Memiliki peralatan senaman dan gimnasium di rumah adalah sesuatu yang indah dan memmudahkan bagi mereka yang sentiasa kekal aktif dalam bersenam. Ia boleh membantu anda mengekalkan momentum agar sentiasa konsisten bersenam setiap hari. Tidak semua orang mampu menguruskan masa dengan baik untuk mengunjungi pusat gimnasium setiap hari. Ini kerana tanggungjawab kerja dan keluarga mengekang masa anda untuk menghabiskan masa yang lama bersenam di pusat gimnasium berbayar mahupun percuma. Semangat untuk menjaga kesihatan dan berat badan dengan bersenam berkemungkinan tinggi akan pudar apabila anda terpaksa berkejar untuk membahagikan masa antara kerja, keluarga dan bersenam. Lama kelamaan kerja entah ke mana dan aktiviti bersenam juga semakin hari semakin merosot. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah berat badan yang semakin meningkat dan gemuk.

Itulah pentingnya mengapa anda harus memiliki sekurang-kurangnya satu peralatan senaman gimnasium di rumah anda. Bagi mereka yang berkemampuan sudah tentu anda mampu memiliki kesemuanya secara serentak. Namun bagi mereka yang tidak mampu, anda boleh sahaja membeli satu atau dua peralatan asas untuk diletakkan di rumah. Lebih menarik lagi anda juga boleh menjimatkan wang daripada terus membayar kepada jurulatih dan pusat gimnasium setiap bulan terutama bagi anda yang sudah mahir bersenam.

Enam kelengkapan yang dicadangkan ini adalah peralatan bersenam pilihan yang harus anda miliki di rumah. Dengan menyediakan salah satu peralatan senaman ini di rumah, anda tidak perlu risau jika tidak mempunyai masa mengunjungi pusat gimnasium kerana anda sudah bersedia dengan satu jenis senaman khusus yang sudah tersedia di rumah.


1.Treadmill (Lexcon Motorized Folding Treadmill Running Machine)

Tidak lengkap bersenam jika anda tidak melakukan aktiviti larian. Larian adalah cara terbaik untuk membakar kalori dan lemak dengan cepat. Dengan bantuan peralatan treadmill di rumah, anda boleh memulakan aktiviti larian anda pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu keluar untuk berlari mengelilingi kawasan taman atau tasik. Mereka yang membiasakan diri dengan larian di luar rumah dan larian di atas treadmill pasti mengetahui perbezaan yang dirasai hasil daripada kedua-dua jenis larian. Kebiasaannya agak sukar untuk anda mengekalkan 20 minit masa larian pada kelajuan yang sama sepanjang larian kerana dipengaruhi oleh faktor kepenatan.

Penggunaan treadmill pula menggalakkan anda untuk lari pada kelajuan yang malar mengikut kelajuan dan masa larian yang anda tetapkan. Ia menjadikan anda lebih berdisiplin untuk menghabiskan larian. Peralatan treadmill yang lebih canggih dan moden juga akan memaparkan jumlah pembakaran kalori yang berjaya dicapai. Inilah salah satu cara anda menggalakkan diri untuk meneruskan aktiviti bersenam dengan berlari.

Baca komen pengguna mengenai treadmill ini


2. Bike ( SellinCost Upgraded HM615 Iron Spinning Bicycle Slim Cycling Exercise Bike)


Salah satu peralatan penting untuk senaman kardio. Ianya baik bagi mereka yang dalam usaha menurunkan berat badan dan ingin membakar lemak dalam badan dengan cepat. Anda sekurang-kurangnya dapat membakar 250 kalori dengan meluangkan masa selama 30 minit kayuhan di rumah. Peralatan senaman ini lebih releks untuk anda berbanding dengan yang lainnya. Anda tidak akan mengalami stres yang keterlaluan sehingga memberi tekanan pada jantung.

Tidak seperti treadmill, basikal ini lebih ringan bagi mereka yang ingin bersenam secara tenang tanpa rasa tertekan. Anda boleh sesuaikan kadar kayuhan dengan tahap kecergasan diri sendiri. Peralatan senaman ini sesuai bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Ia mengurangkan tekanan anda untuk memulakan senaman menurunkan berat badan melalui kaedah yang tidak membebankan tubuh anda terutama melibatkan tulang belakang, pinggul, lutut dan tumit.

Baca komen pengguna mengenai peralatan bersenam ini


3. Dumbbells (Kettler Vinyl Dumbbell)


Dumbbells adalah sejenis peralatan angkat berat yang biasa terdapat di pusat gimnasium. Ia terdiri daripada pelbagai jenis berat. Setiap berat memainkan peranan berbeza kepada bahagian tertentu badan sama ada untuk tujuan meningkatkan kekuatan otot dan membakar lemak di bahagian khusus tersebut. Fungsi paling utama dumbbells adalah untuk membentuk otot di bahagian atas badan kita secara metabolik dan mekanik.

Kesan mekanik penggunaan dumbbells akan membantu peningkatan saiz otot serta merangsang pemulihan otot di bahagian tersebut. Secara metabolik pula, penggunaan dumbbells akan menghasilkan penyesuaian otot terhadap penyimpanan lebih banyak glikogen yang seterusnya membantu perkembangan saiz otot di bahagian khusus tersebut.

Baca komen pengguna mengenai peralatan ini


4. Pull Up Bars (SellinCost Iron Gym Door Gym Chin Up Bar Upper Body Workout Bar)


Tiang pull up bars ini boleh diletakkan di mana-mana sahaja sudut rumah anda sama ada ruang tamu, ruang membaca dan bilik tidur. Juga sesuai ditempatkan di bahagian halaman rumah sebagai salah satu aktiviti senaman pada waktu petang dan pagi. Ia merupakan sejenis peralatan senaman yang dapat meningkatkan kekuatan otot di bahagian atas badan anda terutamanya melibatkan bahagian otot lengan, belakang badan dan otot bahu.

Mereka yang belum pernah membiasakan diri dengan senaman ini agak sukar membiasakan diri pada permulaannya. Senaman ini memerlukan kekuatan otot lengan dan bahu yang kuat kerana anda perlu mengangkat ke atas keseluruhan bahagian badan anda tanpa apa-apa bantuan selain menggunakan pergantungan tapak tangan dan lengan anda. Mereka yang telah mahir dengan senaman ini boleh melakukan lebih daripada satu kaedah mengikut keselesaan masing-masing.

Baca komen pengguna mengenai peralatan senaman ini


5. Plank Cruncher (Lexcon AB Vertical Power Plank Ab Cruncher Six Pack Trainer)


Peralatan ini membantu anda untuk mendapatkan pembentukan six pack secara berperingkat. Senaman plank adalah pergerakan senaman yang agak ringan namun ia memberi kesan yang hebat untuk pembentukan abdomen yang cantik, meningkatkan keanjalan dan embentukan bahagian punggung dan pinggul serta menguatkan otot lengan anda. Sisi pemegang di bahagian kiri dan kanan digunakan sebagai penyokong semasa anda meletakkan kedua-dua belah betis di bahagian tempat letak khas dan seterusnya membolehkan anda mengangkat bahagian bawah badan anda ke atas. Pergerakan ini akan memberi tekanan khususnya tertumpu di bahagian abdomen. Semakin kerap dan lama senaman ini dilakukan, anda akan mendapati hasil pembentukan six pack yang lebih sempurna di bahagian abdomen anda.

Baca komen pengguna mengenai peralatan senaman ini


6. AB Wheel (Realeos Advanced Stable Double Wheel AB Roller)

Peralatan ini sangat membantu bagi mereka yang ingin menyelesaikan masalah perut buncit. Ia sejenis latihan sokongan yang akan memberikan tekanan khususnya di bahagian abdomen. Anda perlu mengawal nafas dengan baik semasa menggerakkan roda menggunakan tangan anda untuk menolak keseluruhan bahagian badan anda ke depan dan ke atas.

Senaman ini antara latihan membentuk otot abdomen, lengan dan bahu yang releks untuk anda. Hanya mengambil masa beberapa minit sehari sudah memadai. Anda akan merasai sendiri perubahan yang berlaku selepas beberapa sesi senaman dilakukan.

Baca komen pengguna mengenai peralatan senaman ini