Anak Anda Sihat Dengan Piramid Makanan Kanak-Kanak

Product Details

Kita biasa mendengar tentang piramid makanan. Namun pernahkah kita ketahui bahawa wujudnya piramid makanan kanak-kanak? Sistem tubuh badan kanak-kanak yang masih dalam proses tumbesaran berbeza dengan orang dewasa. Seiring dengan perkembangan tubuh dan otak yang menuju peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa, mereka memerlukan bekalan vitamin dan nutrien pada kuantiti yang berbeza untuk perkembangan tulang, sel badan dan otak.

Oleh itu, anda perlu menyediakan hidangan makanan untuk anak anda berasaskan panduan piramid makanan kanak-kanak secara lebih tepat. Berpandukan sistem piramid makanan kanak-kanak, saiz hidangan akan menentukan kuantiti pengambilan nutrien dan vitamin yang masuk ke dalam sistem badan mereka.

Makan Banyak, Adakah Perlu Bagi Si Kecil ?

Ianya bergantung mengikut peringkat umur dan jantina kanak-kanak. Cara mudah untuk menentukan kuantiti makanan adalah melalui ukuran pengambilan nilai kalori makanan yang diambil.

Namun begitu agak sukar untuk anda mengukur nilai kalori bagi setiap hidangan makanan. Jadi bagaimana cara terbaik untuk memastikan pengambilan makanan adalah mecukupi dan tidak menyebabkan berlaku obesiti kepada kanak-kanak?

Caranya adalah dengan memberi hidangan makanan seperti biasa kepada kanak-kanak seperti nasi, daging, ikan, sayur dan buah. Biar mereka makan dan berhenti sendiri apabila kenyang. Sesetengah ibu bapa melakukan kesilapan apabila terlalu memaksa kanak-kanak untuk menghabiskan makanan dalam kuantiti yang banyak.

Apabila kanak-kanak berhenti makan tanpa mengalami masalah kesihatan, ini bermakna mereka telah pun kenyang dan tidak perlu mengambil lagi makanan.

Umur 1 sehingga 3 tahun

Nilai kalori yang diperlukan adalah antara 1,200 ke 1,400. Pertumbuhan bayi akan sedikit perlahan apabila usia mereka memasuki 1 tahun.

Umur 4 sehingga 6 tahun

Nilai kalori diperlukan adalah antara 1,500 sehingga 1,750. Makanan utama adalah lebih utama. Elakkan pengambilan kalori melalui snek yang tidak mengenyangkan.

Umur 7 tahun sehingga 9 tahun

Nilai kalori diperlukan adalah antara 1,700 sehingga 1,950. Pada usia ini, keaktifan kanak-kanak semakin meningkat di mana akan berlaku lebih banyak pembakaran kalori dalam badan mereka. Bagi kanak-kanak yang aktif bersukan, mereka memerlukan karbodrat dan protein yang lebih untuk bekalan tenaga ketika bersukan.

Piramid Makanan Kanak-Kanak

Berbalik kepada piramid makanan kanak-kanak. Untuk anda yang pertama kali mengetahui wujudnya piramid makanan kanak-kanak, panduan ini sangat berguna bagi anda yang mementingkan sistem pemakanan yang seimbang perkembangan fizikal dan minda kanak-kanak yang sempurna, berikut ialah panduan yang anda boleh contohi.

Seperti yang dinyatakan, piramid makanan kanak-kanak bergantung kepada jenis dan kuantiti hidangan. Secara asas, terdapat enam kelas atau kumpulan jenis makanan yang diperlukan bagi seorang kanak-kanak.

a) Air Minuman

Jika orang dewasa memerlukan antara tujuh sehingga lapan gelas air minuman setiap hari, kanak-kanak pula memerlukan kuantiti air berbeza mengikut umur. Kanak-kanak berusia antara 5 sehingga 8 tahun memerlukan sekurang-kurangnya 1 liter air setiap hari.

Kanak-kanak berusia antara 9 sehingga 12 tahun memerlukan 1.5 liter air minuman. Untuk kanak-kanak berusia 13 tahun ke atas pula, mereka memerlukan kira-kira 2.0 liter air setiap hari.

Namun nilai kuantiti ini boleh berubah dan turut bergantung kepada tahap kecergasan dan aktiviti kanak-kanak tersebut. Faktor cuaca juga memainkan peranan. Jika kanak-kanak banyak berpeluh akibat bersukan dalam cuaca panas, maka air minuman yang diperlukan mungkin lebih dari yang disarankan.

Selain itu, elakkan pengambilan air manis yang mengandungi gula yang tinggi, air gas dan jus buah-buahan yang dibeli di dalam tin. Ini kerana tahap kandungan gula bagi kesemua jenis minuman ini adalah tidak sihat untuk sesiapa jua termasuk kanak-kanak.

b) Makanan Dari Sumber Gandum & Bijirin

Contoh makanan dari sumber gandum adalah seperti beras, tepung gandum, roti, bijirin, barli dan jagung. Makanan berasaskan gandum juga bergantung kepada keperluan bilangan hidangan setiap hari. Unsur makanan ini membekalkan sumber fiber, karbohidrat, protein serta lebih banyak vitamin dan mineral.

Setiap hidangan juga perlu disesuaikan mengikut peringkat umur. Sebagai contoh bayi berusia antara 1 ke tiga tahun tentunya tidak sesuai diberikan nasi yang dimasak secara normal. Nasi untuk bayi perlu disediakan dalam bentuk bubur kerana ia lebih lembut untuk ditelan.

  • Umur 1 sehingga 8 tahun : Kedua-dua kanak-kanak lelaki memerlukan 4 hidangan sehari berunsur gandum dan bijirin setiap hari.
  • Umur 9 sehingga 11 tahun : Kanak-kanak lelaki memerlukan 5 hidangan manakala kanak-kanak perempuan 4 hidangan berunsur gandum dan bijirin setiap hari.
  • Umur 12 sehingga 13 tahun : Kanak-kanak lelaki memerlukan 6 hidangan manakala kanak-kanak perempuan 5 hidangan berunsur gandum dan bijirin setiap hari.

c) Sayur-sayuran & Buah-buahan

Kedua-dua jenis makanan ini perlu diberikan setiap hari kepada kanak-kanak. Kedua-dua unsur makanan ini penting untuk bekalan pelbagai jenis vitamin seperti vitamin C dan asid folik. Menghidangkan 2 ke 3 hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari adalah mencukupi untuk kanak-kanak.

Namun kebanyakan ibu bapa akan menghadapi masalah untuk menarik minat kanak-kanak menikmatinya terutama sayur-sayuran hijau. Nda perlulah kreatif dalam menyediakan hindangan sayur dan buah-buahan supaya kanak-kanak lebih tertarik untuk menikmatinya.

Bagi bayi yang masih kecil, anda boleh mengisar sayuran dan buahan yang dicampur dengan biskut bijirin yang dikisar dalam bentuk puri. Bagi kanak-kanak yang lebih dewasa, sayur boleh dibekalkan dalam bentuk nuget campuran sayuran dan daging ayam yang dibuat sendiri di rumah.

d) Tenusu

Makanan dari sumber tenusu antaranya seperti susu lembu, susu kambing, keju dan yogurt. Makanan tenusu membekalkan sumber kalsium untuk tumbesaran dan kekuatan tulang serta gigi mereka.

  • Umur 1 sehingga 8 tahun : Jumlah hidangan adalah antara 1 sehingga 2 hidangan setiap hari.
  • Umur 8 sehingga 13 tahun : Jumlah hidangan adalah antara 2 sehingga 4 hidangan setiap hari.

e) Daging, Ikan & Kekacang

Kesemua makanan berunsur daging seperti lembu, ayam dan ikan serta makanan berunsur kekacang mengandungi jumlah protein yang tinggi untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia penting untuk perkembangan tisu, otot, darah dan adrenalin dalam badan.

  • Umur 1 sehingga 8 tahun : Jumlah hidangan adalah antara 1 sehingga 2 hidangan setiap hari.
  • Umur 8 sehingga 13 tahun : Jumlah hidangan adalah antara 2 sehingga 3 hidangan setiap hari.

Hidangan adalah mengikut sukatan dalam bentuk gram iaitu selepas makanan dimasak. Sebagai contoh 65 gram daging masak kicap, 100 gram ikan rebus, 2 biji telur, 150 gram kacang panggang dan sebagainya.

f) Lemak, Minyak & Gula-Gula

Umum mengetahui bahawa makanan segerra seperti pizza, gula-gula, ais krim, coklat, snek dan sebagainya tidak membekalkan nutrien yang berfaedah untuk tumbesaran kanak-kanak. Oleh itu, ia tidak sesuai dijadikan sebagai hidangan setiap hari untuk kanak-kanak.

Ibu bapa disarankan untuk mengehadkan hari khas iaitu sekali sahaja dalam setiap bulan memberi anak-anak menikmati makanan seumpamanya untuk kepuasan mereka. Terlalu kerap menikmati makanan segera akan membuatkan mereka ketagih dan tidak ingin lagi menikmati makanan lain secara normal.

Piramid Makanan Mengikut Sudut Pandangan Kanak-Kanak

Hampir setiap ibu bapa akan menghadapi masalah membekalkan nutrien yang tepat melalui hidangan makanan kepada anak mereka yang sedang membersar. Ini kerana, selera makan seorang kanak-kanak berbeza daripada selera makan orang dewasa.

Jika orang dewasa menggemari nasi dan lauk pauk yang meriah yang mengenyangkan perut, selera kanak-kanak pula berbeza. Piramid makanan yang mereka fikirkan berkemungkinan seperti gambarajah di bawah. Pelik bukan? Jadi andalah yang perlu bijak bagi menggantikan sudut pandangan piramid makanan di mata kanak-kanak ini ke arah piramid makanan kanak-kanak yang lebih sihat dan berkhasiat untuk tumbesaran yang sihat dan perkembangan minda yang cerdas.

 

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...