7 Cara Menangani Masalah Gigi Sensitif

Product Details

Kesakitan di bahagian gusi setiap kali makan makanan sejuk dan sup panas adalah salah satu petanda bahawa anda memiliki gigi yang sensitif. Rasa sakit ini berlaku pada bahagian gigi tertentu yang dirasai sehingga ke akar bahagian gigi yang terlibat. Kesan kesakitan ini melibatkan gigi dan dalaman gusi. Oleh itu rasa sakit itu berlaku mengikut keadaan sebenar pesakit. Ada yang mengalami kesakitan sementara dan ada yang sakit sehingga ke tahap kronik.

Punca kesakitan ini tidak terhad kepada makanan sejuk dan panas sahaja. Ia boleh jadi sensitif terhadap jenis makanan lain seperti minuman atau kuih yang terlalu manis dan buah-buahan berasid seperti sunkist. Begitu jug setiap kali menggosok gigi. Malah cuaca yang terlalu sejuk juga boleh mencetuskan sensitiviti gigi yang menyebabkan rasa sakit seakan ngilu di bahagian dalaman gusi.

Diagnosa Doktor Penentu Punca Sebenar Gigi Sensitif

Bagi mereka yang mengalami kesakitan gigi sensitif yang sentiasa berulang apabila makan makanan tertentu, anda perlu merujuk kepada doktor pergigian. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan bagi proses diagnosa bagi mengenalpasti punca gigi menjadi sensitif.

Beberapa kemungkinan yang menyebabkan gigi sensitif adalah seperti kaviti, penyakit gusi, kehausan permukaan gigi, tampalan gigi yang sudah pecah dan gigi berlubang. Semua in boleh menyebabkan kesakitan gigi dan gusi yang menyerang secara tiba-tiba terutama semasa makan.

Selepas diagnosa selesai, baharulah doktor akan mengesahkan jenis rawatan susulan yang sesuai dilakukan untuk memperbetulkan kembali keadaan gigi, gusi atau mungkin kedua-duanya.

7 Cara Menangani Kesakitan Gigi Sensitif

Serangan rasa sakit akibat gigi sensitif boleh dicegah atau dikurangkan melalui beberapa langkah pencegahan dan perlindungan yang mudah. Keberkesanan langkah ini mungkin berbeza bagi setiap individu. Apapun, ia masih boleh diamalkan bagi mengurangkan kekerapan serangan gigi sensitif.

1.Memberus & Menggunakan Berus Gigi Yang Lembut

Sesetengah daripada kita gemar memberus gigi terlalu kuat sehingga menyebabkan lapisan gusi paling atas mengalami kesan buruk. Anda boleh saja memberus di keseluruhan bahagian gigi dan permukaan luar gusi. Namun memberus terlalu kuat akan meninggalkan luka pada gusi yang lembut. Terutamanya jika anda menggunakan berus gigi yang kasar dan keras.

Tekanan yang terlalu kuat semasa memberus ini akan menyebabkan leher gusi yang mengelilingi gigi anda mengecut perlahan-lahan. Apabila bahagian leher gigi ini mengecut, dentin iaitu bahagian lapisan dalaman gigi yang lembut tidak lagi dilindungi oleh lapisan enamel . Enamel ini adalah lapisan perlindungan gigi di bahagian atas gusi yang penting dari kerosakan seperti pereputan gigi. Ini mengakibatkan gigi terdedah kepada serangan bakteria akibat daripada sisa makanan yang melekat pada gigi. Ini menyebabkan gigi menjadi sensitif dan mula terasa sakit apabila makan makanan tertentu seperti ais sejuk dan air panas.

Penggunaan berus gigi yang lembut dapat memberus gusi dan gigi dengan selesa tanpa menyebabkan tekanan pada bahagian gusi. Namun ramai yang lebih selesa menggunakan berus gigi jenis kasar kerana ia lebih efektif menghilangkan kotoran pada gigi. Penggunaan berus gigi salah tiada salahnya. Namun anda perlu memberus dengan cara yang betul iaitu dari atas ke bawah. Bukan dari kiri ke kanan atau kanak ke kiri. Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari selama dua minit sahaja bagi setiap sesi. Tetapan ini lebih tinggi untuk mengurangkan risiko gigi sensitif.

2. Gunakan Ubat Gigi Khas Untuk Gigi Sensitif

Terdapat banyak pilihan ubat gigi untuk mereka yang mengalami masalah gigi sensitif. Kandungan istimewa dalam ubat gigi ini yang paling utama ialah kalium nitrat (potassium nitrate) atau strontium klorida. Bahan ini akan menyekat isyarat sakit kepada saraf gigi anda dengan menghentikan laluan kecil di gigi anda yang berhubung dengan saraf.

Sesetengah jenama mampu mengatasi masalah ini selepas dua kali penggunaan. Ada pula yang mengambil masa sehingga sebulan bagi menunjukkan kesan perlindungan yang maksima.

Walaubagiamanapun, penggunaan ubat gigi khas ini perlu diikuti dengan rawatan doktor. Ini kerana ia hanya bertindak mengawal simptom kesakitan yang wujud dan bukan bertindak seperti rawatan ubat. Terutama mereka yang mengalami masalah dalaman akar gigi. Penggunaan ubat gigi khas sahaja tidak membantu menyembuhkan keadaan akar gusi dan gigi yang rosak. Anda perlu mendapatkan rawatan di klinik pergigian.

3. Kumur Dengan Cecair Kumur Berflorida

Ramai pakar pergigian percaya bahawa membersihkan gigi dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida menyediakan perlindungan rongga gigi secukupnya untuk tempoh masa yang panjang. Akan tetapi jika gigi anda terdedah kepada penyakit gigi sensitif seperti kaviti, anda boleh menggunakan cecai kumur fluorida sebagai tambahan setiap kali selepas anda memberus gigi.

Mencuci mulut dengan cecair florida dapat melindungi bahagian dalaman gigi dan gusi secara keseluruhan terutama di bahagian-bahagian yang sukar dibersihkan melalui penggunaan berus gigi sahaja. Cecair kumur berflorida ini ibarat suplemen tambahan kepada ubat gigi berflorida yang anda gunakan setiap hari. Ia mampu melindungi enamel gigi anda dari bahan asid dalam makanan.

Walaubagaimanapun, bagi gigi sensitif yang berpunca dari masalah serius seperti gingivitis dan penyakit gusi, anda perlu mendapatkan rawatan sebenar di klinik pergigian.

4. Elakkan Minuman & Makanan Berasid

Contoh minuman berasid adalah seperti jus lemon, air oren dan minuman berkarbonat yang bersifat ‘tajam’. Kandungan asid ini akan memberikan kesan terhadap kesihatan enamel gigi anda. Cuba imbangi makanan berasid dengan makanan beralkali dalam jumlah yang seimbang bagi membantu meneutralkan keasidan makanan ini dserta menjaga gigi anda supaya lebih sihat. Makanan bersumber alkali ini banyak didapati dalam buah-buahan, sayur-sayuran, daging, keju, telur dan makanan bergandum seperti nasi.

Setiap kali anda menikmati makanan atau minuman berasid, pastikan anda memberus gigi sekurang-kurangnya selepas 30 minit. Kandungan asid dalam makanan ini apabila diberus akan memberikan kesan kepada enamel gigi yang boleh menyebabkan timbulnya segala gigi sensitif.

5. Elakkan Teknik Pemutihan Gigi

Ramai juga yang melalui pemutihan gigi atau tooth bleaching menghadapi masalah gigi sensitif dalam beberapa tempoh ketika. Ia dikatakan berpunca dari bahan agen pemutih yang digunakan dalam teknik pemutihan gigi berasaskan bahan peroksida. Bahan ini akan bertindak menghilangkan kesan kotoran dan menghilangkan warna kuning atau karat pada gigi secara dalaman dan luaran. Rasa sensitif pada gigi ini biasanya dirasai dalam beberapa tempoh selepas rawatan.

Namun ada juga teknik pemutihan gigi yang tidak menggunakan agen pemutihan gigi ini secara dalaman. Ia bertindak dengan hanya membersih bahagian luaran tanpa menyentuh bahagian dalaman gigi.

Untuk masalah ini, anda perlu merujuk kepada doktor gigi terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk melalui rawatan pemutihan gigi.

6. Penggunaan Alat Perlindungan Gigi

Pernahkah anda lihat ahli gusti menggunakan alat perlindungan gigi semasa beraksi di gelanggang? Penggunaan alat ini boleh dipertimbangkan bagi mereka yang megalami masalah mengisar atau mengetap gigi semasa tidur. Untuk lebih selamat, sebaiknya anda mendapatkan perlindungan gigi atau mouth guard daripada klinik gigi dan elakkan daripada membelinya secara atas talian. Doktor gigi akan memberikan saiz alat perlindungan gigi yang padan mengikut saiz mulut dan gigi anda.

Ketap gigi juga sering dikaitkan dengan masalah emosi atau tekanan yang tidak stabil. Oleh itu bagi mereka yang mengalami tanda stres yang jelas, anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan pemulihan emosi bagi mengelakkan masalah ini berlarutan.

7. Pemeriksaan Gigi Berjadual & Rawatan Doktor

Masalah gigi sensitif boleh jadi juga merupakan petanda kepada penyakit gusi dan gigi yang serius seperti gigi rapuh, tampalan pecah, penyakit gusi dan akar yang terdedah. Oleh itu, mereka yang mengalami tanda-tanda gigi sensitif perlu segera merujuk ke klinik pergigian dan mendapatkan rawatan secara berjadual sehingga masalah ini benar-benar dapat diatasi.

Pilihan Editor :

Sensodyne Repair & Protect

Listerine Teeth & Gum Defence with Fluoride Antiseptic Mouthwash

 

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...