HomeMalay7 Berus Gigi Yang Lembut Dan Terbaik Buat Si Manja

7 Berus Gigi Yang Lembut Dan Terbaik Buat Si Manja

Penggunaan berus gigi sering dikaitkan dengan kesihatan dalaman mulut. Sama ada orang dewasa atau kanak-kanak, kedua-duanya memerlukan penggunaan berus gigi yang sesuai untuk penjagaan oral. Berus gigi untuk kanak-kanak tidak sama seperti berus gigi orang dewasa. Gusi dan gigi seorang kanak-kanak berbeza dari kita yang dewasa.

Kanak-kanak juga sering mengalami masalah kesihatan oral lebih kerap berbanding dewasa. Perubahan hormon dalam menuju ke alam remaja dan dewasa menjadi salah satu sebab mengapa kanak-kanak sering mengalami masalah gigi dan gusi. Risiko mereka untuk mengalami masalah gigi dan gusi lebih tinggi berbanding orang dewasa.

Disebabkan itu, sebagai ibu bapa kita mesti mencari jalan pencegahan bagi mengelakkan anak kita menghidapi penyakit berkaitan gigi dan gusi. Salah satu langkah awal pencegahan ialah dengan menggalakkan anak kita belajar menggosok gigi sejak dari kecil lagi. Ibu bapa perlu memilih berus gigi untuk kanak-kanak yang sesuai untuk menggalakkan mereka rajin dan seronok dengan aktiviti memberus gigi.

Untuk itu, 7 berus gigi untuk kanak-kanak yang lembut ini kami cadangkan buat si manja anak supaya mereka tidak malas untuk berus gigi setiap hari.

1.Piyo Piyo Finger Toothbrush

Permulaan awal bagi berus gigi seorang bayi yang masih kecil dan belum pandai untuk memegang berus gigi sendiri. Piyo Piyo Finger Toothbrush ini memang sesuai digunakan untuk penjagaan oral seorang bayi terutama dari sisa-sisa lemak susu yang melekat di antara celahan gusinya yang masih belum tumbuh gigi. Anda juga boleh menggosok pada permukaan lidah bayi tanpa menyebabkan sebarang kecederaa. Berus Piyo Piyo Finger Toothbrush yang dicipta dari silikon ini sungguh lembut untuk bayi anda. Mereka akan rasa selesa sewaktu ibu atau bapa menjalankan pembersihan oral mulut mereka.

Penggunaannya cukup mudah. Anda cuma perlu menyarungkan pada jari telunjuk dan kemudian gosok perlahan-lahan ke seluruh gusi, gigi dan lidah bayi. Berus lembut yang dihasilkan daripada silikon ini akan membantu ibu bapa melakukan kebersihan oral bayi tanpa kerisauan.

Baca dan lihat ulasan mengenai Piyo Piyo Finger Toothbrush


2. Pureen Silicone Baby Toothbrush & Gum Massager with Case

Satu lagi berus gigi permulaan bagi bayi kecil anda yang comel. Berus gigi sarung lembut yang dihasilkan daripada silikon ini dapat membersihkan oral bayi anda dengan penuh kenyamanan. Ia bebas dari bahan BPA (bisphenol A), iaitu sejenis sebatian kimia berbahaya untuk kanak-kanak yang banyak digunakan dalam pembuatan barangan plastik.

Selain itu, ia juga didatangkan bersama dengan sarung simpanan. Dengan sarung ni, anda boleh simpan semula berus gigi silikon ini dengan selamat dari serangga-serangga seperti lipas dan bendasing yang melekat pada berus gigi.

Baca dan lihat ulasan mengenai Pureen Silicone Baby Toothbrush & Gum Massager with Case


3. Combi Toothbrush step

Berus gigi yang comel untuk seorang kanak-kanak bukan. Anak anda yang baru ingin mula belajar memberus gigi pasti akan suka melihat warnanya yang menarik dan bentuknya yang comel. Berus gigi ini sesuai bagi kanak-kanak berusia 6 bulan dan ke atas.

Jika anda tertanya-tanya apakan kegunaan perisai bulan yang berada antara pemegang dan berus, jawapannya adalah untuk perlindungan. Berus ini dicipta untuk melatih kanak-kanak memberus sendiri oral mereka dengan selamat. Perisai tersebut akan menghalang kanak-kanak daripada menjolok terlalu jauh ke dalam mulut mereka yang mungkin boleh menyebabkan mereka tercekik. Pemegangnya juga memudahkan seorang kanak-kanak untuk memegangnya ketika memberus. Berus ini juga selamat dari bahan kimia BPA.

Baca dan lihat ulasan mengenai berus gigi bayi Combi Toothbrush step


4. Jordan Step 0-2 years

Berus gigi yang comel ini kelihatan seperti sebuah permainan kanak-kanak bukan? Jordan Step 0-2 years direka begitu menarik untuk pengalaman memberus gigi menyeronokkan bagi seorang kanak-kanak. Ia didatangkan dengan 4 pilihan warna yang ceria iaitu hijau, biru, merah dan merah jambu.

Direka dengan bulu yang lebih lembut, berus gigi ini sesuai untuk kegunaan kanak-kanak yang berusia sehingga 2 tahun. Pemegang berbentuk bulat pada bahagian bawah sesuai untuk saiz tangan seorang bayi. Semasa menggosok gigi, jari telunjuk yang dimasukkan pada ruang lubang itu dapat mengelakkan berus gigi tersebut jatuh dari genggaman tangan kanak-kanak. Pegangan sewaktu memberus gigi akan lebih stabil.

Baca dan lihat ulasan mengenai berus gigi kanak-kanak Jordan Step 0-2 years


5. Jordan Step 3-5 years

Berus gigi untuk kanak-kanak yang hampir memasuki alam persekolahan tadika. Seharusnya mereka telah pandai memberus gigi sendiri tanpa disuruh oleh ibu bapa. Berus gigi ini direka untuk kanak-kanak yang baru tumbuh gigi susu.

Didatangkan dengan 4 pilihan warna dan karakter kartun yang menarik. Berus gigi ini lebih besar pada bahagian kepala. Mempunyai sistem pemegang dual yang memudahkan kanak-kanak dan juga orang dewasa mengendalikannya. Kelembutan berusnya disesuaikan mengikut peningkatan usia mereka yang semakin bertambah. Ia mempunyai penutup berus sebagai perlindungan dari bendasing pembawa kuman seperti lipas dan habuk.

Baca dan lihat ulasan mengenai berus gigi kanak-kanak Jordan Step 3-5 years


6. Kodomo Soft & Slim Toothbrush

Berus gigi ini sesuai bagi kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke bawah. Sebelum mengajar mereka menggunakan berus gigi yang lebih dewasa, Kodomo Soft & Slim Toothbrush permulaan belajar baik untuk permulaan mereka. Pemegang dan bentuknya seakan-akan berus gigi orang dewasa. Pemegangnya direka lurus dari kepala sehingga ke hujung pemegang. Bezanya ialah pada bahagian kepala dimana hanya terdapat sebahagian kecil bulu pemberus yang lembut untuk gusi mereka. Berus ini tentu berupaya menghilangkan segala sisa makanan yang melekat pada celahan gigi dan gusi oral anak anda dengan lebih berkesan.

Baca dan lihat ulasan mengenai berus gigi kanak-kanak Kodomo Soft & Slim Toothbrush


7. Pureen Kid Toothbrush (KID TB01 & KID TB02)

Berus gigi kanak-kanak Pureen Kid Toothbrush mempunyai dua jenis mengikut peringkat umur iaitu untuk kanak-kanak usia 2 sehingga 6 tahun dan 6 sehingga 12 tahun. Rekabentuk berus gigi ini juga hampir menyamai berus gigi orang dewasa. Tentunya lebih sesuai untuk usia mereka yang semakin membesar.

Berusnya yang lembut dihasilkan dari Dupont Tynex Nylon, iaitu sejenis filamen halus yang sering digunakan dalam pembuatan berus gigi. Kepala berusnya agak kompak dimana bulunya mempunyai lebih daripada satu baris. Ia memberikan pengalaman memberus gigi yang lebih rata dan bersih pada seluruh dalaman oral kanak-kanak. Gusi, gigi dan lidah akan lebih mudah dibersihkan dari sisa-sisa makanan yang melekat.

Bentuk yang ergonomik ini mudah untuk gengaman seorang kanak-kanak yang semakin stabil dengan peningkatan usia mereka.

Baca dan lihat ulasan mengenai berus gigi kanak-kanak Pureen Kid Toothbrush (KID TB01 & KID TB02)


Sebagai bahan bacaan tambahan untuk anda, ketahui beberapa permasalahan gigi yang sering dihadapi kanak-kanak serta cara memupuk amalan kebersihan oral anak anda.

Penjagaan & Kebersihan Oral Kanak-kanak

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan