HomeMalayAwas! Cegah Jangkitan HDMF Dengan Hand Sanitizer Terbaik

Awas! Cegah Jangkitan HDMF Dengan Hand Sanitizer Terbaik

Manusia sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis virus pembawa penyakit. Penyebaran virus berbahaya seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan mudah boleh menjangkiti dan tersebar melalui sentuhan. Hanya melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, lepuh, atau najis yang dijangkiti virus HFMD, seseorang boleh menghidapi penyakit ini setelah menunjukkan simptom tertentu. Antara tanda penghidap HFMD ialah demam, ulser di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.

Kebanyakan kes HFMD sering berlaku pada golongan kanak-kanak di bawah usia lima tahun. Namun penyakit ini sebenarnya boleh menjangkiti sesiapa sahaja terutama kepada mereka yang tidak mengamalkan kebersihan diri. Penyebaran virus penyakit HFMD berlaku di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Penyakit HFMD tidak akan merebak jika kita mengamalkan langkah kebersihan yang diri dan persekitaran yang berkualiti. Oleh itu, pihak berkuasa kesihatan sering menekankan tentang amalan kebersihan diri terutama melibatkan anggota tangan. Virus pada kulit dan tangan boleh dibersihkan dengan cara :

  • Sabun dan cuci tangan setiap kali sebelum makan
  • Menggunakan cecair sanitizer sebagai salah satu langkah cucian tangan selepas sabun
  • Tidak menyentuh anggota seperti hidung, mata dan mulut secara langsung dengan tangan yang tidak dibersihkan dengan sabun dan sanitizer.
  • Mengelak daripada berkongsi barang-barang seperti cawan dan tuala dengan orang sakit.
  • Mengelak daripada peluk, sentuh dan bercumbu dengan orang lain ketika sedang sakit.

Hand Sanitizer Sebagai Salah Satu Langkah Cucian Tangan

Jika selama ini anda sentiasa mengamalkan penggunaan hand sanitizer dalam langkah cucian anggota tapak tangan, tahniah! Anda sebenarnya telah mengamalkan langkah awal pencegahan penyakit HFMD.

Penggunaan hand sanitizer dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan virus yang tersebar melalui sentuhan termasuk virus HFMD. Kebanyakan hand sanitizer mengandungi 60% sehingga 95% kandungan alkohol yang berupaya membunuh mikroorganisma secara efektif. Kini terdapat juga pilihan hand sanitizer tanpa alkohol. Namun keberkesanan hand sanitizer dengan kandungan alkohol lebih berkesan sebagai bahan antiseptik.

Hand Sanitizer Terbaik

Pelbagai pilihan hand sanitizer terdapat di pasaran. Sebagai langkah pencegahan, anda seharusnya menyediakan sebotol hand sanitizer bersaiz poket supaya mudah untuk digunakan ke mana sahaja anda pergi. Dengan adanya sebotol saiz kecil hand sanitizer yang sentiasa dibawa bersama, anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa terutama ketika selepas mengunakan tandas dan sebelum makan.

Mari kita lihat beberapa pilihan hand sanitizer terbaik di pasaran.


1. Dettol Instant Hand Sanitizer

Dettol Instant Hand Sanitizer ini boleh membunuh sehingga 99.9% kuman yang tidak terlihat oleh mata kasar. Gel antiseptik ini mengandungi ekstrak lidah buaya atau aloe vera yang sememangnya berkesan untuk rawatan radang pada kulit serta sangat berkesan membunuh kuman. dihasilkan tanpa campuran air, gel ini tidak bersifat melekit apabila disapu pada kulit.

Anda tidak perlu membilasnya dengan air seperti dalam penggunaan sabun. Gelnya akan meruap pada kulit tanpa meninggalkan kesan sabun dan melekit. Hand sanitizer yang didatangkan dalam botol bersaiz poket 50 ml ini memang sesuai dibawa ke mana sahaja. Anda boleh menyediakannya di dalam beg, tandas, dapur, pejabat dan lain-lain tempat.

Baca dan lihat ulasan mengenai Dettol Instant Hand Sanitizer


2. LIFEBUOY Hand Sanitizer 55 ml

Bagi anda yang mementingkan vitamin E untuk kesihatan dan kelembapan kulit, LIFEBUOY Hand Sanitizer 55 ml adalalah pilihan hand-sanitizer terbaik anda boleh miliki. Bukan hanya berupaya membunuh sehingga 99.9% kuman secara efektif. Kulit anda juga tidak terasa kering setiap kali menggunakannya. Sebotol saiz 55 ml Lifebuoy hand sanitizer boleh disimpan di dalam beg dan dibawa ke mana-mana sahaja dengan mudah. Ibu bapa patut membekalkan sebotol hand sanitizer bersaiz kecil sebegini untuk setiap ahli keluarga terutamanya anak-anak.

Baca dan lihat ulasan mengenai LIFEBUOY Hand Sanitizer 55 ml 


3. Antabax Hand Sanitizer

Antabax Hand Sanitizer menyediakan dua pilihan saiz botol iaitu 50 ml dan 750 ml. Keberkesanannya dalam menghapus 99.9% kuman terbukti melalui ujian dermatologi makmal. Gel antiseptik ini diperkaya dengan ekstrak lidah buaya, vitamin dan juga serum pelembap mikro.

Sapuannya akan memberikan ekstra lembapan, perlindungan serta kesihatan pada kulit.  Gelnya tidak meninggalkan rasa melekit pada kulit dan cepat kering setelah disapu. Selain itu, ekstrak lidah buaya yang terkandung di dalamnya menghasilkan kesegaran bau yang nyaman untuk dinikmati. Walaupun kulit terdedah dengan cuaca panas, keselesaannya masih dapat dirasai.

Baca dan lihat ulasan pelanggan mengenai Antabax Hand Sanitizer


4. Antabax Hand Sanitizer Spray

Sesetengah orang Muslim agak ragu-ragu untuk menggunakan hand sanitizer yang mengandungi alkohol. Kini anda tidak perlu risau lagi kerana Antabax Hand Sanitizer Spray ini merupakan pilihan antiseptik berstatus halal untuk kegunaan Muslim. Gel ini tetap berupaya menghaspuskan kuman sehingga 99.9%.

Antabax Hand Sanitizer dalam bentuk semburan ini mungkin sedikit cair berbanding pilihan dalam botol. Anda digalakkan menyediakan tisu semasa menggunakannya kerana ia mungkin akan menyebarkan semburan dan menitis.

Antara kelebihan memiliki Antabax Hand Sanitizer dalam bentuk semburan ini ialah anda mampu menyemburnya pada permukaan sesuatu yang boleh disentuh. Sebagai contoh,semburan pada mangkuk tandas untuk menghapuskan kuman sebelum menggunakannya. Ia juga boleh disembur pada barang mainan kanak-kanak. Caranya sangat mudah iaitu lap menggunakan kertas tisu selepas semburan pada barang mainan anak anda.

Baca dan lihat ulasan mengenai Antabax Hand Sanitizer Spray


5. Bacoff Hand Sanitizer

Jika anda mencari hand sanitizer yang mesra alam dan bersifat organik, Bacoff Hand Sanitizer adalah pilihan terbaik. Hand sanitizer organik sebegini bukan sahaja selamat untuk kegunaan keluarga. Ia juga bersifat mesra alam yang tidak memudaratkan kerana tidak mengandungi sebarang bahan kimia seperti sulfat, amonia dan klorin. Tiada tambahan alkohol yang mungkin agak sensitif pada sesetengah kulit terutama apabila terkena pada bahagian luka pada badan.

Bacoff Hand Sanitizer selamat digunakan apabila anda ingin menyentuh makanan. Bacoff Hand Sanitizer bersifat sebagai pelembap kerana mengandungi ekstrak lidah buaya yang tidak menyebabkan kekeringan pada kulit selepas penggunaan.

Botol Bacoff Hand Sanitizer perlu disimpan ditempat yang selamat jauh dari bahan api dan kepanasan kerana ia bersifat mudah terbakar.

Baca dan lihat ulasan tentang Bacoff Hand Sanitizer


6. Melilea Lea Mind Exclusive Hand Sanitizer

Hand sanitizer yang lebih ekslusif berbanding lain-lain jenama di pasaran. Melilea Lea Mind Exclusive Hand Sanitizer ini juga sangat efektif untuk menghapuskan kuman yang tidak terlihat oleh mata. Pilihan warna dan aroma bagi Melilea Lea Mind Exclusive Hand Sanitizer lebih pelbagai dan menawan hati. Anda boleh pilih sama ada menyukai aroma lavender, strawberi, peach apricot, peppermint dan teh hijau.

Melilea Lea Mind Exclusive Hand Sanitizer diperkaya dengan vitamin E untuk menyihatkan kulit serta ekstrak lidah buaya sebagi fungsi melembabkan kulit dari kekeringan. Anda tidak perlu membilas selepas penggunaan kerana ia tidak meninggalkan kesan melekit pada kulit dan juga kesan buih seperti sabun. Ia juga bebas daripada bahan kimia seperti paraben dan klorin. Campuran kandungan alkoholnya agak tinggi iaitu antara 60% sehingga 80%.

Sesuai untuk kegunaan dewasa serta kanak-kanak melebihi usia 3 tahun. Tidak sesuai untuk bayi berusia bawah daripada 3 tahun.

Baca dan lihat ulasan mengenai Melilea Lea Mind Exclusive Hand Sanitizer

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan