Diabetes antara penyakit yang semakin menunjukkan peningkatan kes di negara ini akibat amalan gaya hidup kurang sihat seperti kurang bersenam dan pengambilan makanan secara berlebihan.

Pada 2015, kaji selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pula mendedahkan 1.8 juta orang iaitu separuh daripada 3.5 juta pesakit diabetes di Malaysia tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik itu.

Diabetes ialah penyakit kronik yang berlaku apabila pankreas tidak menghasilkan insulin (hormon yang mengawal paras gula dalam darah) secukupnya atau apabila badan tidak boleh lagi menggunakan insulin yang dihasilkan.

Pada dasarnya, diabetes ialah suatu kecacatan pada keupayaan badan untuk menukar glukosa (gula) kepada tenaga.

Glukosa ialah sumber utama ‘bahan api’ untuk badan kita. Apabila makanan dihadamkan, ia berubah menjadi lemak, protein atau karbohidrat.

Makanan yang memberi kesan kepada paras gula dalam darah dipanggil karbohidrat. Apabila dihadamkan karbohidrat diubah kepada glukosa. Glukosa ini kemudian dipindahkan ke dalam darah sebelum diangkut memasuki sel untuk digunakan sebagai tenaga.

Foto: pixabay.com

Dalam proses pemindahan glukosa dari darah ke dalam sel inilah insulin diperlukan. lnsulin boleh dianggap sebagai ‘kenderaan’ untuk mengangkut glukosa ke dalam sel. Maka bagi individu yang mempunyai diabetes, ia menjejaskan proses berkenaan.

Diabetes boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis 1 dan 2. Diabetes jenis 1 berlaku disebabkan kerosakan pankreas (sejak lahir) yang menyebabkan insulin tidak dapat dihasilkan. Selain itu, ia juga disebabkan insulin yang dihasilkan rosak dan tidak boleh mengangkut glukosa ke dalam sel.

Diabetes jenis 2 pula disebabkan kegagalan pankreas menghasilkan insulin secukupnya atau badan tidak mampu menggunakan insulin yang dihasilkan.

Hampir 90 hingga 95 peratus pesakit diabetes menghidap diabetes jenis ini yang biasanya membabitkan golongan dewasa. Namun apa yang membimbangkan apabila wujudnya trend ia turut dialami oleh kanak-kanak. Antara faktor penyumbang bagi diabetes jenis 2 termasuk obesiti, peningkatan umur, kekurangan aktiviti fizikal dan kecenderungan genetik.

Orang yang menghidap diabetes boleh mengambil makanan yang sama seperti mereka yang tidak mempunyai diabetes dengan hanya sedikit penyesuaian. Sesengguhnya, tidak perlu menyediakan makanan berasingan atau membeli makanan istimewa. Malah, anggota keluarga dapat menikmati bersama makanan sihat dan berkhasiat.

Mulakan dengan memilih pelbagai jenis dari setiap kumpulan piramid makanan tanpa menjejaskan rasa atau nutrisinya. Sekiranya anda obes atau berlebihan berat badan, pilih makanan yang rendah lemak dan kalori (dan garam, untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi).

Pastikan banyak pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran serta bijirin dan banyakkan minum air – jadikan satu kebiasaan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan dan 3 hidangan sayur-sayuran seperti lobak merah, kubis dan kembang kol setiap hari. Minum 6 hingga 8 gelas (kira-kira 2 liter) air (kosong – bukan jus atau minuman berkarbonat) setiap hari.

Pastikan pengambilan serat yang mencukupi (kira-kira 20-30 g sehari) dalam diet anda. Sumber-sumber serat yang baik termasuk oat, beras yang tidak dibersihkan, roti bijirin dan bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan yang tinggi serat membantu menurunkan paras glukosa dan juga paras kolesterol dalam darah anda, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Foto: Everyday Health

Apabila mengambil makanan, adalah baik untuk anda mengamalkan panduan ‘Pinggan Sihat’ – penuhkan separuh pinggan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, satu perempat dengan protein seperti ikan atau ayam dan satu perempat lagi dengan karbohidrat (kompleks), sebagai contoh, beras atau roti. Sudah tentu, anda perlu menggunakan pinggan yang lebih kecil (tanpa menambah!), jika anda perlu menurunkan berat badan.

Dapatkan nasihat pakar diet jika anda memerlukan bantuan dengan pemakanan anda.

1. Lidah buaya

Foto: faktualnews.co

Terdapat beberapa kajian awal yang menyarankan pengambilan jus lidah buaya berupaya meningkatkan kadar glukos dalam darah, sekaligus merawat kencing manis. Caranya:

  • Ambil 1 batang lidah buaya
  • Bersihkan dan kupas kulit serta durinya
  • Rendamkan selama 30 minit bersama air garam
  • Ramas dan bilaskan dengan air
  • Rebuskan bersama 3 gelas air sehingga mendidih
  • Setelah itu, biarkan seketika sehingga air sejuk
  • Amalkan minuman ini 3 kali sehari sebanyak ½ gelas
  • Lakukan ia secara konsisten supaya paras gula dapat dipulihkan menjadi normal kembali

2. Jus peria katak & epal hijau

Foto: brad.erva-doce.info

Buah ini mengandungi tiga zat aktif bersifat anti-diabetes termasuklah charatin telah disahkan mempunyai kesan merendahkan kadar glukos dalam darah, vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai Polipeptida-P. Peria juga mengandungi lektin yang menurunkan kemampuan glukos dalam darah yang bertindak balas dengan tisu utama dan menghilangkan selera makan individu.

Lektin ini menjadi punca utama kepada perkembangan hipoglikemik. Salah satu cara yang boleh diamalkan dengan penggunaan peria katak dalam merawat diabetes ialah membuat jus peria katak bersama epal hijau. Penyediaan jus ini bermanfaat kepada pesakit untuk menurunkan bacaan gula dalam darah. Ia bagi memastikan kadar gula dalam paras normal dan terkawal.

Bahan- bahannya:

  • Sebiji peria katak
  • Sebiji epal hijau
  • 4 cawan air kosong

Cara penyediaannya: Potong halus peria dan buah epal dipotong lalu dibuang bijinya. Kisarkan kedua-dua bahan bersama air kosong sehingga hancur. Sebelum minum jus ini, tapis dahulu bagi membuang hampas buah-buah tersebut. Diingatkan jangan mencampurkan gula kerana hilang khasiat peria tersebut dan kadar gula tidak dapat dikawal dengan baik.

Selain dari mencampurkan dengan epal hijau, ada juga variasi resepi dimana mencampurkan peria katak bersama daun saderi, timun dan cili benggala hijau. Anda disarankan untuk mengamalkan jus ini setiap hari dan secara konsisten bagi mengawal kadar gula dalam darah dan merawat diabetes secara semula jadi.

3. Kulit kayu manis

Foto: Maskulin

Kayu manis mampu mengawal paras glukos dalam darah dan ejen terbaik dalam melawan serangan penyakit diabetes ke atas tubuh badan kita.  Banyak kajian telah menyarankan penggunaan kayu manis dalam meningkatkan paras glukos dalam darah dan juga meningkatkan keupayaan insulin darah.

Selain dari menjadi ejen terbaik untuk antioksidan badan, kayu Manis juga berupaya mencegah gejala diabetis. Ia membantu dalam menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan tahap kepekaan badan kepada insulin dalam darah menjadi lebih baik dan supaya ia mampu menyeimbangkan kadar gula yang diperlukan badan.

Dengan mengamalkan kayu Manis dalam pemakanan, ia akan membantu mengurangkan jumlah glukos dalam darah dan ia sangat berkesan bagi penghidap diabetes. Dengan itu, mereka dapat mengawal paras gula dalam darah sekaligus melawan penyakit tersebut.

Bahan-bahannya:

  • 3 batang kulit kayu manis
  • Sebiji lemon
  • Sadu sudu madu
  • 1 liter air

Caranya, hiris lemon. Masukkan lemon dan kulit kayu manis ke dalam periuk. Masukkan air. Rebus hingga mendidih. Minum satu cawan pagi dan malam.

4. Halia

Foto: xtra.com

Petua merawat kencing manis seterusnya adalah dengan menggunakan halia. Ia berupaya membantu pesakit diabetes dalam mengawal kadar glisemik, penghasilan insulin dan mengelakkan masalah katarak pada mata. Sejak berzaman, halia telah dipraktikkan dalam perubatan dan menjadi bahan utama masakan dalam kalangan masyarakat Asia.

Pengkaji dari University of Sydney, Australia telah menemui bahawa ekstrak dari Halia Buderim (minyak Halia Australia) yang diperkaya dengan gingerol menjadi bahan utama yang mampu meningkatkan kadar glukos dalam sel otot tanpa penggunaan insulin sekaligus mengawal paras gula menjadi normal.

Halia juga membantu dalam meningkatkan kepekaan insulin dan melindungi individu daripada penyakit diabetes. Satu kajian berkaitan dengan penyakit kencing manis tahap 2 membuktikan bahawa 2g serbuk halia diperlukan setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam salur darah sebanyak 12%.

Ia juga dapat meningkatkan kadar gula dalam tempoh jangka masa panjanga seperti HbA1c (hemoglobin glikasi) sekaligus menyebabkan penurunan sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu. Ada juga kajian mendapati, halia amat berguna dalam menjadi sumber anti-diabetes dan boleh diamalkan setiap hari bagi mengelakkan penyakit ini berlaku.

5. Ginseng

Foto: bitkiler.com

Terdapat beberapa kajian terdahulu telah membuktikan bahawa ginseng Amerika berupaya membantu dalam penurunan kadar glukos darah ketika berpuasa. Ginseng dikatakan berupaya meningkatkan daya imunisasi dan mampu menurunkan kadar glukos bagi penghidap diabetes.

6. Daun kari

Foto: Womantalk.com

Daun kari membantu menstabilkan tahap glukosa darah dan memberi kesan kepada metabolisme karbohidrat. Kajian yang diterbitkan dalam Penyelidikan Pembangunan Jurnal Antarabangsa tentang kesan kari daun pada jenis diabetes 2 menunjukkan daun kari mengandungi fitokimia. Bahan ini membantu mengawal tahap gula darah pesakit Diabetes jenis 2 dengan mengurangkan paras gula darah pesakit kencing manis. Sifat antioksidan yang menakjubkan dari daun kari dapat meningkatkan pengeluaran sel pankreas, sehingga meningkatkan fungsi insulin.