Pembakar lemak semulajadi diperlukan bagi mereka yang ingin kurus dalam usaha fizikal yang minimum. Aktiviti membakar lemak dalam badan sememangnya satu perkara yang memenatkan. Banyak masa perlu dikorbankan dengan melaksanakan aktiviti senaman dan kecergasan. Sama ada dengan cara berjogging, aerobik, angkat berat, mendaki dan sebagainya. Ramai yang akhirnya mengalah membiarkan diri terus kekal dengan bentuk badan yang gemuk dan tidak menarik kerana tidak sanggup meletakkan sepenuhnya masa dengan aktiviti fizikal yang memenatkan ini.

Tidak perlu anda melakukan senaman berat setiap hari untuk membakar lemak. Senaman yang minimum seperti jogging 20 minit yang dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu sudah cukup untuk membakar lemak dalam badan. Kenapa tidak anda gabungkan sedikit usaha fizikal ini dengan mengamalkan kaedah pembakar lemak semulajadi secara konsisten?

Mari kita lihat 10 pembakar lemak semulajadi yang dapat membantu anda meminimumkan aktiviti fizikal dan meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan.

1.TEH HIJAU

Tahukah anda bahawa kafein yang terdapat dalam minuman mampu membantu membakar lemak dalam badan? Teh hijau adalah antara minuman yang mengandungi kafein. Kandungan kafein dalam teh hijau biasa mengandungi 99.9% air dan hanya membekalkan 1.0 nilai kalori untuk setiap 100 ml hidangan. Ia mengandung 12 mg kafein bagi setiap 30 ml air. Bermakna untuk 100 ml teh hijau, badan anda akan menerima 36 mg kafein.

Untuk membakar lemak, badan anda perlu memecahkan ia kepada sel-sel lemak yang boleh mengalir menerusi aliran darah. Salah satu komponen teh hijau dipanggil sebagai Katekin (Catechins) memberikan efek tersendiri apabila diambil. Bahan ini berupaya untuk mengurangkan tahap kolestrol dalam darah dan membantu mengurangkan lemak dalam badan secara semulajadi.

Minum teh hijau sebelum setiap kali senaman dapat meningkatkan stimulasi badan menjadi lebih aktif dan meningkatkan oksidasi lemak. Oksidasi lemak ini akan membantu menukarkan lemak sebagai pembekal tenaga kepada tubuh badan semasa menjalani latihan.

2. TELUR

Makan makanan berprotein tinggi seperti telur mungkin tidak akan menurunkan berat badan secara magik. Namun, telur membantu anda membakar lemak dengan cara meningkatkan metabolisma dalam badan. Peningkatan metabolisma adalah kunci dalam penurunan berat badan kerana ia akan membantu proses pembakaran kalori dalam badan. Metabolisma inilah yang anda perlukan untuk senaman ringan yang diperlukan dalam pembakaran lemak.

Maka tidak hairan mengapa kebanyakan ahli sukan dan mereka yang aktif melakukan senaman harian membekalkan tubuh mereka dengan minuman protein setiap kali sebelum latihan. Minuman protein dalam bentuk serbuk ini bukan sahaja membekalkan tenaga, malah ia juga sememangnya menyelerakan kerana disediakan dalam pelbagai perisa seperti susu dan coklat.

Namun anda sebenarnya hanya memerlukan telur sebagai sumber protein sebelum ke gimnasium. Harganya juga jauh lebih murah berbanding dengan harga pelbagai jenis minuman protein yang terdapat di pasaran.

3. CUKA EPAL

Amalan diet menerusi pengambilan cuka epal banyak diamalkan oleh masyarakat Eropah. Pengambilan cuka epal boleh membuatkan kita rasa lebih cepat kenyang seterusnya mengurangkan penambahan makanan lain yang mengandungi tinggi kalori. Kandungan asid asetik yang tinggi dalam cuka epal membantu mengaktifkan sistem metabolisma untuk penjanaan tenaga yang berlaku menerusi penukaran lemak dalam bentuk tenaga. Dengan itu, lemak dalam badan tidak lagi disimpan dalam badan sebaliknya bertukar bentuk menjadi tenaga.

Untuk mendapatkan hasil penurunan berat badan menerusi pembakaran lemak, pengambilan cuka epal perlu mengikut cara yang betul. Caranya boleh diambil dalam bentuk minuman. Anda cuma perlu campurkan dua sudu kecil bersama segelas air suam dan meminumnya sebelum mengambil sarapan.

Tetapi pengambilan cuka epal ini tidak sesuai diamalkan setiap hari kerana kandungan asid asetik yang tinggi boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada sistem usus. Adalah lebiih baik jika pengambilan cuka epal diambil dalam kuantiti paling minimum contohnya dua minggu sekali dan selebihnya anda perlulah melakukan senaman. Cara ini tentunya lebih selamat dan cepat untuk bakar lemak.

4. YOGURT

Kandungan gula dalam yogurt lebih rendah berbanding yogurt biasa. Begitu juga dengan kandungan protein. Protein yang tinggi dalam greek yogurt mungkin membantu dalam pembakaran kalori. Yogurt juga membantu anda mendapatkan kembali perut yang kempis. Lemak pada perut adalah antara jenis lemak yang aling tidak sihat berkumpul dalam badan.  Selepas setiap kali melakukan senaman, jangan lupa menjana kembali tenaga dengan yogurt kerana protein yang terdapat dalam yogurt akan membekalkan amino asid dan karbohidrat kembali ke otot badan.

Ramai yang mencadangkan pengambilan dua jenis yogurt iaitu yogurt prebiotik dan yogurt greek untuk kesan penurunan berat badan yang lebih baik.

5. OAT

Untuk membakar lemak badan anda memerlukan pengurangan kalori supaya badan dapat hentikan pengumpulan lemak sebaliknya mengurangkan ia dalam bentuk tenaga. Untuk melakukannya ialah dengan melakukan senaman dan dalam amsa yang sama mengambil makanan dengan kandungan kalori paling rendah. Bersarapan dengan oat setiap hari dapat menyelamatkan anda daripada mengambil lebihan kalori setiap hari. Fiber yang erkandung dalam oat akan membuatkan tempoh rasa kenyang anda dilanjutkan sehingga beberapa jam menjadikan pengambilan makanan seterusnya dapat dikurangkan.

6. BUAH BERI

Kandungan antioksida dalam buah beri sangat berguna untuk pembakaran lemak. Selain mempunyai kandungan antioksida, ia juga mengandungi sejenis bahan iaitu ketones yang merupakan sumber terbaik untuk menjana metabolisma ke tahap tinggi. Pembakaran lemak juga menjadi semakin cepat lebih-lebih lagi selepas melakukan senaman selama beberapa minit. Walaupun buah beri agak manis dari segi rasa, ianya masih lebih selamat untuk dinikmati berbanding dengan bahan lain seperti gula dan madu.

7. QUINOA

Pengambilan quinoa membantu mengekalkan diet seharian yang sihat. Bagi mereka yang ingin menggantikan nasi dengan bahan makanan lain, quinoa adalah pilihan terbaik untuk anda. Quinoa mengandungi nilai kalori yang agak tinggi. Jadi pengambilannya perlu dikawal supaya nilai kalori yang diambil tidak berlebihan. Walaupun nilai kalorinya agak tinggi, namun nutrien yang terkandung di dalamnya membekalkan lebih banyak tenaga untuk anda sepanjang hari. Perut anda akan merasa kenyang lebih lama sekaligus mengurangkan pengambilan makanan lain.

8. KACANG BADAM

Membekalkan tenga badan dengan beberapa biji buah badam sebelum senaman boleh membantu dalam pembakaran lemak. Nilai karbohidrat yang tinggi berbanding lemak dalam 100 gram buah badam lebih bermanfaat. Kebanyakan pengamal diet bersetuju mengatakan diet rendah kalori lebih baik daripada diet tinggi lemak.

9. AIR LEMON

Meminum secawan lemon suam lebih baik daripada menikmati secawan coklat panas. Ini kerana nilai kalori dalam air lemon jauh lebih rendah dan ini sangat membantu menyumbang kepada penurunan berat badan. Dengan nilai kalori yang rendah, ia masih mampu menjana metabolisma badan ke tahap lebih tinggi.

10. TIRAM

Kebaikan makanan laut seperti tiram sangat bermanfaat untuk menurunkan berat badan. Dengan menikmati 85 gram tiram yang dibakar, badan anda masih dibekalkan dengan nilai kalori yang rendah iaitu 169. Menikmati tiram juga membuatkan anda rasa cepat kenyang. Kandungan zink dalam tiram membantu dalam mengurangkan selera terhadap makanan.

Pilihan Editor :

Bragg Organic Raw Unfiltered Apple Cider Vinegar

HEINZ APPLE CIDER VINEGAR

Country Farm Organics Organic Pearl Quinoa

Country Farm Organics Pearl Quinoa