HomeMalayMengatasi Rasa Loya Dari Penggunaan Pil Perancang

Mengatasi Rasa Loya Dari Penggunaan Pil Perancang

Penggunaan pil perancang atau pil kontraseptif bertujuan untuk mengawal kesuburan bagi mereka yang merancang menjarakkan kelahiran anak dan menangguhkan kelahiran anak bagi pasangan yang masih belum bersedia memiliki anak. Penggunaan pil perancang dilihat sebagai salah satu pilihan popular bagi kaum wanita berbanding kaedah suntikan dan implan. Mungkin kerana kosnya yang murah serta lebih mudah tanpa perlu melalui kesakitan tertentu menyebabkan para ibu lebih yakin untuk mengambil dalam bentuk pil. Keberkesanannya juga menunjukkan peratus kejayaan yang tinggi serta efektif apabila diambil mengikut preskripsi yang tepat mengikut saranan doktor.

Rasa Loya Akibat Penggunaan Pil Perancang

Pil perancang sebenarnya merupakan sejenis pil yang menggabungkan dua jenis hormon wanita iaitu hormon estrogen dan progestin. Terdapat juga pil pencegah kehamilan yang menggunakan sejenis hormon sahaja iaitu pil mini yang hanya mengandungi hormon progestin. Pil yang mengandungi hormon yang tinggi ini akan menyebabkan rasa mual seperti hendak muntah.

Sesetengah wanita mengalami rasa loya ini pada kali pertama pengambilan. Walaubagaimanapun, simptom loya ini dirasai oleh kebanyakan wanita selepas beberapa ketika pengambilan.

Cara Mengatasi Rasa Loya Dari Penggunaan Pil Perancang

Rasa loya adalah salah satu kesan utama yang dialami wanita yang mengambil pil perancang kehamilan. Jika wanita mengalami simptom loya dan muntah melebihi tempoh tiga bulan selepas pengambilan pil perancang, anda harus segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Beberapa langkah awal mengatasi rasa loya didapati berkesan kepada ramai ibu. Anda boleh mencuba beberapa kaedah yang disarankan ini untuk mengurangkan rasa loya yang dialami.

Makan sesuatu semasa menelan pil

Makanan ringan seperti biskut dan roti ini dapat menghilangkan rasa pil pada lidah dan tekak ketika menelannya. Kebanyakan doktor tidak menyarankan pengambilan sesetengah ibat ketika perut kosong atau semasa lapar.

Minuman Herba & Sup

Minuman berunsur herba seperti air halia, teh lemon dan teh hali dapat mengurangkan perasaan loya pada tekak. Anda juga boleh meminum sup panas seperti sup cendawan dan sup ayam. Elakkan daripada makan makanan berminyak kerana ia hanya menyebabkan rasa mual menjadi semakin teruk.

Minuman Sejuk

Minuman berais seperti ais sejuk dan minuman lain tanpa susu yang dicampur ais sejuk dapat memberikan kelegaan pada tekak dan perut anda.

Berehat Selepas Makan Pil

Elakkan daripada sebarang aktiviti kecergasan seperti bersenam, berlari atau kerja-kerja rumah yang memenatkan selepas pengambilan pil. Sebaiknya anda berehat dan tidur supaya pil dapat menyerap ke dalam badan dalam keadaan tubuh yang sedang tenang.

Cuba Pil Perancang Berlainan Jenama

Sebelum mengubah pil perancang lain, anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Doktor akan memastikan kuantiti kandungan hormon dalam kandungan ubat paling sesuai untuk anda yang dapat mengurangkan rasa loya.

Jumpa Doktor

Doktor akan mencadangkan beberapa kaedah seperti menukar jenama pil, mengubah kuantiti preskripsi atau merancang semula jadual pengambil. Lakukan perubahan ini hanya mengikut nasihat doktor untuk memastikan keberkesanan pil terhadap tahap kesuburan anda. Doktor mungkin juga akan membekalkan anda ubat mencegah muntah.

Rawatan Tradisional

Anda dicadangkan untuk mendapatkan rawatan tradisional Cina iaitu rawatan tekanan hujung jari pada tapak tertentu di badan. Biasanya ia melibatkan titik tekanan di bahagian pergelangan tangan yang bersambungan dengan titik urat tekak. Rawatan ini lebih dikenali sebagai accupressure.

Berapa Lama Kesan Loya Ini Dirasai ?

Kebiasaanya ia tidak mengambil masa yang lama iaitu dalam masa beb

erapa hari sahaja. Namun jika kesan loya ini didapati berterusan untuk tempoh masa yang lama sehingga melebihi tiga bulan, anda perlu segera berjumpa doktor lebih awal.

Sebelum mendapatkan nasihat doktor tentang rancangan menukar preskripsi pil, anda tidak boleh berhenti dari pengambilan pil sedia ada untuk memastikan keberkesanan pencegahan terjamin.

Mengapa Rasa Loya Lambat Berakhir ?

Sesetengah wanita mengambil masa sehingga beberapa bulan untuk keluar daripada kesan sampingan dari pengambilan pil perancangan kehamilan. Ada juga yang langsung tidak mengalami kesan muntah akan tetapi mengalami kesan lain seperti sakit kepala, pendarahan yang bukan disebabkan haid dan pembengkakan pada bahagian payudara.

Pil hormon yang memasuki badan akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dalam tubuh badan seseorang wanita. Perubahan ini tidak akan berlaku drastik selepas sekali atau dua kali pengambilan. Sebaliknya ia akan memakan masa mengikut keadaan penerimaan tubuh seseorang wanita.

Jumlah Dos Hormon Dalam Pil Perancang

Secara umumnya pil perancang kehamilan tidak menyebabkan kesan mudarat kepada tubuh badan wanita. Kebiasaannya doktor akan membekalkan pil perancang kehamilan pada dos yang rendah kepada seseorang wanita.

Kebanyakan kandungan hormon dalam suatu pil perancang mengandungi sekitar 10 ke 30 mikrogram hormon estrogen. Kuantiti ini dikira sebagai pil dengan dos yang rendah iaitu selamat untuk pengambilan tempoh masa yang panjang.

Terdapat dos kandungan hormon estrogen yang lebih rendah lagi iaitu 10 mikrogram. Dos ini sudah cukup berkesan bagi mengawal kesuburan seseorang wanita dalam mencegah kehamilan.

Walaubagaimanapun, bagi pil mini yang hanya mengandungi hormon progestin, hanya terdapat satu jenis kuantiti dibekalkan kepada wanita iaitu 35 mikrogram sahaja.

Pil perancang dengan dos hormon estrogen yang tinggi boleh mencapai lebih daripada 50 mikrogram. Akn tetapi jarang sekali doktor akan membekalkan wanita dengan dos yang tinggi seumpama ini.

Bagaimana Menentukan Dos Paling Sesuai Untuk Saya ?

Untuk memastikan keberkesanan dalam mencegah kehamilan, pil ini perlu diambil setiap hari secara konsisten tanpa cuti. Hanya doktor yang boleh menentukan dos dan jenis pil apakah paling bersesuaian untuk anda. Adakah ia gabungan kedua-dua jenis hormon iaitu estrogen dan progestin atau pil mini progestin.

Kebanyakan wanita mampu mencegah kehamilan walau hanya dibekalkan dengan dos hormon yang rendah sekitar 10 mikrogram sahaja.

Kesan Baik Dari Pengambilan Pil Perancang Kehamilan

Selain rasa loya dan muntah, wanita turut mengalami kesan kesihatan lain dari pengambilan pil perancang kehamilan. Antara kesan lain ialah sakit kepala, perubahan mood, kenaikan berat badan, bengkak payudara dan gangguan pada kitar haid.

Namun anda tidak perlu terlalu risau kerana masih terdapat manfaat disamping pengampilan pil perancang kehamilan. Antaranya :

  1. Anda tidak akan mengalami limpahan darah terlalu banyak semasa haid. Ini kerana pembentukan yang menyebabkan penebalan pada dinding uterus tidak begitu berhasil sehingga menghasilkan ketebalan yang tidak ketara. Ini menyebabkan darah yang keluar agak sedikit berbanding sebelum pengambilan pil.
  2. Kulit lebih cantik dan bersinar. Ini adalah salah satu sebab ramainya pengambilan pil hormon dari kalangan transgender kerana merek amenginginkan kulit yang cantik dan bersinar seperti wanita. Pengambilan pil perancang kehamilan akan meningkatkan kecantikan dan kelembutan kulit seeorang wanita. Kesan pil hormon ini juga akan mengurangkan timbulnya masalah jerawat pada wajah.
  3. Mengurangkan kesakitan senggugut semasa haid. Wanita yang sering menghadapi kesakitan senggugut ketika haid akan mendapati kurang atau hilang kesakitan senggugut selepas pengambilan pil pencegah kehamilan.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan