HomeMalay10 Idea Puri Berkhasiat Daripada Buah & Sayur Untuk Bayi Anda

10 Idea Puri Berkhasiat Daripada Buah & Sayur Untuk Bayi Anda

Kebanyakan ibu bapa akan membekalkan bayi mereka dengan makanan lembut bermula seawal usia bayi 4 bulan dan ke atas. Ia adalah usia permulaan paling sesuai bagi mendedahkan bayi dengan makanan pepejal. Makanan pepejal untuk seorang bayi perlu dilembutkan dan dihancurkan supaya mereka boleh mengunyah dengan gusi dan memudahkan mereka untuk menelan. Puri adalah makanan pepejal terbaik untuk bayi di mana makanan tertentu akan dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar sehingga ia benar-benar hancur. Ada juga ibu bapa yang menggunakan kaedah merebus sehingga makanan menjadi lembut dan seterusnya dilenyek menggunakan sudu supaya ia hancur dan lembut.

Idea menyediakan makanan puri untuk bayi boleh terdiri daripada pelbagai sumber makanan. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah idea paling popular yang sering menjadi pilihan ibu bapa.


1. Puri Ubi Keledek

Ubi keledek atau kentang manis. Ianya mungkin nampak ringkas. Namun kesedapan ubi keledek sememangnya digemari oleh semua. Ubi keledek kaya dengan karbohidrat dan fiber serta beta karotena. Fiber sangat membantu untuk melancarkan sistem penghadaman bayi anda dengan memudahkan pencernaan makanan dan pembuangan najis. Beta-karotena pula dikenali khasiatnya untuk kesihatan mata dan sebagai agen mencegah penyakit kanser.

Penyediaan : Sediakan sebiji ubi keledek. Buang kulit dan potong dalam bentuk dadu. Rebus selama 15 ke 20 minit sehingga kentang menjadi lembut. Kisar menggunakan blender dengan mencampurkan sedikit air. Anda boleh juga memasukkan satu sudu susu tepung formula untuk menyedapkan lagi aroma dan rasanya.


2. Puri Epal

Pernah dengan peribahasa Inggeris “An apple a day keeps the doctor away”. Peribahasa ini menggambarkan kebaikan epal untuk kesihatan badan. Gunakan epal merah kerana ia lebih manis, lembut dan mengandungi lebih banyak jus. Kaya dengan sumber vitamin C, fiber dan tidak mengandungi kolestrol dan lemak.

Penyediaan : Cuci sebiji epal merah. Buang kulit dan potong kepada empat bahagian. Buang biji di bahagian tengah. Masukkan potongan epal dalam pengisar. Tambah sedikit air dan kisar epal sehingga benar-benar hancur.


3. Puri Lobak Merah Bersusu

Lobak mentah mengandungi 88% kandungan air. Selebihnya terkandung dengan nutrisi seperti karbohidrat, protein dan sedikit lemak. Dengan kandungan karbohidrat hampir 9%, ia mampu membekalkan sumber tenaga untuk bayi anda. Lobak merah juga dikenali dengan manfaatnya untuk kesihatan mata. Ia boleh mencerahkan tahap penglihatan bayi anda terutama apabila berada dalam gelap.

Penyediaan : Buang kulit di bahagian luar lobak merah. Hiris kepada potongan nipis iaitu kira-kira setengah inci tebal. Masukkan lobak yang telah dipotong dalam kuali rebusan. Tambahkan air dan rebus sehingga lobak menjadi lembut. Buang sedikit air dan kisar lobak menggunakan blender. Anda boleh tambahkan sedikit perahan lemon atau campurkan susu rendah lemak. Kisar sehingga hancur dan simpan seketika dalam peti sejuk sebelum dihidangkan kepada bayi.


4. Puri Pisang Campuran Cashew

Pisang adalah buah-buahn lembut yang paling sesuai untuk gusi bayi. Ia boleh diberikan begitu sahaja kepada bayi untuk mengajar bayi menggigit dengan gusi mereka yang lembut. Pisang kaya dengan sumber fiber dan potasium. Kanak-kanak berusia antara 1 sehingga 14 tahun disarankan mengambil antara 800 sehingga 2,700 mg potasium setiap hari. 100 gram pisang mengandungi kira-kira 358 mg potasium.

Penyediaan : Buang kulit dan potong pisang kepada potongan yang nipis. Gunakan alat untuk melenyek pisang sehingga ia benar-benar hancur. Untuk lebih sedap, anda boleh kisar pisang bersama kacang cashew dengan campuran sedikit air atau susu rendah lemak. Pastikan kacang benar-benar hancur supaya bayi boleh menelannya dengan mudah.


5. Puri Buah Labu

Labu sememangnya sedap dibuat pengat dimakan sebangai hidangan petang-petang. Untuk bayi anda yang masih kecil, puri labu boleh menjadi sangat enak dan lembut untuk kunyahan gusi mereka yang lembut. Seperti pisang, labu juga kaya dengan pelbagai sumber vitamin terutama vitamin A, C, E dan K, beta karotena serta tinggi kandungan potasium.

Penyediaan : Buang kulit dan potong labu kepada bahagian kecil seperti dadu.Sediakan kuali merebus yang telah dimasukkan air. Rebus labu sehingga lembut. Setelah lembut dan dibiarkan sejuk seketika, masukkan dalam blender untuk dikisar halus. Anda boleh tambahkan sedikit serbuk kulit kayu manis atau sedikit madu untuk lebih sedap.


6. Puri Brokoli & Keju

Memasukkan sedikit keju dalam hidangan bayi sememangnya bagus untuk bayi. Ia sebagai salah satu produk tenusu enak yang tidak akan menyebabkan alergik seperti sesetengah bayi yang alergik kepada susu. Puri dengan campuran keju sesuai untuk bayi berusia 8 bulan ke atas. Brokoli kaya dengan vitamin K yang mana ia sangat berguna untuk memperbaiki kekuatan tulang.

Penyediaan : Rebus brokoli sehingga lembut. Kemudian masukkan dalam pengisar untuk dihancurkan. Setelah itu masukkan semula dalam kuali merebus. Campurkan sedikit air atau susu. Tambahkan beberapa keping keju cheddar. Masak di atas dapur sehingga keju mencair. Sejukkan seketika dalam peti sejuk.


7. Puri Buah Mangga & Pisang

Mangga sesuai diberikan untuk bayi berusia 6 bulan ke atas. Sesetengah bayi mungkin alergik kepada buah mangga. Jadi pastikan dahulu jika bayi anda alergik kepada buah ini. Gunakan mangga masak kerana ia lebih lembut. Campuran mangga dan pisang akan memberikan rasa manis dan lemak dalam keenakan puri.

Penyediaan : Kisar kedua-dua buah mangga dan pisang yang telah dipotong kecil. Campurkan sedikit air. Masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk disuapkan kepada bayi.


8. Puri Avocado

Buah avocado sangat baik untuk perkembagan otak bayi anda. Ianya kaya dengan omega-3, mempunyai rasa dan tekstur yang lemak enak untuk bayi.

Penyediaan : Belah buah avocado kepada dua bahagian. Gunakan sudu untuk mengeluarkan isinya daripada kulit. Masukkan ke dalam pengisar dan campurkan sedikit air. Kisar buah sehingga ia benar-benar hancur. Anda boleh tambahkan susu formula atau susu ibu untuk lebih rasa susu dan lemak.


9. Puri Buah Kurma

Kebaikan buah kurma dalam membekalkan tenaga sememangnya diakui terutama dalam pemakanan umat Islam di bulan Ramadan. Kurma kaya dengan serat, protein, fiber, potasium serta lain-lain mineral yang memapu memberikan lebihan tenaga dalam badan. Kurma menjadi makanan utama bagi kebanyakan negara di Timur Tengah.

Penyediaan : Masukkan sedikit air susu dalam pengisar dan tambahkan beberapa biji buah kurma yang telah dibuang bijinya. Kisar sehingga kurma benar-benar hancur dan sebati dengan susu. Pastikan tidak terlalu cair untuk dihidangkan kepada bayi.


10. Puri Buah Beri Campuran Strawberi

Buah beri biru yang segar kaya dengan sejenis flavonoid dipanggil antosianin. Ia merupakan sumber antioksida yang baik untuk memberi kesihatan kepada tubuh badan bayi. Ianya juga baik untuk kesihatan kulit bayi. Buah strawberi yang manis juga kaya dengan sumber vitamin C yang baik untuk perkembangan kulit yang cantik dan sihat.

Penyediaan : Sediakan buah beri bisu secukupnya dan strawberi yang telah dipotong dadu. Masukkan dalam pengisar dan tambahkan sedikit air. Kisar sehingga benar-benar hancur. Sedia untuk dihidangkan kepada bayi anda.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan