HomeMalayBayi Anda Mula Tumbuh Gigi ? Ini Yang Harus Anda Tahu

Bayi Anda Mula Tumbuh Gigi ? Ini Yang Harus Anda Tahu

Peringkat pertumbuhan gigi seorang bayi merupakan satu tempoh kritikal dan meresahkan terutama bagi mereka yang baru bergelar ibu dan bapa. Pada peringkat ini, bukan hanya bayi terpaksa mengharungi saat-saat kesakitan gigi tumbuh keluar daripada gusi, malah ibu bapa akan turut merasai debaran yang mungkin tidak dijangkakan.

Ini kerana sepanjang tempoh bayi mula tumbuh gigi, ragam mereka menjadi tidak menentu. Bayi akan menjadi lebih kerap menangis dan seringkali terjaga di waktu malam. Cerita mengenai pengalaman sukar mengendalikan angin bayi yang tidak menentu dalam proses tumbuh gigi begitu sinonim di kalangan ibu bapa. Adakalanya cerita-cerita sebegini meresahkan ibu bapa tanpa mereka ketahui apakah sebenarnya yang dilalui seorang bayi yang mula tumbuh gigi.

Justeru itu, elok juga bagi anda sebagai ibu bapa mempersiapkan diri dengan pengetahuan asas tentang proses pertumbuhan gigi bayi. Ketahui juga langkah dan tindakan yang boleh dilakukan untuk menghadapi situasi angin bayi yang tidak menentu sepanjang proses pertumbuhan gigi.

Bilakah seorang bayi mula tumbuh gigi ?

Permulaan masa tumbuh gigi di antara setiap bayi berbeza antara satu sama lain. Ada yang mula tumbuh gigi seawal usia tiga bulan. Tetapi kes tumbuh gigi pada usia seawal ini amat jarang berlaku di kalangan bayi.

Kebiasaannya, bayi akan mula tumbuh gigi pada usia enam bulan sehingga satu tahun. Ada juga kes di mana bayi mula tumbuh gigi pada usia satu tahun di mana ia dikira agak lewat.

Jika ini berlaku pada bayi anda, ibu bapa tidak perlulah terlalu risau kerana seperti disebutkan di atas, masa permulaan tumbuh gigi bagi setiap bayi akan berbeza di antara satu sama lain.

Apakah gigi yang mula-mula tumbuh ?

Gigi pertama bayi yang mula-mula sekali akan tumbuh keluar dari gusi ialah dua gigi yang terletak di hadapan bahagian bawah. Seterusnya, ia diikuti oleh pertumbuhan empat gigi depan yang terletak pada gusi sebelah atas.

Tidak lama selepas itu, lebih banyak gigi akan tumbuh di bahagian bawah dan atas gusi. Jumlah keseluruhan gigi yang akan muncul sekitar 20 batang iaitu merangkumi gusi bahagian sisi dan belakang.

Gigi paling akhir yang akan tumbuh ialah pada gusi yang terletak di bahagian belakang. Proses ini berlaku semasa usia mereka mula menginjak antara 2 ke 3 tahun.

Pertumbuhan kesemua set gigi yang lengkap ini boleh jadi akan tumbuh sebatang demi sebatang atau mungkin tumbuh beberapa batang sekaligus pada satu masa.

Bayi rongak pada usia 6 tahun ?

“ Eeeee…kecil-kecil lagi gigi dah rongak! Itulah…banyak sangat makan gula-gula! ”

Kita sering menyalahkan kanak-kanak dengan tabiat makan makanan manis dan gula-gula penyebab gigi mereka menjadi rongak. Situasi ini sering berlaku semasa mereka berusia 6 tahun ke atas.

Sebenarnya, andaian bahawa gigi kanak-kanak rosak dan menjadi hitam akibat terlalu banyak makan gula-gula dan makanan manis ketika usia mereka memasuki 6 tahun adalah tidak betul sama sekali.

Perlu anda ketahui bahawa kesemua 20 set batang gigi yang mula-mula tumbuh ini bukan gigi kekal bagi seorang kanak-kanak. Kebiasaanya, bermula pada usia 6 tahun, set gigi yang tidak kekal ini akan patah atau tanggal satu persatu bagi memberi laluan untuk pertumbuhan gigi kekal yang akan bermula.

Sebab itulah pada usia kanak-kanak lingkungan 6 tahun, kita akan mendapati gigi mereka menjadi rongak terutamanya gigi depan bahagian atas dan bawah. Susunan proses pengguguran set gigi yang tidak kekal ini akan berlaku mengikut gigi mana yang mula-mula tumbuh semasa mereka masih bayi.

Dengan erti kata lain, gigi mana yang keluar dulu, gigi itulah yang akan mula-mula tanggal.

Tanda-tanda & simptom bayi mula tumbuh gigi

Tanda-tanda dan simptom bayi tumbuh gigi bergantung kepada berapa jumlah batang gigi yang tumbuh pada satu-satu masa. Gigi boleh tumbuh satu persatu atau beberapa batang serentak pada satu-satu masa.

Tempoh masa yang dialami bayi bagi gigi yang tumbuh beberapa batang serentak pada satu-satu masa akan lebih lama. Tahap kesakitan serta simptom yang dialami juga mungkin menjadi lebih teruk.

Di antara tanda-tanda & simptom yang akan dialami bayi mula tumbuh gigi ialah :

  • Air liur meleleh
  • Gusi bengkak
  • Kesukaran tidur siang atau malam hari
  • Hilang selera makan
  • Suka menggigit, mengunyah atau menghisap sesuatu
  • Sering mengosok-gosok wajah sendiri.
  • Menggaru-garu telinga
  • Suhu badan naik

Ada pendapat menyatakan bahawa kemungkinan bayi juga akan mengalami gejala demam, muntah dan cirit-birit. Untuk kes seperti ini, adalah lebih baik anda merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan segera.

Ini kerana, pendapat tentang tanda-tanda kritikal ini masih belum terbukti secara saintifik perubatan untuk dikaitkan dengan gejala tumbuh gigi. Jadi, adalah lebih baik anda merujuk bayi tersebut ke doktor dengan kadar segera. Dibimbangi tanda-tanda ini berlaku disebabkan punca lain yang lebih serius seperti keracunan makan dan alergik susu.

Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi tumbuh gigi ?

Jika ibu bapa mendapati tanda-tanda ketidakselesaan pada bayi akibat tumbuh gigi, cuba atasi menerusi langkah-langkah berikut :

  1. Urut gusi bayi. Pastikan tangan anda benar-benar bersih sebelum mengurut gusi bayi anda.
  2. Sapu gusi dengan gel tumbuh gigi. Ibu bapa boleh ke farmasi atau berjumpa doktor untuk mendapatkan gel bagi mengurangkan kesakitan jika bayi mengalami pembengkakan pada gusi. Amaran: Jangan menggunakan produk gel yang mengandungi bahan Benzocaine yang sering terdapat dalam produk rawatan oral yang dijual di farmasi. Kesannya kepada bayi sangat berbahaya termasuk kematian.
  3. Biarkan bayi menggigit sesuatu. Terdapat produk gelang yang diperbuat daripada bahan semulajadi selamat untuk gigitan bayi. Produk ini dicipta khusus untuk bayi yang mengalami simptom suka menggigit semasa gigi tumbuh.
  4. Beri makanan untuk dikunyah. Anda juga boleh memberikan mereka beberapa jenis makanan yang sesuai untuk kunyahan bayi. Contohnya pasta yang direbus, tauhu lembut dan isi ikan tenggiri. Anda juga boleh memberikan buah-buahan lembut seperti pisang dan betik.
  5. Berikan sesuatu yang sejuk. Anda boleh memberikan buah-buahan lembut yang disejukkan atau tiub gigitan yang mengandungi gel yang boleh dibekukan dalam peti ais. Bahan gigitan beku dan sejuk ini bertujuan untuk memberikan rasa kebas pada gusi bayi akibat kesakitan tumbuh gigi.

Perlukah bayi diberikan ubat tahan sakit ketika tumbuh gigi ?

Doktor boleh memberikan preskripsi ubat yang sesuai untuk mengurangkan gejala kesakitan yang dialami bayi ketika tumbuh gigi. Tetapi langkah ini hanya boleh diambil jika langkah-langkah mengurangkan ketidakselesaan bayi yang diberikan di atas tidak berkesan.

Ibu bapa boleh merujuk kepada doktor jika mendapati bayi mereka kerap menangis dan terjaga pada malam hari.

Elakkan daripada memberikan panadol atau aspirin yang dicairkan atau disapu ke gusi bayi. Ubat-ubatan ini tidak sesuai untuk peringkat umur seorang bayi.

Pilihan Editor :

Nuby Coolbite Keys Teether with Ice Gel with Hard

Bonjela For Teething and Mouth Ulser

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan