. Tentu lebih manis lagi jika memori ini dicetak dan dikumpulkan sekali dalam album gambar. Contohnya, kenangan anda sekeluarga bercuti di Cameron Highland diletakkan dalam satu album gambar.

P/s: Ada cara mudah untuk anda kumpul gambar yang dirakamkan. Hanya perlu dapatkan pencetak gambar dan bila-bila sahaja anda boleh cetakkan gambar yang telah anda simpan di dalam kamera atau telefon pintar.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan