HomeBlogPenjagaan & Kebersihan Oral Kanak-kanak

Penjagaan & Kebersihan Oral Kanak-kanak

Penjagaan kulit kanak-kanak adalah salah satu perkara penting yang sering ibu bapa titikberatkan. Tanpa disedari, salah satu penjagaan dalam tubuh kanak-kanak yang kerapkali diabaikan ialah kebersihan oral kanak-kanak.

Sebagai ibu bapa, penting untuk anda memupuk amalan yang baik dalam diri anak-anak supaya manfaatnya akan dapat mereka rasai sehingga besar. Salah satunya adalah memupuk amalan penjagaan dan kebersihan oral. Kesihatan oral yang baik perlu bermula sejak awal, dan dipupuk secara berperingkat mengikut perkembangan anak anda.

Fakta: Salah satu gejala kronik yang sering melanda kanak-kanak ialah masalah karies gigi. Dikatakan karies gigi di kalangan kanak-kanak berlaku lima kali lebih kerap berbanding asma.

Masalah Gigi

Kerosakan gigi dan kaviti adalah disebabkan oleh karies, iaitu penyakit yang boleh merosakkan struktur gigi. Amalan kebersihan oral yang baik adalah penting dalam mencegah masalah karies di kalangan kanak-kanak.

Kebersihan oral yang baik juga merupakan titik aras untuk melindungi kanak-kanak daripada masalah-masalah gigi seperti di bawah:

Plak:

Masalah ini sering terlepas pandang kerana plak tidak jelas kelihatan. Benda putih akan terhasil dan melekat pada gigi apabila makanan bercampur dengan bakteria dan air liur.

Pereputan gigi:

Masalah ini berlaku apabila lubang kecil atau kaviti terbentuk di dalam gigi. Plak adalah punca utama kepada masalah pereputan gigi, terutamanya apabila gula bercampur dengan bakteria yang ada dalam mulut anda.

Masalah gusi:

Ini sebenarnya adalah jangkitan atau keradangan gusi di sekeliling gigi. Gusi yang tidak sihat terdedah kepada plak yang seterusnya boleh menyebabkan radang yang dipanggil gingivitis.

Halitosis:

Istilah teknikal untuk pernafasan yang busuk. Ini berlaku disebabkan oleh peningkatan plak yang tidak sihat dan keradangan atau jangkitan gusi.

Mengajar anak anda teknik kebersihan oral yang baik adalah penting untuk kesihatan oral mereka, sekali gus dapat membantu mencegah dan mengurangkan masalah-masalah oral yang disebutkan tadi. Teknik memberus gigi juga perlu diajar sejak awal, supaya anak anda dapat menjaga keputihan dan kebersihan gigi mereka. Tunjuk ajar daripada ibu bapa dalam teknik penjagaan gigi (seperti cara memberus, pemflosan gigi dan sebagainya) untuk kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan sehingga mereka mahir melakukannya sendiri.

Apa Maksud Kebersihan Oral?

Kebersihan oral kanak-kanak tidak boleh dipandang enteng hanya kerana si kecil sudah tahu tentang asas kemahiran memberus gigi. Ia perlu dilakukan lebih daripada itu. Anda perlu terus memantau akan kebersihan gigi anak. Ini termasuklah membersihkan mulut anak sekurang-kurangnya dua kali sehari. Rutin harian kanak-kanak termasuklah:

Memberus gigi.

Kanak-kanak perlu memberus gigi mereka selama dua minit dengan menggunakan ubat gigi kanak-kanak mengikut peringkat usia mereka. Berus gigi juga perlu ditukar setiap tiga bulan sekali.

Pemflosan.

Amalan pemflosan dapat membantu memastikan mulut anak anda bebas daripada bakteria. Tanya doktor gigi anda tentang masa terbaik untuk memflos gigi si kecil.

Menggunakan ubat kumur.

Bagi menghilangkan sisa kuman dalam mulut, berkumur menggunakan ubat kumur adalah cara terbaik untuk memastikan gusi anak anda sihat. Walau bagaimanapun, pilihlah ubat kumur yang mesra kanak-kanak.

3 Cara untuk Memupuk Amalan Kebersihan Oral di Kalangan Kanak-Kanak

  • Jadilah contoh tauladan terbaik. Kanak-kanak melihat dan mengikut apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Jadi, beruslah gigi, flos dan berkumur di hadapan anak anda sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Berus gigi elektrik atau bermuzik. Berus gigi elektrik adalah menarik untuk si kecil dan berus gigi bermuzik pula boleh dimainkan bagi menggalakkan anak anda menyukai rutin memberus gigi.
  • Rekaan flos yang menarik. Anak anda mungkin akan mematahkan flos terutama yang berbentuk menarik. Kebanyakan doktor gigi menyarankan penggunakan flos satu-kali, yang dijual dalam bentuk menarik dan mesra kanak-kanak.

Berjumpa Doktor Gigi

Bagaimanakah respon anak anda apabila diberitahu akan menemui doktor gigi? Kebanyakan kanak-kanak memang tidak gemar ke klinik gigi. Anda sepatutnya membawa anak anda ke klinik gigi sejak kecil bagi membiasakannya berada di sana. Lawatan ke klinik gigi secara berkala adalah sangat penting supaya penjagaan dan pencegahan awal dapat dilakukan.

Jika anak anda sudah mengalami masalah gigi seperti gigi berlubang atau reput, terus bawa anak anda berjumpa dengan doktor gigi. Sekiranya anak anda tidak mengalami masalah gigi, anda juga boleh membawanya ke klinik gigi bagi mendapatkan pemeriksaan.

Sesetengah ibu bapa menganggap gigi anak yang tiada masalah tidak perlu dibawa berjumpa doktor gigi. Sebaliknya, jika anda membawa anak anda, doktor akan memeriksa giginya dan memberitahu status kesihatan gigi dan persekitaran mulut.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan