HomeMalayAdakah Mengawal Kelahiran Boleh Membunuh Kesuburan Anda ?

Adakah Mengawal Kelahiran Boleh Membunuh Kesuburan Anda ?

Sesetengah wanita ragu-ragu untuk mengambil pil perancang kehamilan atau pil kontraseptif kerana berpandangan ia tidak selamat dan bakal memberi kesan kepada tahap kesuburan mereka. Tidak dinafikan bahawa wanita yang mengamalkan pil kontraseptif akan mengalami beberapa kesan kesihatan. Namun ia hanyalah kesan ringan yang tidak memudaratkan kesihatan untuk jangka masa panjang serta mengancam nyawa.

Berkenaan dengan soal kesuburan setelah beberapa tempoh mengamalkan pil perancang kehamilan, anda sebenarnya boleh bernafas dengan lega. Pandangan mengatakan ia mengancam kesuburan wanita untuk terus melahirkan zuriat sebenarnya hanyalah satu mitos tidak berasas bersandarkan kepada pemikiran konservatif semata-mata.

Pil Perancang Kehamilan Tidak Membunuh Kesuburan Anda

Berita gembiranya, pil perancang kehamilan tidak memberikan impak negatif terhadap sistem peranakan dan kesuburan seseorang wanita. Kerisauan ini hanya berlaku untuk beberapa tempoh ketika sahaja iaitu selepas mereka berhenti secara sukarela dari pengambilan pil perancang. Selagi seseorang wanita itu tidak mengalami masalah melibatkan kesuburan atau sistem biologi dalaman yang mengganggu proses persenyawaan ovum dan sperma,  akan wujud peluang untuk mereka terus hamil walaupun pernah mengambil pil perancang untuk tempoh masa yang panjang.

Bagaimana Badan Anda Dineutralkan Semula Sebelum Kembali Hamil

Ramai pasangan berkahwin akan menunggu beberapa tahun sebelum memutuskan memiliki anak pertama. Begitu juga ramai pasangan yang merancang menjarakkan kelahiran anak beberapa tahun. Cara paling mudah ialah melalui pengambilan pil perancang.

Perlu diketahui bahawa pengambilan pil perancang perlu dilakukan berterusan dan diambil setiap hari oleh wanita yang merancang kehamilan. Kesan pil dengan kandungan hormon estrogen dan progestin ini akan kekal di dalam badan selagi wanita tersebut mengambil pil hormon ini. Kesuburan wanita akan terus terbantut selagi mana mereka meneruskan pengambilan pil iaitu dengan cara menghalang proses ovulasi.

Sebaik sahaja berhenti dari pengambilan pil, badan perlu dineutralkan semula untuk membebaskan kesan-kesan pil hormon dari seluruh sistem badan. Selepas badan bebas sepenuhnya dari kesan-kesan hormon pil perancang ini, baharulah sistem kesuburan anda akan kembali normal.

Berapa Lama Saya Perlu Tunggu Sebelum Kembali Hamil ?

Anda tidak perlu panik seandainya belum hamil dalam tempoh tiga ke dua belas bulan selepas berhenti dari pengambilan pil. Sebaik sahaja anda berhenti mengambil pil perancang, sistem badan anda akan mula bekerja secara perlahan-lahan untuk menghasilkan semula kesemua hormon semulajadi yang terlibat untuk proses ovulasi dan kesuburan.

Pengaruh Kitar Haid Sebelum Pengambilan Pil Perancang

Penting untuk anda semak semula corak kitar haid anda sebelum pengambilan pil perancang. Faktor ini turut mempengaruhi peluang kehamilan selepas berhenti mengambil pil. Seseorang wanita yang pernah mengalami masalah kitar haid yang tidak stabil sebelum mengambil pil perancang mungkin agak sukar untuk hamil walaupun selepas berhenti mengambil pil perancang.

Begitulah sebaliknya wanita dengan kitar haid normal yang mengambil pil perancang kehamilan. Peluang untuk mereka kembali hamil lebih tinggi bagi golongan ini.

Bagaimana Pula Dengan IUD dan Implan Pencegah Kehamilan ?

IUD (intra-uterine-device)

Berbeza keadaannya bagi mereka yang mencegah kehamilan melalui  teknik IUD atau intra-uterine-device yang dipasang di dalam rahim. Peluang kehamilan mungkin lebih cepat sebaik sahaja alat ini dibuang dari rahim anda.

Namun ini hanya berlaku seandainya pemasangan IUD tidak menyebabkan sebarang jangkitan pada rahim dan tiub falopion. Jika sebaliknya berlaku, kesuburan seseorang wanita mungkin terganggu akibat daripada jangkitan tersebut. Akan tetapi risiko jangkitan ini amat kecil dan jarang berlaku. Kebiasaannya tanda jangkitan selepas pemasangan IUD akan dirasai dalam tempoh beberapa hari selepas ia dipasang.

Kitar kelancaran haid wanita juga seharusnya kembali normal tidak lama selepas IUD dikeluarkan daripada rahim. Anda tidak perlu panik jika pengeluaran darah haid mengambil masa untuk kembali normal seperti biasa. Penyingkiran hormon sintetik progestron menerusi IUD akan mengambil masa untuk dibuang dari sistem rahim anda sebelum ia memberi laluan kepada perjalanan haid yang normal.

Implan Pencegah Kehamilan

Implan ini dipasang di bawah kulit lengan untuk mencegah kehamilan daripada berlaku. Alat ini akan menyuntik progestin ke dalam saluran darah dan seterusnya mencegah ovulasi daripada berlaku. Peluang kehamilan akan kembali normal sebaik sahaja alat ini dibuang dari badan. Begitu juga dengan hormon progestine sintetik yang disuntik tidak akan kekal selamanya dalam aliran darah si pemakai.

Implan mempunyai jangka hayatnya sendiri dalam keberkesanan mencegah kehamilan. Ia juga boleh dibuang pada bila-bila masa menerusi pembedahan kecil. Jadi, anda tidak terikat dengan keperluan menunggu tempoh penamatan untuk kembali hamil.

Semakan Faktor Umur

Semasa anda memutuskan untuk makan sebarang pil perancang atau memasang sebarang alat pencegah kehamilan, anda seharusnya mengambil kira faktor umur. Kemampuan seseorang wanita untuk hamil akan mulai menurun apabila usia mereka mencapai 35 tahun ke atas. Jika pemakaian alat dan pengambilan pil pencegah kehamilan di ambil dalam usia sekitarnya, kadar kemampuan untuk hamil selepas berhenti dari kawalan kehamilan akan mengurangkan peluang anda untuk hamil.

Kesuburan Dan Kemampuan Hamil Adalah Dua Perkara Berbeza

Kesuburan seseorang wanita tidak bermakna akan berlaku kehamilan. Kesuburan dan kemampuan untuk hamil adalah dua perkara yang berbeza di mana ramai wanita yang masih keliru membezakan keduanya.

Seperti yang dimaklumkan sebelumnya, kesuburan ialah apabila berlaku ovulasi. Ovulasi ialah keadaan di mana berlakunya pembebasan satu telur dari ovari anda. Ketika inilah berlakunya waktu subur. Suatu telur akan hidup tidak lebih daripada 24 jam selepas ovulasi. Jadi untuk memeastikan kehamilan berlaku, proses pertemuan telur lelaki iaitu sperma dengan telur perempuan iaitu ovum perlu berlaku dalam masa ini.

Akan tetapi proses ini boleh terbantut disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhi seperti umur, tahak kesihatan dan gaya hidup. Walaubagaimanapun, kesemua faktor ini tidak mempengaruhi dan dipengaruhi oleh alat atau pil pencegah kehamilan.

Benarkah Wanita Yang Pernah Mengambil Pil Pencegah Kehamilan Lebih Mudah Hamil ?

Terdapat beberapa kebaikan daripada penggunaan pil pencegah kehamilan yang dikatakan meningkatkan tahap kesuburan seseorang wanita. Di sebalik fungsinya dalam menghasilkan hormon untuk menghalang berlakunya kehamilan, ia juga membawa faedah lain untuk kesihatan terutamanya yang melibatkan kesuburan dan kemampuan hamil.

  1. Mengurangkan risiko penyakit sista ovari. Penyakit ini adalah salah satu penyebab yang menghalang kemampuan seseorang wanita untuk hamil.
  2. Mengurangkan jangkitan pada rahim, tiub falopion dan ovari. Kehamilan tidak akan berlaku jika berlaku jangkitan pada ketiga-tiga atau salah satu daripadanya.
  3. Menghalang kehamilan ektopik iaitu luar rahim. Kehamilan ini adalah salah satu penyebab kematian janin semasa dalam kandungan.
  4. Mencegah penyakit endometriosis.. Penyakit ini boleh menyebabkan penyumbatan pada kedua-dua tiub falopion serta kerosakan ovari. Kedua-dua organ ini amat penting untuk kejayaan kehamilan.

Kesimpulannya…

Kesuburan dan kemampuan wanita untuk melahirkan anak tidak akan terjejas walaupun selepas mengambil pil atau memasang alat pencegah kehamilan, Penggunaan ketiga-tiga jenis alat ini tidak dipengaruhi oleh faktor lain yang mempengaruhi keupayaan seseorang wanita untuk mengandung seperti faktor umur, penyakit, kegemukan dan lain-lain.

Setiap pasangan yang merancang untuk mendapatkan anak setelah berhenti dari pengambilan pil dan memasang alat cegah kehamilan perlu sentiasa mendapatkan nasihat daripada doktor untuk fakta yang lebih tepat. Jika wanita tersebut tidak mampu hamil untuk tempoh masa yang lama selepas berhenti daripada mengambil pil atau menggunakan alat cegah kehamilan, mungkin terdapat faktor kesihatan lain yang memerlukan pemeriksaan kesihatan lanjut di hospital.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan