Mama’s Choice: Penjagaan Ibu Adalah Pelaburan Bernilai Kemanusiaan
Mama’s Choice: Penjagaan Ibu Adalah Pelaburan Bernilai Kemanusiaan
HomeMalayMama’s Choice: Penjagaan Ibu Adalah Pelaburan Bernilai Kemanusiaan

Mama’s Choice: Penjagaan Ibu Adalah Pelaburan Bernilai Kemanusiaan

Krim Stretch Mark Mama’s Choice

Jika anda bakal menjadi ibu atau sedang mengembara proses keibuan, ataupun, dalam usaha membesarkan anak, Mama’s Choice sudah pasti bukan satu nama asing. Sama ada terkenal kerana produknya yang mesra digunakan para ibu atau pelbagai perkongisan menarik di laman web (blog) miliknya, Mama’s Choice terus menyokong para ibu menjadi yang terbaik dalam masa yang sama mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Ini serasi dengan kepercayaan Mama’s Choice bahawa produk penjagaan yang berkualiti dan menggunakan bahan semula jadi yang dijamin adalah pelaburan yang paling bernilai untuk generasi manusia sejagat.

Diasaskan dengan satu mantera, iaitu menawarkan produk yang bermutu, selamat dan semula jadi, pasukan Mama’s Choice tidak pernah lekang daripada terus menginovasi produk-produk  berkualiti. Ia juga komited dalam memastikan semua produknya mudah diperolehi, pada kadar segera dan paling penting, harga yang berpatutan agar ia mencapai lebih ramai ibu.

Krim Stretch Mark Mama’s Choice adalah salah satu produk daripada senarainya yang bukan sahaja menyihatkan kulit tetapi membantu para ibu mengembalikan keyakinan dengan kulit yang sihat, sempurna tanpa kesan parut.

Tiada yang lebih membanggakan Mama’s Choice apabila setiap komitmen disampaikan secara telus dan ikhlas. Ini khususnya dalam memastikan penggunaan bahan semula jadi dalam produk, pengendalian uji kaji klinikal dan dermatologi bertahap antarabangsa, dan keutamaan keselamatan pengguna serta pengiktirafan halal untuk penggunaan tanpa was-was.

Mama’s Choice membantu para ibu di Malaysia agar mereka melayari fasa kehamilan dengan rasa tenang di samping memperkasa mereka untuk membuat pilihan yang terbaik sepanjang proses kehamilan, pasca kehamilan dan seterusnya.

Masalah parut akibat kulit regang atau lebih dikenali sebagai stretch mark  merupakan antara isu yang menggangu para ibu hamil. Tetapi dengan pengenalan krim Stretch Mark Mama’s Choice yang selamat digunakan, dijamin halal dan menggunakan bahan semula jadi yang berkhasiat untuk kesihatan kulit, ia merawat dan menghilangkan kesan parut pada kulit khususnya bahagian perut ibu.

Krim Stretch Mark Mama’s Choice

Apa yang menarik mengenai krim ini ialah, ia dihasilkan daripada inovasi biokimia lipobelle soyaglycone iaitu ekstrak kacang soya sebagai bahan asasnya. Bahan ini menjaga kesihatan kulit secara menyeluruh kerana kandungannya meningkatkan penghasilan kolagen kulit, memulih dan memperbaiki kesan regangan yang mengakibatkan parut. Ekstrak kekacacang yang dirumus khas juga mengelakkan kedutan kulit dan meningkatkan hidrasi serta kelembutan kulit. Menurut kajian, bahan ini diakui memperbaiki ketebalan kulit sehingga 12% sekaligus melindungi kulit daripada terlebih anjal.

Setiap produk Mama’s Choice melalui pelbagai fasa daripada tahap pengenalan hingga pembuatan akhir. Setakat ini, Mama’s Choice telahpun mencapai lebih 13,000 ibu menerusi kajian dan tinjauan, survei kumpulan fokus isi rumah bagi memastikan kesemua produk yang dihasilkan serasi dengan keperluan dan kehendak kegunaan para ibu.

Krim Stretch Mark Mama’s Choice melalui proses formulasi yang dibangunkan dengan bahan semula jadi daripada kualiti tertinggi. Ia diperolehi secara alami dan diuji secara klinikal agar selamat kepada para ibu hamil dan ibu menyusu.

Selain menggunakan ekstrak kacang soya, Krim Stretch Mark Mama’s Choice turut menggunakan daun lidah buaya yang kaya dengan Vitamin A, E, magnesium dan zink. Ia menawarkan kenyamanan dan melegakan kegatalan kulit yang berlaku ketika kehamilan dan pasca kehamilan. Bahan seperti minyak zaitun melindungi kulit daripada rosak dan memberi kelembutan semula jadi. Ini serasi dengan sifat minyak zaitun yang merupakan agen anti oksidan. Mengekalkan keanjalan dan memelihara kekenyalan kulit, kandungan minyak jojoba turut disertakan selain kandungan shea butter yang terkenal sebagai anti-radang. Ia melindungi kulit dan mengekalkan kelembutan kulit agar kekal licin dan sihat, bak sutera.

Krim Stretch Mark Mama’s Choice juga tidak berminyak, malah mudah meresap dan mesra untuk kegunaan seharian. Agen anti oksida dan komponen penghasilan kolagen menjadi tarikan utama yang amat berguna untuk kesihatan kulit si ibu.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bahan-bahan yang digunakan, Mama’s Choice menyenaraikan ramuannya dalam pembungkusan selaku komitmen tulus kepada penggunanya.

Mama’s Choice tegas dalam memastikan semua produk bebas bahan kimia merbahaya. Ini kerana jenama mesra pengguna ini mempunyai nilai toleransi sifar terhadap mana-mana kepenggunaan bahan terlarang, merbahaya dan mengugat kesihatan seperti  paraben, triclosan, phthalates, alkohol, fluorida, dan natrium lauril sulfat.  Krim Stretch Mark Mama’s Choice juga berunsur hipoalergenik dan bebas alkohol bagi memastikan keselamatan dan kesihatan ibu termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Kesemua produk Mama’s Choice diuji di makmal di Singapura untuk memastikan ia melalui ujian dan pemeriksaan yang ketat bagi mengukur pencemaran logam berat dan mikroba, agar ia selamat digunakan sebelum, semasa, dan selepas kehamilan.

Bahan yang digunakan dalam setiap produknya, bukan sahaja semula jadi malah dipilih sendiri pasukan penyelidikan dan pembangunan Mama’s Choice supaya ia dapat menawarkan kesempurnaan dalam setiap produk yang disediakan.

Krim Stretch Mark Mama’s Choice

Krim Stretch Mark Mama’s Choice merupakan antara produk paling digemari pengguna iaitu para ibu dan menjadi pilihan utama pengguna pasaran dalam talian di Singapura, Indonesia dan Thailand.

Krim Stretch Mark Mama’s Choice disapu lembut dan selamat pada bahagian perut dan bahagian lain seperti payu dara, pinggul dan paha. Lakukannya setiap hari, pagi dan malam dalam gerakan urutan pusingan bagi merangsang peredaran darah. Krim ini disyorkan digunakaan pada fasa awal trisemester kedua sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan selepas bersalin bagi mengelak dan mengurangkan kewujudan kesan parut hamil.

Sekiranya anda menyukai Krim Stretch Mark Mama’s Choice, tinggalkan ulasan di sini. Produk ini dan produk lain boleh didapati di laman web Mama’s Choice, Shopee dan Lazada. 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan