HomeMalayJadual imunisasi bayi yang wajib ibu bapa ambil tahu

Jadual imunisasi bayi yang wajib ibu bapa ambil tahu

Imunisasi adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk melindungi kanak-kanak seterusnya penduduk negara ini dari jangkitan penyakit yang boleh dicegah oleh imunisasi. Imunisasi ini diberi secara percuma di semua klinik kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), K1Malaysia dan klinik desa di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Imunisasi yang diberikan ialah untuk mencegah penyakit:- 

i)   BCG –TB (Batuk Kering)

ii)   Hepatitis B

iii)  Diptheria (Sakit Kerongkong) 

iv)  Pertussis (Batok Kokol) 

v)  Tetanus (Sawan di kalangan bayi baru lahir)

vi)  HiB (angkitan paru-paru/jangkitan selaput otak) 

vii) Polio 

viii) MMR (Campak/Beguk / Rubella) 

Bayi dan kanak-kanak perlu diberikan suntikan vaksin mengikut jadual umur yang telah ditetapkan agar bayi dan kanak-kanak mendapat perlindungan yang optima.

Sebagai contoh; Imunisasi Hepatitis B akan diberi sebaik sahaja dilahirkan imunisasi BCG pula diberi pada keesokan harinya atau sebelum dibenarkan pulang. Hepatitis B akan diberikan seterus nya semasa bayi berumur 2 bulan dan 6 bulan.

Foto: Suara.com

Jenis vaksin serta tarikh suntikan diberi akan dicatat oleh jururawat bertugas ke dalam Buku Rekod Kesihatan Kanak-kanak (0-6 tahun). Ibubapa dan penjaga kanak-kanak diminta untuk menyemak samada imunisasi ini diberi atau tidak dan pastikan ianya dicatat

Selain dari imunisasai yang terdapat di jadual di atas, terdapat dua jenis imunisasi yang di galakkan untuk diberi kepada bayai dan kanak-kanak iaitu Imunisasi Rotavirus dan Pnuemococcal. Imunisasi boleh didapati di klinik/hospital swasta dan bayaran akan dikenakan.

Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.

Vaksin ialah virus atau bakteria yang telah mati atau dilemahkan fungsi virulen (bahaya) dengan kaedah tertentu. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut manakala kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa. Biasanya kesannya amat ringan dan tidak membahayakan.

Vaksin terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI- Expanded Immunisation Programme) WHO.

Vaksin ini diberi secara percuma kepada semua bayi dan kanak-kanak di semua klinik kesihatan kerajaan dan ia merangkumi 10 jenis vaksin yang boleh menghalang penyakit. Pemberian vaksin secara menyeluruh adalah penting untuk menjayakan program imunisasi ini.

Lebih banyak vaksin mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang. Jadual imunisasi yang sedia ada ini mungkin akan diubah suai dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan.

Bagaimanapun, salah faham mengenai imunisasi bukanlah perkara baru, maka adalah penting bagi kakitangan kesihatan berpengetahuan dan arif agar dapat mengatasi keraguan dan salah faham yang timbul.

Foto: brad.erva

Menurut Pakar Perubatan Keluarga, Kemaman, Dr Suhazeli Abdullah, jika imunisasi tidak berkesan, maka negara kita akan menghadapi wabak pelbagai jenis penyakit berjangkit.

Katanya, tidak semua orang mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit berbahaya dan oleh kerana tidak ada cara terbaik untuk kita mengenal pasti individu berkenaan, maka adalah penting setiap kanak-kanak diberi imunisasi lengkap supaya semua pihak mendapat perlindungan sepenuhnya.

Ada beranggapan anak mereka tidak memerlukan imunisasi kerana penyakit berjangkit tidak selalu berlaku. Tanggapan ini tidak benar kerana imunisasi adalah penting untuk memastikan anak anda sihat. Masih lagi terdapat penyakit berjangkit yang berbahaya di Malaysia.

Mungkin ibu bapa antivaksin ini menganggap boleh melindungi anak mereka daripada penyakit berjangkit dengan menjauh atau mengasingkan anak mereka daripada kanak-kanak lain. Kaedah ini tidak berkesan kerana masih ada kanak-kanak yang dijaga oleh ibu sendiri, dikawal ketat dan tidak dibawa ke tempat ramai orang masih mendapat jangkitan penyakit berbahaya.

Tidak mungkin kita dapat melindungi anak sepenuhnya kerana kita sebagai ibu bapa masih perlu bekerja dan bergaul dengan masyarakat baik rakan sekerja mahupun pelanggan. Apabila balik ke rumah, kita akan membawa pelbagai bakteria atau virus dan memindahkan mikro organisma itu kepada anak tanpa disedari.

Sebenarnya bakteria atau virus ini bukan hanya dibawa atau disebarkan oleh kanak-kanak bahkan juga orang dewasa termasuklah ibu bapa sendiri. Tidak mungkin kita boleh tanpa berurusan atau bercampur dengan masyarakat. Itu belum masuk faktor alam sekitar kerana bakteria sentiasa ada di sekeliling kita.

Sebagai contoh, bakteria tetanus yang terdapat di dalam tanah juga boleh menjangkiti kanak-kanak melalui luka ringan yang sekali gus menyebabkan risiko mendapat penyakit tetanus atau kancing gigi.

Jadual 1. Jadual Imunisasi Program Imunisasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Nota:

  • BCG adalah Basile Calmette-Guerin, Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.
  • DTap adalah kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.
  • DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.
  • Hib adalah Haemophilus Influenzae type B.
  • MMR adalah Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.
  • MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.
  • JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
  • HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.

Imunisasi bagi kanak-kanak yang lewat ke klinik untuk lawatan pertama (tidak pernah diberi imunisasi)

Bagi kanak-kanak ini yang lewat ke klinik untuk mendapatkan suntikan vaksin, imunisasi seharusnya dimulakan pada lawatan pertama ke klinik. Cadangan jadual berdasarkan umur bila kanak-kanak tersebut datang ke klinik.

LAWATAN IMUNISASI

UMUR KANAK-KANAK

< 2 Bulan

2 – 6 bulan

6 – 12 bulan

> 1 tahun & < 6 tahun (prasekolah)

Lawatan Pertama
  • BCG
  • Hepatitis B (dos 1)
  • BCG
  • Hepatitis B (dos 1)
  • DTaP-IPV//Hib  (dos 1)
  • BCG
  • Hepatitis B (dos 1)
  • DTaP-IPV//Hib  (dos 1)
  • BCG
  • Hepatitis B (dos 1)
  • DTaP-IPV//Hib  (dos 1)
  • MMR
Lawatan Kedua (1 bulan kemudian)
  • Hepatitis B (dos 2)
  • DTaP-IPV//Hib  (dos 1)
  • Hepatitis B (dos 2)
  • DTaP-IPV//Hib  (dos 2)
  • Hepatitis B (dos 2)
  • DTaP-IPV//Hib  (dos 2)
  • Hepatitis B (dos 2)
  • DTaP-IPV//Hib  (dos 2)
Lawatan Ketiga (1 bulan kemudian)
  • DTaP-IPV//Hib  (dos 2)
  • DTaP-IPV//Hib  (dos 3)
  • DTaP-IPV//Hib  (dos 3)
  • Hepatitis B (dos 3)
  • DTaP-IPV//Hib  (dos 3)
Lawatan keempat (2 bulan kemudian)
  • Hepatitis B (dos 3)
  • DTaP-IPV//Hib  (dos 3)
  • Hepatitis B (dos 3)

 

  • Hepatitis B (dos 3)

 

  • Hepatitis B (dos 3)

 

Apabila berumur 12 bulan
  • MMR
  • MMR
  • MMR
Apabila berumur 18 bulan
  • DTaP-IPV//Hib  (booster)
  • DTaP-IPV//Hib  (booster)
6 – 12 bulan selepas DTaP-IPV//Hib dos 3
  • DTaP-IPV//Hib  (booster)
  • DTaP-IPV//Hib  (booster)

Sila beri vaksin DT sahaja sekiranya kanak-kanak berumur 7 tahun atau lebih.

Bagi dos seterusnya sila rujuk kepada Jadual Imunisasi bayi dan Kanak-kanak (Jadual 1)

Cadangan jadual untuk imunisasi yang tidak terkandung Program Imunisasi Kebangsaan:

Vaksin berikut boleh didapati di hospital atau klinik swasta

Vaksin Umur/tempoh vaksin
Pneumokokal (conjugated vaccine) Adalah disyorkan untuk melengkapi 3 dos pada umur 1 tahun, di mana dos pertama diberi selepas umur 6 minggu.
Sila berjumpa dengan doktor anda untuk cadangan jadual imunisasi pnumokokal mengikut umur anak anda.
Meningokokal Adalah disyorkan kepada kanak-kanak yang melawati kawasan berisiko tinggi.
Satu dos vaksin memberi daya imuniti selama 3 tahun
Rotavirus Adalah disyorkan untuk mendapat dos pertama selepas umur 6 minggu. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk dos seterusnya mengikut umur anak anda.
Varicella / cacar air Untuk kanak-kanak berumur 12 bulan – 12 tahun: 1 dos diperlukan
Untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas: 2 dos diperlukan dengan jarak vaksin sekurang-kurangnya 4 bulan.
Hepatitis A Untuk kanak-kanak umer 1 tahun ke atas: 2 dos diperlukan dengan jarak vaksin diantara 6 hingga 12 bulan.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan