HomeMalay8 Resepi Enak, Cepat Menggunakan Telur Untuk Bayi Anda

8 Resepi Enak, Cepat Menggunakan Telur Untuk Bayi Anda

Telur adalah salah satu makanan pepejal terbaik yang sesuai diberikan oleh ibu bapa kepada bayi comel yang masih kecil. Memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi boleh dimulakan seawal usia enam bulan ke atas. Telur adalah salah satu pilihan makanan pepejal paling sesuai untuk bayi anda yang sedang membesar. Strukturnya yang lembut dan mudah dikunyah tidak akan menyebabkan risiko tercekik kepada bayi anda.

Telur ayam mengandungi sumber vitamin semulajadi yang diperlukan untuk tumbesaran bayi. Ia kaya dengan kandungan protein yang baik untuk perkembangan sel, tulang dan otak di kecil. Sering menjadi persoalan di kalangan para ibu berkenaan tentang umur paling sesuai memberikan telur kepada bayi sebagai salah satu pengenalan makanan pepejal kepada mereka. Sebelum kami berkongsi 10 resepi enak menggunakan telur untuk bayi anda, ketahui terlebih dahulu beberapa garis panduan sebelum ibu-ibu menyediakan resepi telur untuk bayi anda.

Usia Paling Sesuai Untuk Bayi Makan Telur

Berikan telur selepas bayi mencapai usia melebihi dua belas bulan ke atas. Pada usia ini, bayi sesuai menikmati sama ada telur putih dan telur kuning. Sistem penghadapan mereka juga sudah semakin baik di mana penghadaman telur akan lebih mudah diproses.

Telur & Alergi

Telur adalah salah satu makanan penyebab utama alergik kepada bayi. Namun, ia bukan penghalang bagi ibu bapa membiasakan mereka dengan makanan tersebut kerana tidak semua bayi akan mengalami masalah alergi terhadap telur. Hanya segelintir sahaja bayi yang menunjukkan tanda ruam dan ekzema selepas makan telur. Biasanya ini terjadi jika bayi masih berusia di bawah umur satu tahun.  Jika ini berlaku, bermakna bayi anda mengalami masalah alergi dan anda perlu segera membawa mereka ke doktor jika tanda ruam dan ekzema mula muncul selepas makan telur.

Risiko alergi terhadap telur juga meningkat jika terdapat sejarah ibu bapa atau dari kalangan ahli keluarga sebelah suami atau isteri yang pernah mengalami masalah alahan terhadap telur. Jika ini berlaku, elakkan sama sekali memberi sebarang hidangan telur kepada bayi anda sehingga umut mereka melebihi usia satu tahun.

Kebiasaannya, telur kuning tidak menyebabkan kesan alahan berbanding dengan telur putih. Jadi jika anda ingin memberikan hidangan telur kepada bayi anda, sebaiknya asingkan telur putih dari telur kuning. Kesan alergi ini sebenarnya adalah disebabkan kandungan protein yang terdapat di dalam kedua-duanya iaitu telur putih dan telur kuning. Kebiasaannya, kesan alergi terhadap telur putih lebih tinggi dalam kebanyakan kes.

Hidangan Telur Pertama Untuk Bayi Anda

Semasa memberikan hidangan telur pertama untuk si kecil, elakkan daripada mencampurkan telur dengan sebarang hidangan lain seperti susu dan sup ayam. Sebaiknya cuba berikan mereka hidangan telur rebus satu atau dua kali suapan. Kaedah ini untuk memastikan jika bayi menunjukkan tanda alahan selepas memakannya. Kebiasaannya, mereka akan menunjukkan tanda alahan dalam tempoh kurang daripada 48 jam. Antara tanda yang paling kerap timbul adalah ruam sama ada di badan atau di muka. dan mata berair kerana gatal pada bahagian kulit muka.

Resepi Telur Untuk Bayi

1. Omelete Sayur-Sayuran

View this post on Instagram

Life is crazy!! Sorry for not posting in dayzzzz but sometimes ya gotta just focus on yourself and not making your food pretty ya know???‍♀️ . Spinach omelette with toast and strawberries! Can’t forget about the EBTB seasoning ?

A post shared by THE HUNGER GRAM (@hungergram_) on

Bahan-Bahan :

Cara Penyediaan :

  • Pecahkan telur dalam mangkuk. Asingkan telur kuning dan telur putih.
  • Panaskan sedikit mentega dalam pan masakan yang rata
  • Gunakan telur kuning. Campurkan sedikit susu formula atau susu ibu. Kacau kemudian goreng dalam pan masakan yang telah panas
  • Sapu rata puri yang telah disiapkan ke atas seluruh permukaan telur yang sedang dimasak.
  • Goreng sehingga telur masak
  • Sedia dihidangkan

2. Kastard Telur

View this post on Instagram

Japanese style egg custard. . . . #eggcustard #homemade #selfmade #delicious #onion #egg #healthy #springonion #japanese #japanesestyle #likeback #followback #back #japanesestyleeggcustard #일본식 #홈매이드 #셀프매이드 #혼자만듬 #일본식가정식 #가정식 #계란찜 #일본식계란찜 #맛있다 #맛있당 #먹스타 #먹스타그램 #좋아요반사❤️ #좋아요반사 #좋반 #맞팔

A post shared by Foodtraveler (@bbongshill_e) on

Bahan-Bahan :

  • 1 cawan telur
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil madu
  • Sedikit esen vanila

Cara Penyediaan :

  • Campur kesemua bahan dan kacau
  • Masak di atas kuali masakan.
  • Sedia dihidangkan

3. Telur Kuning Perisa Jus Oren

Bahan-Bahan :

  • 1 biji telur rebus
  • Perahan jus oren secukupnya

Cara Penyediaan :

  • Asingkan telur kuning dari telur putih
  • Lenyekkan telur kuning menggunakan sudu atau garfu
  • Tambahkan jus oren yang telah diperahkan
  • Sedia untuk disuapkan kepada bayi anda

4. Puding Telur Tanpa Gula

View this post on Instagram

Today I made (what i believe is called) a Flan! ?? It's like a egg based dessert but I made it keto friendly so I had half of it for lunch! ?? It turned out very well! ? #carnivourous #carnivorediet #carnivore #ketosis #keto #ketogenic #ketofriendly #yum #flan #eggpudding #delicious #me #today

A post shared by Chochi23 (@chochi23) on

Bahan-Bahan :

  • 1 biji telur
  • 60 ml susu rendah lemak / susu formula
  • 2 sudu teh esen vanila
  • Secubit serbuk kayu manis

Cara Penyediaan :

  • Campurkan susu dan telur bersama. Kacau sehingga kembang
  • Tambahkan esen vanila dan serbuk kulit kayu manis. Kacau lagi
  • Masukkan dalam mangkuk pembakar yang sesuai saiz sederhana
  • Masak secara stim di atas dapur. Boleh juga menggunakan periuk tekanan elektrik
  • Hidangkan kepada bayi anda setelah puding sejuk. Boleh simpan terlebih dahulu dalam peti sejuk

5. Sup Telur Berkhasiat

View this post on Instagram

Egg drop soup is a thickened chicken broth that’s seasoned with ginger, garlic and scallions! YUM! ? Get the recipe by clicking the blue #linkinprofile @iwashyoudry (https://iwashyoudry.com/egg-drop-soup/) ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ #iwydrecipes #recipe #eggdropsoup #soupoftheday #soups #soupforthesoul #souplover #eggs #scallions #chickenbroth #cookingtips #cookingchef #cookingisfun #instafoodlover #yumm #foodie #feedfeed

A post shared by Shawn | Food & Travel Blogger (@iwashyoudry) on

Bahan-Bahan

  • 2 Cawan ais rebusan ayam
  • 4 tangkai Daun bawang dipotong-potong
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 hiji telur

Cara Penyediaan :

  • Panaskan air rebusan ayam di atas dapur.
  • Masukkan daun bawang
  • Sediakan bancuhan air dan tepung jagung
  • Campurkan bancuhan tepung jagung ke dalam air rebusan ayam yang sedang dimasak
  • Pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau perlahan-lahan
  • Sedia dihidangkan kepada bayi anda. Pastikan sup tidak terlalu panas untuk disuuapkan kepada bayi anda.

6. Bubur Nasi Campuran Telur & Lobak Merah

View this post on Instagram

#朝粥 その622。 #北海シマエビ の 贅沢な#お粥さん 。 #お粥 #朝食 #ディル #ナンプラー #riceporridge #breakfast #hokkaishimaebi #shrimp #dill #nampla #juststartedriceporridge #美味しい #朝粥始めました

A post shared by Yoshiko Fujii (@okko326) on

Bahan-Bahan :

  • 1 biji telur
  • 1 cawan lobak merah dipotong dadu
  • 1 cawan beras
  • 1 cawan jagung
  • 1 sudu mentega
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit lada hitam ditumbuk
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan :

  • Cairkan mentega dalam kuali
  • Masukkan bawang putih. Kacau sehingga naik bau
  • Masukkan campuran beras, jagung dan lobak merah
  • Tambahkan air dan garam secukupnya. Biarkan seketika di atas dapur sehingga beras menjadi lembut. Sambil itu kacau supaya nasi tidak hangit dan tambahkan air jika terlalu kering
  • Setelah nasi masak, tambahkan telur yang telah dikacau. Masukkan lada hitam. Kacau lagi sehingga nasi benar-benar lembut
  • Setelah bubur sejuk, hidangkan untuk bayi anda.

7. Telur Masak Stim

View this post on Instagram

Chinese Steamed Egg | Yummy Jangan lupa share video ini dan follow @kurmacoklat.naaina – Bahan: 3 buah telur 200 ml kaldu ayam 1 sdt garam 2 sdt minyak wijen 1 batang bawang pre, iris halus 5 buah jamur champignon, iris – Cara pembuatan: 1. Kocok telur hingga merata, kemudian saring. 2. Masukkan kaldu dan garam, aduk searah jarum jam. Lalu tuang ke dalam ramekin. 3. Masukkan potongan jamur di atas adonan telur. Kukus selama 10 menit (disesuaikan dengan besar ramekin.) 4. Setelah matang diamkan selama 2-3 menit, kemudian taburi bawang daun dan minyak wijen. 5. Sajikan. – Chef: #Nunu Editor: #Bellina – #foodporn #laperbaper #masak #resepmasakan #dietmulaibesok #recipe #recipevideo #steamedegg #chinesesteamedegg #kue #kuliner #reseller #iburumahtangga #agen #distributor #peluangbisnis #kurcok #kurcoknaaina #kurcokpremium #kurcokmangga #kurcokenak #kurcokendeus #kurmacokelat #kurmacoklat #cokelat #coklatkurma #oleholeh

A post shared by Kurma Coklat Naaina (@kurmacoklat.naaina) on

Bahan-Bahan :

  • 3 biji telur
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • Sedikit garam
  • Minyak bijan
  • Hirisan daun bawang

Cara Penyediaan :

  • Pukul telur dan ayakkan dengan menggunakan alat penapis
  • Tambahkan air rebusan ayam. Tambahkan sedikit garam. Kacau sedikit
  • Sediakan dua buah mangkuk kecil. Masukkan campuran telur tadi dalam mangkuk yang disediakan
  • Sediakan alat untuk stim di atas dapur
  • Letakkan mangkuk telur tadi di atas daur untuk stim. Tutup dan biarkan ia kukus selama beberapa minit.
  • Setelah kukusan telur masak, angkat dan tutup api kukusan
  • Hiaskan dengan sedikit minyak bijan dan daun bawang di atas kukusan telur tadi
  • Sedia untuk dihidangkan kepada si kecil

8. Telur Rebus Dengan Hirisan Tomato

Bahan-Bahan :

  • 1 biji telur
  • 1 biji tomato dihancurkan atau dikisar

Cara Penyediaan :

  • Rebus telur di atas dapur sehingga telur masak sehingga satu per empat
  • Buang kulit telur dan lenyekkan telur sehingga hancur
  • Masukkan tomato yang telah dihancurkan tadi dan gaul bersama-sama
  • Sedia untuk dihidangkan kepada bayi anda.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan