Setiap hujung tahun, ibu bapa pasti binggung memikirkan di mana tempat yang sesuai dan terbaik untuk menyekolahkan anak-anak mereka khususnya yang baru pertama kali masuk ke alam prasekolah. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda pilihan prasekolah islamik terbaik yang boleh anda jadikan panduan sebelum memilih.

Pendidikan adalah aspek yang sangat penting dalam kehidupan dan perkembangan diri seorang anak. Tanpa ilmu anak tidak mampu untuk meningkatkan kualiti dan pencapaian hidupnya dari semasa ke semasa.

Justeru, mendedahkan anak kecil di usia muda dengan ilmu membolehkan anak “mudah mesra” dengan persekitaran dan tabiat belajar yang efektif.

Senarai pilihan prasekolah islamik untuk anak-anak

Terdapat pelbagai jenis tadika atau taska yang ada menjalankan tanggungjawab sebagai pusat pendidikan awal secara formal bagi kanak-kanak diusia bermula dari 3 tahun dan ke atas. Berikut adalah senarai prasekolah islamik terbaik yang popular di Malaysia:

1. Genius Aulad

prasekolah islamik terbaik

Selama lebih 20 tahun menjadi perintis kepada prasekolah islamik di Malaysia, Genius Aulad berjaya mempunyai lebih dari 53 cawangan di merata negeri temasuklah di luar negara seperti Australia, Indonesia dan Arab Saudi.

Ia menggunakan program pembelajaran yang efektif dan seiring dengan keperluan dan kehendak kanak-kanak di usia mereka. Bahkan,menggabungkan pendidikan agama dan akademik seiring untuk memantapkan pendidikan di peringkat lebih tinggi.

Anak-anak juga diajar dan dipupuk dengan disiplin yang sangat tinggi, dan budi bahasa yang sesuai dijadikan teladan oleh kanak-kanak lain.

2. Brainy Bunch (International Islamic Montessori)

prasekolah islamik terbaik

Prinsip utama Brainy Bunch adalah membawa pendidikan kepada Al-Quran dan Sunnah. Apa yang menarik, ia mengguna pakai kurikulum NAMC merangkumi sepenuhnya karya Dr Montessori yang sudah diterima diperingkat global dan menjadi salah satu kurikulum paling berkesan.

Tujuh aspek yang sentiasa ditekankan oleh Brainy Bunch adalah kemahiran dalam membaca, menulis, mengira, menghafaz, mengajar, menaakul, dan mandiri.

Anak-anak akan diajar dibawah konsep Brainy SPICE yang memenuhi ciri sistem pembelajaran untuk mengembangkan kemahiran diri mereka agar berjaya di dunia dan akhirat. SPICE adalah akronim bagi (Spiritual, Physical, Intellectual, Creative, Emosional).

3. Little Genius Preschool

prasekolah islamik terbaik

Little Genius Preschool adalah prasekolah Islamic English yang berlesen bagi kanak-kanak di usia 3 hingga 6 tahun dengan membawa konsep campuran tadika dan Montessori.

Ia menawarkan tiga jenis program di dalamnya iaitu program separuh hari dari (7.30 pagi – 12.30 tengah hari) dan satu hari penuh dari (7.30 pagi – 6.30 petang) merangkumi pembelajaran akademik dan islamik.

Bukan itu sahaja, menarik lagi tentang Little Genius Pre School ini berbanding prasekolah biasa ia turut menyediakan program transit. Setiap tenaga pengajar atau guru akan datang ke rumah pelajar dan mengajar serta memastikan anak-anak boleh solat, zikir, dan hafazan.

Aliran kelas bagi program transit juga termasuk mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM), seni, dan pendidikan Islam.

4. Little Caliph

prasekolah islamik terbaik

Prasekolah islamik terbaik yang seterusnya adalah Little Caliph. Sekolah ini membawa misi utama untuk menyemai sifat cinta Islam kepada anak melalui pendekatan pembelajaran yang menarik dan pelbagai menggunakan silibus yang telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Keisitimewaan Little Caliph berbanding yang lain adalah ia menggunakan pendekatan ajaran Islam, mendidik anak supaya mengamalkan Islam, iman, dan ihsan, menyediakan suasana pembelajaran pendidikan Islam yang penuh kasih sayang, serta mengutamakan Bahasa Inggeris sebagai medium semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu juga, Little Caliph turut melatih anak dalam kemahiran menyelesaikan masalah melalui pendedahan Play based learning, Project based learning dan Living skill agar mereka lebih berdikari serta menyiapkan mereka dengan 5 asas utama menempuh alam persekolahan iaitu membaca, menulis, mengira, solat dan doa.

5. CIC (Children Islamic Centre)

prasekolah islamik terbaik

CIC (Children Islamic Centre) mendidik anak-anak dalam dalam persekitaran yang selamat, menyeronokkan, dan juga dinamik kepada standard akademik tertinggi.

Apa yang menarik tentangnya, ia menawarkan 18 program merangkumi tiga kategori utama seperti preschool, playschool dan after school.

6. PASTI

prasekolah islamik terbaik

PASTI adalah institusi pendidikan yang ditubuhkan di Malaysia dan menjadi pilihan kepada ramai ibu bapa yang mahukan anak mereka mendapatkan pendidikan Islam sejak kecil lagi.

Dengan membawa matlamat kurikulum iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan ilmu yang dipelajari, tadika Islam ini memberi kesimbangan ilmu pengetahuan, akhlak mulia serta tanggungjawab dan sumbangan kepada masyarakat. Yurannya juga lebih murah berbanding prasekolah Islam yang lain.

7. Kaizen Islamic Preschool

prasekolah islamik terbaik

Tadika Aura Genius atau juga dikenali dengan nama Kaizen Islamic Preschool adalah prasekolah yang menggunakan konsep pembelajaan budaya Jepun dan asas Islami. Tiga bahasa pengantara yang diajarkan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Ingegris dan Arab.

Bermain sambil belajar, anak pasti tidak bosan dengan pelbagai program yang diadakan seperti “Anakku Huffaz”, “Akulah Imam”, kelas seni mempertahankan diri, dan pelbagai lagi.

8. Kidana Kindy

prasekolah islamik terbaik

Tadika Kidana merupakan pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan utama untuk menjaga anak-anak yang berumur dari 4 tahun ke atas. Dalam masa yang sama juga, Tadika Kidana turut menawarkan sebuah program berorentasikan pendidikan iaitu Integrated Development Centre.

Bagi yang tertanya-tanya mengenai program ini, ia adalah program pembelajaran yang berasaskan metodologi permainan dan kinetik khusus bagi anak berumur 3 hingga 10 tahun.

Malah, Kidana turut menyediakan program-program pendidikan unik yang diajarkan secara tematik, menyediakan pengajaran Al-Quran, bahasa dan pembelajaran berasaskan projek.

9. IIUM Educare Kindergarten

prasekolah islamik terbaik

Sebuah prasekolah islamik pertama yang diasaskan oleh universiti awam di Malaysia iaitu International Islamic University Malaysia (IIUM) adalah IIUM Educare Kindergarten. Prasekolah ini mempunyai 16 cawangan keseluruhannya di Malaysia.

Ia menjadi pilihan yang cukup popular buat para ibu bapa yang mahukan penjagaan khusus buat anak mereka bila mana mereka perlu bekerja di waktu pagi. Selain mempunyai lokasi yang strategik, selamat, dan mudah diakses, dari segi konsep pembelajaran yang ditawarkan juga sangat menarik.

IIUM Educare membantu anak-anak untuk mengembangkan kemahiran motor halus dan kasar. Hasilnya, kanak-kanak akan berasa sihat dan teruja kerana dapat menerokai pelbagai aktiviti di sini.

Dalam masa yang sama juga, mereka akan dibantu untuk menguasai Iqra dan ilmu Al-Quran melalui teknik bacaan fonik iaitu menggabungkan elemen bunyi semasa belajar.

10. Little Al Azhar Islamic Preschool

prasekolah islamik terbaik

Pilihan terakhir untuk prasekolah islamik terbaik yang boleh anda daftarkan anak-anak adalah di Little Al Azhar Islamic Preschool. Sekolah ini memfokuskan kepada pembelajaran islamik untuk membentuk mental dan psiko-sosial anak.

Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar ketika mengajar, anak juga akan dibiasakan dengan teknik pembelajaran secara praktikal. Menarik lagi tentangnya, ia memasukkan elemen lima teknik pembelajaran utama seperti eksplorasi, eksperimen, ekspresi, bersuara dan kad bacaan.

Diharapkan artikel mengenai senarai pilihan prasekolah islamik ini dapat memudahkan para ibu bapa di luar sana untuk membuat pilihan terbaik demi masa depan anak-anak anda.