Bayi anda sudah 6 bulan?

Tidak tahu cara untuk menyediakan makanan pejal untuk bayi anda? 

Tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan pejal untuk bayi anda?

Risau anak makan makanan segera yang penuh dengan PENGAWET, PERASA dan PERWARNA tambahan?

Delima di atas sering dialami oleh ibu-ibu muda terutamanya yang berkerjaya dalam menyediakan makanan pejal untuk bayi mereka. Lambakkan produk di pasaraya yang mengandungi bahan-bahan yang tidak bagus untuk tumbesaran anak-anak pasti menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa. 

Bayi sebaik-baiknya harus diberi susu badan secara eksklusif bagi enam bulan pertama.  Apabila bayi membesar, dari umur 6 bulan, bayi perlu diberikan makanan pejal secara beransur-ansur. Proses ini dipanggil ‘weaning’. Ini tidak bermaksud susu hari ini, dan besok terus makanan pejal! Sebaliknya, bayi haruslah diberi peluang untuk menyesuaikan diri perlahan-lahan. Di samping makanan pejal, penyusuan bayi dengan susu badan boleh diteruskan sehingga umur dua tahun atau lebih.

Foto: GiantMommy.com

Makanan pejal tidak boleh diberikan sebelum umur 6 bulan kerana:

  • Bayi belum dapat mengunyah dan menggigit dengan berkesan
  • Makanan yang paling seimbang dan lengkap adalah susu badan.
  • Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman.
  • Usus belum matang dan terdapat risiko kecederaan / usus tersumbat (‘intestinal obstruction).
  • Buah pinggang belum cukup matang untuk mengendalikan beban berlebihan dengan makanan pejal.

Namun, selepas umur 6 bulan, bayi memerlukan makanan pejal, kerana susu badan sahaja tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bayi yang tidak diberi makanan  pejal selepas 6 bulan akan mengalami kekurangan zat makanan, terutamanya zat besi. Ini pula akan menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan minda bayi.

Bayi perlu membiasakan diri dengan kaedah pemakanan baru apabila diberi makanan pejal. Kaedah-kaedah berikut mungkin membantu:

  • Mula-mula, gunakan sudu untuk memberikan sedikit susu. Apabila bayi telah biasa makan menggunakan sudu, makanan pejal yang lembut boleh diberikan.
  • Mulakan dengan satu atau dua sudu makanan. Selepas beberapa hari, makanan pejal boleh diberikan dua, dan seterusnya tiga kali sehari. Makanan pejal yang sesuai untuk permulaan adalah makanan dengan tesktur yang rata dan rasa yang tawar (‘smooth consistency and flat taste’). Contohnya, kanji, ubi kentang yang dilenyetkan, sayur-sayuran yang tidak berserabut, seperti lobak merah atau lobak putih, atau puri buah-buahan yang lembut, seperti pisang atau epal.
  • Jangan tambahkan makanan pejal ke dalam botol susu.
  • Jangan tambahkan garam atau gula kepada makanan bayi.
  • Makanan pejal boleh dicampurkan dengan sedikit susu badan atau air masak.
  • Mulakan makanan baru satu demi satu supaya dapat mengenalpasti apa-apa alahan makanan.
  • Sekiranya bayi tidak mahu makan sesuatu makanan baru, cuba berikan makanan itu sekali lagi, selepas beberapa hari. Kadangkala bayi akan mengambil makanan tersebut setelah mencuba beberapa kali dan telah membiasakan dirinya dengan rasa baru.

Foto: picsbud.com

Apabila bayi berumur 6 bulan, makanan pejal harus dimulakan dan ditingkatkan perlahan-lahan. Dalam beberapa minggu, makanan dengan rasa, tekstur, warna dan suhu yang berlainan boleh diperkenalkan. Apabila bayi mengambil lebih banyak makanan pejal, pengambilan susu akan berkurangan. Pada tahap ini, bayi perlu diberi sedikit ikan, ayam atau sumber protein lain, untuk menggantikan protein dalam susu. Pastikan tiada tulang dalam makanan bayi.

Pada umur 6 hingga 9 bulan, makanan yang lebih berketul (lumpy) boleh dimulakan. Apabila bayi boleh duduk, berikan makanan yang boleh dipegang sendiri, seperti biskut atau buah-buahan yang dipotong kecil seperti tembikai dan pisang. Seboleh-bolehnya, bayi perlu beransur-ansur diberi makanan yang biasa dimakan oleh keluarga, supaya bayi dapat membiasakan diri dengan tekstur dan rasa makanan keluarga.

Antara contoh cereal terbaik untuk bayi berusia 6 bulan keatas adalah:

1) Bijiran Bayi CERELAC

Foto: brad.erva-doce.info

Perut Si Manja adalah 5 kali lebih kecil daripada orang dewasa, tapi perlukan 5 kali lebih khasiat seperti Vitamin A, 
D dan Zat Besi. Bijirin bayi CERELAC ® dirumus khas dengan nutrien penting yang padat dan mudah dihadam, 
menjadikan ia mammam hebat untuk Si Manja berumur 6 bulan ke atas yang sedia diperkenalkan makanan pejal.

Satu hidangan Bijirin Bayi CERELAC ® Beras dengan susu (50g) bersama satu pisang menyediakan si manja anda lebih 50% zat besi dan protein yang disyorkan untuk pengambilan setiap hari. Jadi jelaslah bahawa kandungannya lebih daripada sesetengah puri dalam botol.

Baca review pengguna CERELAC

2) Bijirin Bayi CERELAC Beras 225g

Pada umur 6 bulan, anak anda memerlukan makanan pelengkap seperti ikan, ayam, kekacang dan sayur-sayuran di dalam diet mereka sebagai pengenalan kepada makanan pejal. Bijirin Bayi CERELAC Beras memberi kepelbagaian, rasa dan tekstur sebagai tambahan kepada makanan biasa anak anda. CERELAC memenuhi 50% atau lebih nilai keperluan zat besi yang anak anda perlukan untuk membantunya mencapai potensi sepenuhnya. Zat besi menyokong perkembangan fizikal dan mental anak anda.

Memperkenalkan Bijirin Bayi CERELAC Beras dalam pek baharu 225g! Kini anda mendapat kebaikan bijirin bayi yang lazat, dalam pek mudah dibawa.

Bijirin Bayi CERELAC Beras menggunakan proses Nestlé® untuk memecahkan bijirin kepada unit yang lebih kecil, menjadikannya lebih mudah dihadam. Dengan pelbagai nutrien di dalam bijirin yang mudah dihadam, Bijirin Bayi CERELAC Beras akan membantu anak anda merapatkan jurang nutrisi di peringkat penting pertumbuhannya.

Baca review pengguna CERELAC Beras

3) MILNA Baby Biscuit Banana 

Foto: Carousell

Berikan nutrisi penting untuk perkembangan optimal buat si kecil dengan biskut bayi dari jenama Milna ini. Diformulasikan khas untuk setiap peringkat tumbesaran dengan kebaikan nutrisi seimbang, biskut ini adalah cara terbaik untuk memperkenalkan makanan dalam bentuk pejal (solid food) untuk si comel.

Dengan mengandungi AA, DHA dan kalsium susu, Milna Rusk dapat memberikan makanan tambahan serta sebagai ganti kepada susu badan dan botol. Ada 3 perasa untuk yang boleh dipilih mengikut kegemaran si kecil.   

Baca review pengguna MILNA Baby Biscuit

4) ORGANIX Strawberry Baby Biscuits 

Foto: Essential Baby

Jika anda suka berikan makanan yang berkhasiat dari bahan semulajadi untuk si kecil, biskut ini sesuai untuknya. Dengan mengandungi bahan-bahan organik seperti tepung gandum, minyak bunga matahari, serbuk strawberi, gluten, minyak kelapa sawit serta kepekatan jus anggur, ianya dijamin diet anak anda terkawal.

Tips penting untuk memberi makanan seperti ‘finger food’ untuk si kecil : pastikan anak anda berada dalam keadaan duduk untuk mengelakkan risiko tersedak akibat serbuk biskut. 

Baca review pengguna ORAGANIX Baby Biscuit

5) BABY BITES Original Rice Rusks

Foto: Jaya Grocer

Diperbuat daripada 100% bahan asas beras yang unggul, dibakar dan cepat cair dalam mulut serta mudah dihadam oleh si kecil. Tiada bahan pengawet, rendah lemah, bebas gluten, telur dan kacang serta tiada gula membuatkan biskut ini sesuai untuk penjagaan diet bayi anda.

Bayi yang berusia 6 bulan ke atas, boleh mengambil biskut ini untuk dijadikan kudapan. Rasanya yang sedap, tidak akan membuatkan si kecil menolak untuk makan.   

6) HEINZ Farley’s Cereal in a Rusks 

Foto: Shopee Malaysia

Produk dari jenama Heinz ini sangat terkenal kerana biskutnya yang mengikut selera si kecil. Biskut ini mampu menambahkan protein, lemak dan karbohidrat ke dalam badan anak anda dan penting untuk proses penghasilan sel darah merah.

Dengan mengandungi DHA, kalsium, zat besi, Vitamin B1, B2 dan B12, ianya membantu perkembangan minda dan mata serta memperkuatkan tulang dan gigi si kecil. Biskut ini mudah mencair jika terkena air liur bayi anda serta tidak keras dan sesuai untuk bayi yang baru mula tumbuh gigi.    productnation

7) HEINZ Baby Biscotti Chocolate 

Foto: Wilko

Biskut yang diperbuat daripada bahan semulajadi ini mengandungi 8 jenis vitamin dan mineral, baik untuk perkembangan si kecil. Biskut ini dibuat untuk memudahkan anak anda yang berusia 7 bulan, memegang makanan mereka sendiri tanpa perlu bantuan ibubapa sambil meningkatkan koordinasi mata dan tangan si manja agar dapat bergerak seiring.

Mudah untuk dibawa ke mana sahaja, biscotti ini sesuai untuk dijadikan kudapan buat anak anda yang selalu kelaparan. Paling penting, tiada bahan pengawet dan pewarna yang akan memudaratkan kesihatan si kecil.   

Baca review pengguna HEINZ Baby Biscotti 

8) BABY GUIDE Original Flavor Rusks 

fOTO: Youbeli

Biskut bayi bebas gluten ini mendapat sijil pengiktirafan Halal dan anda tidak perlu risau akan bahan kandungannya. Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas, biskut ini tiada pewarna, haruman dan bahan pengawet. Bagi bayi yang sensitif atau mempunyai alahan, ianya tidak mengandungi telur dan kacang serta rendah lemak.

Untuk bayi yang mula tumbuh gigi (teething), biskut ini terbaik untuk si kecil kerana mudah mencair dan tidak akan membuatkan bayi anda tersedak semasa memakannya. Dengan bahan seperti beras, intipati kentang, garam laut dan ekstrak buah-buahan, si kecil tidak akan menolak untuk menjamah.

Baca review pengguna Baby Guide Baby Biscuit

Selamat mencuba!