Kebanyakan rakyat Malaysia cukup gembira jika dapat menikmati percutian ke luar negara semasa musim sejuk. Impian unruk merasai pengalaman bermain salji dan kesejukan udara sememangnya menyeronokkan bagi mereka yang ingin merasainya buat kali pertama. Percutian musim sejuk memberikan satu kelebihan di mana anda tidak akan merasai badan berpeluh walaupun berjalan untuk tempoh masa yang lama di luar.

Namun begitu pendedahan yang terlalu lama di luar semasa berjalan dalam musim sejuk akan memberikan kesan yang tidak sihat kepada kulit kita. Perubahan pada kulit yang paling ketara dilihat ialah kesan kekeringan sehingga menampakkan warna kulit tidak bersih, lembap dan berseri. Lebih teruk lagi apabila muncul kuping-kuping mengerikan yang tidak semena-mena timbul seakan kesan luka yang hampir sembuh. Kulit menjadi tidak berseri terutama di bahagian wajah dan kedua belah tangan walaupun telah mengenakan sarung tangan dan baju sejuk yang tebal.

Anda perlu membuat perancangan yang rapi dari segala aspek sebelum membuat keputusan mengharungi percutian musim sejuk. Selain membuat persediaan pakaian jaket tebal, kasut anti licin dan seluar yang selesa, anda juga perlu bersedia dari segi kelengkapan penjagaan kulit. Ini amat penting bagi memastikan semangat percutian musim sejuk anda tidak terbantut terutama jika jangka masa percutian melebihi tiga hari. Walaupun secara amnya masalah kulit yang rosak ini mampu disembuhkan selepas beberapa hari pulang ke tanah air, ianya bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan.

Oleh itu mari kita lihat beberapa kelengkapan penjagaan kulit yang anda perlu bawa semasa percutian musim sejuk.


Produk Pembersihan Wajah Sumber Air

Sama ada produk pembersihan wajah harian atau cecair pembersih mekap, pastikan anda memilih produk pembersih hidrat yang kaya dengan sumber molekul air. Ia boleh mengekalkan kelembapan kulit anda semasa musim sejuk menerusi penyerapan air ke dalam liang kulit. Kebiasaannya produk pembersih berasaskan air ini banyak terdapat dalam produk cecair pembersih mekap. Namun ada juga produk pembersihan wajah berasaskan air yang tidak menghasilkan buih. Anda hanya perlu menggunakan kapas untuk menghilangkan kesan minyak dan kotoran pada kulit wajah.

Neutrogena Hydro Boost Facial Cleanser

Gel pembersih wajah yang mampu meningkatkan kelembapan pada kulit wajah. Ia berfungsi sebagai pembersih mekap dan pencuci harian wajah yang tidak berbuih. Namun mampu membersih kulit dengan berkesan. Dengan asid hyaluronik, formulanya terbukti secara klinikal untuk meningkatkan tahap penghidratan kulit, mengekalkan kelembapan sekaligus menghasilkan kulit yang bersih menyegarkan setiap kali selepas pembersihan dilakukan. Baca keterangan produk di sini.

BIODERMA Hydrabio H2O 250ml

Produk pembersihan wajah bagi menangani masalah kekeringan dan kulit yang sensitif. Produk ini bertindak membersih kulit wajah serta menanggalkan kesan mekap termasuk mekap yang bersifat kalis air. Menggunakan cecair pembersih ini cukup mudah kerana ia tidak perlu dibilas semula dengan air. Ianya mampu memberikan kesegaran pada kulit. Baca keterangan lanjut di sini.

Crystal Moist Hydra Ion + Moisturizing Facial Cleanser

Produk pembersih wajah dari Korea. Ia pilihan menarik bagi mereka yang mengidamkan kulit wajah selembut dan sehalus wanita Korea. Dengan produk pembersihan yang diformulasi dengan sumber pengionan air ini, kulit wajah akan lebih anjal dan lembut persih wanita Korea. Baca keterangan lanjut di sini.


Kepingan Topeng Hydrating Mask

Topeng perawatan muka ini elok dipakai ketika tidur setiap hari selepas penat mengharungi udara yang sejuk. Bahan-bahan nutrien di dalamnya dapat menyerap ke dalam kulit. Dengan ini kelembapan kulit dapat dikekalkan disamping menyihat dan menyegarkan semula keseluruhan kulit wajah yaang kusam dan penat.

NAVEEN Hydrating Mask


Topeng wajah ini diiktiraf mengandungi bahan organik yang tidak membahayakan kulit. Ia topeng serum yang diperkaya dengan adunan pelbagai sumber organik seperti lidah buaya, ros dan chamomile. Juga mengandungi bahan asid hyaluronic yang mampu meresap ke dalam kulit untuk memberi kesan keremajaan supaya kelihatan lebih anjal dan lembut. Baca mengenainya di sini.

HappyMask Berries Garden Face Mask


Produk penjagaan kulit wajah dari Korea. Ia bertindak mengembalikan kulit yang kusam, kering dan mengekalkan kelembapan kulit wajah untuk tempoh masa lebih lama. Ia hadir dalam pelbagai variasi aroma buah-buahan yang menyegarkan. Baca keterangan produk di sini.


Krim & Sabun Pelembap

Musim sejuk akan mengurangkan kelembapan udara. Oleh itu anda memerlukan pelembap tambahan untuk mengelakkan kekeringan kulit semasa musim sejuk. Anda bukan sahaja memerlukan pelembap kosmetik yang memelihara kelembapan kulit wajah. Malah keseluruhan badan perlu dilindungi iaitu dengan produk mandian yang mengandungi bahan pelembap.

Produk pelembap ini meliputi beberapa jenis antaranya pelembap wajah, pelembap mandian dan losyen. Untuk losyen anda perlu membawanya sepanjang masa semasa di luar dengan memastikan ia sentiasa disimpan di dalam beg supaya penggunaan segera pada bila-bila masa diperlukan.

DOVE Shower Beauty Moisture

Untuk cecair mandian, anda boleh memilih DOVE Shower Beauty Moisture. Ia terhasil menerusi teknologi NutriumMoisture yang membekalkan nutrien dan kelembapan ke seluruh kulit badan. Ia membersihkan badan anda secara lembut untuk kesegaran, wangian dan lembapan yang berpanjangan.

Aiken Tea Tree Oil Moisturizer

Pelembap wajah Aiken Tea Tree Oil Moisturizer yang membantu mengatasi kekeringan pada kulit muka. Krim pelembap ini sesuai digunakan semasa musim sejuk. Dalam masa yang sama ia merawat kulit muka yang mengalami masalah jerawat. Ianya bebas dari bahan kimia seperti paraben, alkohol, sulfat silikon serta bahan-bahan yang bertindak ke atas kulit yang sensitif. Jadi ia sesuai hampir untuk kesemua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Cetaphil Redness Relieving Daily Facial Moisturizer with SPF 20


Produk dari Cetaphil ini bertindak mengatasi kesan-kesan kemerahan menjadikan warna kulit muka kelihatan lebih setara. Ia juga mampu melembapkan jauh ke dalam kulit, memperbaiki semula kulit sensitif yang rosak akibat pendedahan kepada cuaca sejuk yang kurang kelembapannya. Baca mengenai produk di sini.


Krim Perlindungan Matahari

Walaupun cuaca sejuk menyelesakan anda dari kepanasan, jangan abaikan penggunaan krim perlindungan matahari. Pendedahan di bawah cahaya matahari yang terlalu lama tanpa perlindungan khas akan menghasilkan kulit yang merah dan semakin gelap.

Bersedia sepanjang masa dengan pilihan krim perlindungan matahari. Ia memperbaiki semula keadaan kulit yang rosak akibat pendedahan di bawah cahaya matahari di musim sejuk.

Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50+ PA+++


Krim perlindungan matahari ini membantu mengelakan kesan selaran matahari terutama kepada kulit wajah. Ia juga sesuai digunakan untuk bahagian belakang tangan yang lebih terdedah kepada cahaya matahari. Sapuannya akan memberikan kesegaran seolah-olah kulit anda terkena air. Krim ini bersifat kalis air yang tentunya tidak mudah tanggal apabila terkena air. Baca keterangan produk di sini.

Banana Boat Sport Lotion SPF30


Krim perlindungan matahari untuk ahli sukan. Namun sesuai juga untuk penggunaan biasa. Ia meresap ke dalam kulit untuk perlindungan terhadap UVA dan UVB. Tiada kesan melekit dan bebas minyak. Ia boleh bertahan untuk tempoh masa sehingga 80 minit serta bersifat kalis air. Baca keterangan produk di sini.


Serum

Salah satu kepentingan serum ialah ia membekalkan vitamin C kepada kulit. Serum adalah pilihan selain daripada krim pelembap. Kuasa penembusan serum ke dalam kulit juga memberikan kesan keanjalan kulit yang lebih baik semasa kurangnya kelembapan udara ketika musim sejuk.

Serum membuatkan kulit wajah anda kelihatan lebih muda dan berseri apabila digunakan dalam beberapa tempoh yang lama. Walaupun tujuan serum ini digunakan untuk kecantikan, ia boleh digunakan bila-bila masa tanpa mengira perubahan musim dan cuaca.

Nutox Serum Concentrate

Clarins Double Serum

Safi Rania Gold Serum Concentrations


Pelembap Bibir

Bibir adalah bahagian yang paling jelas mengalami kekeringan semasa musim sejuk. Ia lebih teruk apabila angin sejuk bertiup yang menyebabkan kekeringan bibir lebih teruk. Ia tidak mampu dihilangkan dengan hanya minum air putih secukupnya. Untuk perlindungan lebih lama, anda perlu memastikan pelembap bibir dibawa dan dipakai sepanjang masa apabila perlu.