Melahirkan anak merupakan saat yang paling dinantikan oleh seorang wanita..feeling nya memang susah nak di gambarkan. Selama 9 bulan kita kandungkan dan kini masanya kita akan lahirkan mereka. Kuasa Allah SWT memang sesuatu yang indah.
Namun kita tak tahu apa yang sedang di rasai oleh ibu tersebut. Memang luarannya kita nampak mereka gembira namun debaran mereka hanya tuhan sahaja yang tahu.
Ada pelbagai cara untuk melahirkan, namun pada dasarnya dapat dikategorikan menjadi dua, iaitu melahirkan secara normal dan secara czer.
Setiap wanita yang pernah bersalin secara pembedahan kali pertama pasti mengharapkan dapat melalui proses melahirkan bayi secara normal pada kelahiran seterusnya.
Bukan sesuka hati memilih namun hakikat yang tidak dapat disangkal, rata-rata wanita hamil lebih cenderung untuk melalui proses bersalin secara normal berbanding pembedahan.
Namun, persoalan yang sering membelenggu kebanyakan wanita yang sudah bersalin secara pembedahan untuk kali pertama, adakah golongan itu boleh untuk bersalin secara normal untuk kelahiran seterusnya?
Ibu yang pernah menjalani satu pembedahan mempunyai dua pilihan untuk kelahiran kedua.
Langkah terawal dan terpenting adalah perbincangan rapi bersama doktor bagi menentukan keputusan selain mengenal pasti segala kemungkinan jatau risiko.
Dua pilihan itu adalah Vaginal Birth After Caesarean (VBAC) ataupun terus memilih bersalin secara pembedahan sekali lagi iaitu Elective Repeat Caesarean Section (ERCS).
Kedua-dua pilihan itu mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri yang pasti diterangkan doktor kepada ibu melakukan pilihan itu.
Dalam menentukan pilihan mana yang selamat, setiap doktor atau pegawai perubatan memerlukan semua maklumat ini:
• Kenapa jalani pembedahan untuk kelahiran sebelum itu.
• Adakah pernah bersalin secara normal selepas pembedahan kali pertama.
• Adakah berlaku sebarang masalah ketika pembedahan kali pertama atau timbul masalah ketika berpantang.
• Jenis potongan dibuat pada rahim.
• Pendapat ibu itu sendiri untuk kelahiran yang sebelumnya.
• Adakah berlaku sebarang masalah atau risiko pada kandungan ini.
• Berapa jumlah anak yang ibu mahukan kerana risiko meningkat pada setiap kali pembedahan.
Setiap doktor memerlukan ‘ intraoperative notes’ atau maklumat terperinci terutama apa yang berlaku ketika proses pembedahan sebelum ini untuk membolehkan keputusan bersalin secara normal atau tidak dibuat.
Nota khas ini kebiasaannya diberikan doktor yang melakukan pembedahan itu bagi tujuan mengenal pasti jika berlaku sebarang komplikasi atau masalah.
Ibu akan diberikan kaunseling atau penerangan ini pada kandungan berusia 34 hingga 36 minggu iaitu satu tempoh yang sesuai kerana ia tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat.
Selepas menjalani satu pembedahan, tiga daripada empat wanita dengan kehamilan yang tidak bermasalah boleh bersalin normal.
Faktor yang meninggikan kejayaan bersalin normal?
• Pernah melahirkan secara normal, sebelum atau selepas pembedahan.
• Sakit bersalin datang secara semula jadi
• Indeks jisim badan (BMI) ibu kurang 30
Kelebihan bersalin secara normal selepas sekali pembedahan
• Komplikasi dibandingkan dengan bersalin secara pembedahan lebih rendah.
• Peratusan kejayaan untuk bersalin normal pada kehamilan berikutnya adalah tinggi
• Pemulihan lebih cepat, boleh kembali menjalani aktiviti harian dengan mudah
• Tinggal di hospital sekejap
• Mudah untuk memulakan proses penyusuan susu ibu
• Dapat mengelakkan risiko pembedahan
Bayi kurang risiko mengalami masalah pernafasan
Risiko bersalin normal selepas sekali pembedahan
• Kemungkinan untuk bersalin secara pembedahan ketika cuba bersalin normal (purata 25 daripada 100 wanita). Pembedahan yang dilakukan secara kecemasan membawa risiko tinggi jika dibandingkan dengan pembedahan yang dirancang.
• Rahim pecah (purata 1 daripada 200 wanita). Risiko ini meningkat dua hingga tiga kali ganda sekiranya diinduce (mencetuskan kelahiran). Jika ada tanda-tanda bahaya yang menandakan rahim akan pecah, proses kelahiran secara pembedahan akan segera dilakukan.
• Kemungkinan berlaku koyakan bersalin yang teruk pada vagina
Keadaan yang menyebabkan si ibu tidak dinasihatkan untuk bersalin normal selepas sudah mempunyai rekod bersalin secara pembedahan pada kali pertama.
• Sudah bersalin dua kali atau lebih secara pembedahan.
• Rahim pernah pecah pada kehamilan sebelumnya
• Pembedahan sebelum ini membabitkan jenis potongan di bahagian atas rahim (classical lscs)
• Kehamilan kini mengalami masalah dan tidak sesuai untuk bersalin normal
Kelebihan bersalin secara pembedahan (ERCS)
• Risiko rahim pecah kecil (purata satu dalam 1000)
• Ibu boleh merancang dan memilih tarikh untuk bersalin namun satu dalam 10 wanita sudah merasai sakit bersalin sebelum tarikh yang dipilih.
Keburukkan bersalin secara ERCS
• Mengambil tempoh pembedahan yang agak panjang
• Jangkitan kuman
• Risiko terkena darah beku
• Proses pemulihan mengambil masa yang agak lama
• Sudah menjalani dua kali pembedahan dan kebiasaannya akan dinasihatkan untuk pembedahan. Lagi banyak pembedahan dilakukan lagi tinggi risiko uri melekat
• Bayi terluka akibat terkena pisau pembedahan (purata dua dalam 100)
• Masalah pernafasan pada bayi namun kebiasaannya berlaku dalam tempoh singkat. Lima dalam 100 bayi yang dilahirkan secara pembedahan pada minggu ke 39 akan mengalami masalah pernafasan sekiranya dibandingkan dengan purata dua dalam 100 untuk bayi yang lahir secara normal.
Setiap ibu juga pasangan diminta untuk berbincang dengan teliti bersama doktor atau pakar perubatan masing-masing dalam menentukan pilihan tepat dan terbaik untuk bersalin.
Apa yang disaran atau dinasihatkan doktor itu adalah yang terbaik demi keselamatan ibu dan bayi kerana setiap doktor pastinya mahukan yang terbaik juga keselamatan setiap pesakitnya.
Pilihan tetap di tangan si ibu dan disebabkan itu, pilihlah dengan bijak sama ada untuk bersalin secara normal atau pembedahan pada kali kedua.
BERSALIN NORMAL VS CAESAR. APA BEZANYA ?
Bagi wanita yang bebas daripada sebarang masalah sepanjang kehamilan, keinginan anda untuk bersalin secara normal atau pembedahan mungkin boleh ditunaikan.
Walaubagaimanapun, kedua-dua jenis cara bersalin sama ada secara normal atau pembedahan caesarean tetap mempunyai risiko yang tersendiri.
Tambahan pula, memang sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku menjelang hari bersalin.
Mungkin ada ibu yang pecah ketuban terlalu awal, tidak mampu meneneran, bayi dalam posisi yang songsang, kelahiran pra-matang, atau kesihatan yang tidak mengizinkan.
Atas sebab itu, kita perlu bersedia dan terbuka untuk menerima sebarang perubahan yang mungkin berlaku pada saat-saat akhir.
Kelebihan Melahirkan Normal
- Melahirkan bayi secara normal lebih rendah risikonya. Memang rasa sakit pada saat melahirkan cukup membuatkan mereka yang bakal menjadi ibu merasa takut . Namun, rasa sakit itu akan segera hilang.
- Pada kelahiran normal, ibu sudah boleh berjalan 4 – 6 jam selepas bersalin, dan boleh pulang keesokan harinya. Selain itu, cara alami ini akan merangsang kelenjar susu sehingga akan menghasilkan kolostrum untuk si bayi.
- Bayi dengan kelahiran normal juga memiliki risiko terkena asma lebih rendah dan daya tahan tubuh lebih tinggi dibandingkan bayi dengan kelahiran caesar.
- Kos untuk melahirkan anak secara normal jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan melahirkan dengan pembedahan.
- Tiada had masa untuk merancang kehamilan yang berikutnya.
Kekurangan Melahirkan Normal
- Pada kelahiran normal, prosesnya mungkin berbeza antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada yang tidak perlu melalui proses kontraksi dan meneran terlalu lama. Namun ada juga yang harus menunggu lebih lama sampai bayi benar-benar keluar.
- Kepenatan meneran dan menahan rasa sakit selama bayi keluar memang membuatkan rasa nyilu. Apatah lagi bila membayangkan yang vagina mungkin akan terkoyak sedikit atau terpaksa di koyakkan untuk memudahkan bayi di teran keluar. Meskipun demikian, semua rasa sakit itu akan segera hilang selepas bayi anda dilahirkan.
Melahirkan secara pembedahan (Cser)
Sementara itu kelahiran secara pembedahan merupakan satu prosedur pembedahan pada bahagian bawah perut yang dilakukan untuk menolong bayi yang mengalami kesulitan untuk dilahirkan secara normal. Ada bermacam-macam permasalahan yang mungkin timbul, sehingga jika persalinan normal dilakukan, akan membahayakan nyawa ibu dan bayinya. Contohnya seperti bayi songsang, ukuran bayi lebih besar dari ukuran pinggul ibu, placenta previa, penyakit pada ibu, seperti hipertensi, herpes genital, tumor rahim, dan lain-lain.
Kelebihan melahirkan secara pembedahan
- Untuk keadaan yang tertentu, bersalin secara cser ini akan akan dapat membantu untuk selamatkan nyawa bayi dan ibu. Biasanya doktor akan menyarankan untuk lakukan pembedahan bila dah tiada pilihan lain.
- Ibu yang bersalin akan disuntik dengan ubat bius sebelum pembedahan dilakukan. Selain itu, pembedahan ini akan berlangsung dengan cepat,iaitu antara 30 – 45 minit.
- Dapat memilih bila bayi anda akan dilahirkan. Ada juga yang memilih cara ini agar tidak perlu menunggu bila bayi akan lahir.
- Regangan pada pinggul dan vagina juga dapat di minima kan dengan cara bersalin ini.
Kekurangan Melahirkan Dengan Operasi Caesar
- Pada operasi caesar, meskipun si ibu tidak merasakan sakit pada saat melahirkan, namun ketika efek bius sudah hilang, rasa sakit yang akan sering kali datang dan melebihi rasa sakit dari melahirkan normal. Bahkan sampai berhari-hari.
- Risiko perdarahan pada operasi cser dua kali lebih besar daripada kelahiran normal.
- Kos untuk bersalin secara cser ini juga agak tinggi berbanding bersalin normal.
- Diperlukan waktu lebih lama bagi wanita yang baru saja menjalani pembedahan untuk pulih, sehingga akan memerlukan asisten untuk menolongnya merawat sang bayi.
- Jarak kehamilan berikutnya untuk wanita yang bersalin cser sekurang-kurangnya 2 tahun