Resepi Ringkas Menggunakan Periuk Tekanan Buat Anda Yang Sibuk

Product Details

“Hari minggu saya tak sempat nak masakkan rendang daging untuk keluarga. Maklumlah..nak empukkan daging ambil masa yang lama. Selalunya bila tiba hujung minggu pada hari tak bekerja baharulah saya sempat masak..”

Perkataan tidak sempat memasak sering kedengaran dari kalangan wanita yang sibuk bekerja. Kekangan masa adakalanya menyebabkan kita sering memilih menghidangkan makanan untuk ahli keluarga dengan membeli makanan di luar atau menghabiskan wang dengan makan di restoran. Lebih-lebih lagi makanan istimewa yang renyah seperti merebus daging untuk memasak rendang memang mengambil masa yang lama untuk rebusan menjadi empuk.

Namun, dengan teknologi periuk tekanan anda boleh menjimatkan masa 2 jam merebus daging kepada dalam masa hanya 30 minit sahaja. Memang mudah dan cepat apabila anda memasak menggunakan periuk tekanan. Sebarang jenis masakan boleh dihidangkan dalam masa yang singkat. Bagi anda yang terlalu sibuk dan tidak sempat meluangkan masa yang lama di dapur, mari kita lihat beberapa resepi ringkas yang boleh dimasak dengan menggunakan periuk tekanan.


1. Resepi Periuk Tekanan : Bubur Ayam

Bahan-Bahan

  • Isi ayam
  • 2 cawan beras
  • 15-18 cawan air
  • 3 sudu besar pati ayam
  • 1 sudu besar Maggi cukup rasa
  • 1 sudu besar garam
  • 1 inci halia dihiris
  • Sup bunjut
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Rebus ayam dalam periuk tekanan. Caranya dengan memasukkan air secukupnya, sup bunjut, garam dan ayam.
  2. Tetapkan masa periuk tekanan antara 10 sehingga 15 minit.
  3. Setelah ayam masak, asingkan ayam dan air rebusan ayam.
  4. Seterusnya masukkan beras bersama air secukupnya. Tetapkan masa memasak selama 15-18 minit.
  5. Keluarkan wap tekanan dan buka penutup. Masukkan hirisan halia, maggi cukup rasa, pati ayam dan garam. Tutup semula periuk tekanan dan sambung proses memasak untuk 1 minit lagi.
  6. Relaikan daging ayam nipis-nipis.Hiaskan bubur dengan hirisan daun bawang dan daun sup.
  7. Sup sedia dihidangkan. Anda boleh tambah kicap jika mahu.

*Jangan lupa keluarkan wap tekanan selepas setiap kali selesai masak sebelum membuka penutup periuk tekanan.


2. Resepi Periuk Tekanan : Ayam Panggang

Bahan-Bahan

  • 2 bahagian paha ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • Thyme
  • Rosemary
  • Paprika
  • 1 sudu blackpepper
  • Yogurt
  • 1/2 biji lemon
  • Minyak zaitun
  • Garam

Cara Penyediaan

Perapan ayam : Campurkan ke dalam ayam thyme, rosemary, paprika, blackpepper, bawang putih yogurt, minyak zaitun, perapan jus lemon dan garam. Gaul rata ke seluruh bahagian ayam. Perap untuk semalaman.

Panggang ayam :

  1. Masukkan ayam dalam periuk tekanan.Tutup dan guna tetapan High Pressure. Masa ditetapkan selama 7 minit.
  2. Selepas 7 minit, buka penutup. Tukar ke mode Stir Fry.
  3. Balik-balikkan ayam supaya ia masak sehingga sekata.
  4. Sedia untuk dihidangkan. Boleh gunakan sos peri peri ala hidangan Nandos.

*Jangan lupa keluarkan wap tekanan selepas setiap kali selesai masak sebelum membuka penutup periuk tekanan.


3. Resepi Periuk Tekanan : Popcorn Homemade

Bahan-Bahan

  • 2 sudu besar marjerin
  • 1/2 cawan biji bertih jagung
  • 3 sudu gula perang sebagai karamel
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan

  1. Gunakan mode Stir Fry. Cairkan marjerin kemudian off sebentar
  2. Masukkan bertih jagung, tutup periuk. Tukar ke mode High Pressure selama 1 minit.
  3. Selepas 1 minit, keluarkan semua popcorn.
  4. Seterusnya tukar ke mode Stir Fry. Cairkan gula perang. Masukkan semula popcorn dan gaul rata sehingga semua popcorn disalut gula perang.
  5. Sedia untuk dinikmati.

*Jangan lupa keluarkan wap tekanan selepas setiap kali selesai masak sebelum membuka penutup periuk tekanan.


4. Resepi Periuk Tekanan : Udang Goreng Berempah

Bahan-Bahan

  • 500 gram udang
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang serai dikisar
  • 4 biji bawang merah ditumbuk
  • 1 biji bawang besar ditumbuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • Beberapa potong cili padi.
  • Gula
  • Garam

Cara Penyediaan

  1. Untuk penyediaan rempah, campurkan ketumbar, jintan manis dan jintan putih dalam periuk tekanan. Goreng garing tanpa menggunakan minyak dengan mode Stir Fry.
  2. Setelah siap, kisar kesemua bahan.
  3. Sediakan bawang putih, serai, bawang merah yang telah ditumbuk tadi. Gaul bersama udang dan rempah goreng tadi. Tambahkanserbuk cili, gula dan garam.
  4. Biarkan perapan udang selama kira-kira 1 jam
  5. Apabila hendak menggoreng, gunakan fungsi Stir Fry. Panaskan minyak.
  6. Tumis daun kari bersama bawang besar dan cili padi. Masukkan udang dan goreng sehingga masak
  7. Sedia untuk dihidangkan.

*Jangan lupa keluarkan wap tekanan selepas setiap kali selesai masak sebelum membuka penutup periuk tekanan.


5. Resepi Periuk Tekanan : Nasi Arab Mandy

Bahan-Bahan

Nasi :

  • Beras basmathi
  • Minyak zaitun/minyak sapi
  • 1 biji bawang besar kisar
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • 1 inci halia kisar
  • 1/3 cawan kismis
  • Kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih
  • Kunyit
  • Pewarna kuning / saffron
  • Garam
  • 100ml susu

Ayam :

  • 1 ekor ayam dibelah 4 bahagian
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 kiub ayam.
  • Minyak sapi
  • Garam
  • Pewarna kuning/saffron
  • Serbuk paprika

Sos – Kisar halus semua bahan:

  • 1 biji tomato
  • 5 biji cili besar
  • 1 tangkai ketumbar
  • Garam
  • Gula
  • Perahan Lemon

Salad – Gaul semua bahan :

  • 1 biji timun dan 2 biji tomato dipotong dadu.
  • Perahan lemon
  • Garam dan gula

Cara Penyediaan

Ayam :

  1. Cairkan minyak sapi. Tumis semua rempah ratus, garam, pewarna kuning dan kiub ayam. Masukkan ayam.
  2. Rebus ayam menggunakan mode High Pressure selama 10 minit. Masukkan air secukupnya. Lebihkan air kerana lebihan air rebusan ini akan digunakan untuk masak nasi nanti.
  3. Setelah itu, keluarkan ayam dan asingkan air rebusan ayam tadi.
  4. Tabur serbuk paprika ke atas ayam.Masukkan dalam periuk dan goreng selama 3 minit guna mode High Pressure.
  5. Alihkan ayam ke dalam satu bekas.

Nasi :

  1. Rendam beras basmathi selama 30 minit. Basuh dan toskan.
  2. Tumis bahan yang telah dikisar iaitu bawang besar, bawang utih dan halia bersama dengan kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih.
  3. Masukkan beras dan kacau sedikit. Tambahkan air rebusan ayam,susu, garam dan kunyit.
  4. Tukar ke mode High Pressure. Tetapkan masa memasak selama 7 minit.
  5. Selepas 7 minit, tunggu selama 3 minit. Kemudian tukar kepada mode Steam dan tekan Off. Buka penutup.
  6. Kacau nasi supaya sebati.Tambahkan pewarna kuning atau air rendaman saffron. Keluarkan periuk daripada cooker dan letak di luar.

*Jangan lupa keluarkan wap tekanan selepas setiap kali selesai masak sebelum membuka penutup periuk tekanan.


6. Resepi Periuk Tekanan : Daging Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

  • 250 gram daging lembu dipotong
  • Kacang panjang dipotong
  • 1/4 cawan air
  • 2 ulas bawang putih hiris
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 1 biji cili merah hiris
  • 1 inci halia hiris
  • Serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Gaul daging dengan serbuk kunyit dan satu sudu kecil garam. Perap selama 30 minit.
  2. Masukkan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis iaitu bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga bawang kekuningan.Gunakan mode STIR-FRY dan `ON’. Tetapkan masa menggoreng 7 minit
  3. Goreng sehingga daging menjadi empuk. Sedia untuk dihidangkan

*Jangan lupa keluarkan wap tekanan selepas setiap kali selesai masak sebelum membuka penutup periuk tekanan.


Pilihan Editor :

Philips All-in-One Pressure Cooker

Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker

Trio Pressure Cooker 3.5L TPC 1835

 

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...