6 Peralatan Keselamatan Perlu Ada Di Rumah Untuk Kanak-Kanak

Product Details

Rumah seharusnya menjadi tempat yang paling selamat bagi bayi dan kanak-kanak. Namun adakalanya amat sukar bagi ibu bapa mengawal anak mereka 24 jam sehari bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan berlaku kepada anak-anak mereka semasa di dalam rumah. Bak kata pepatah ‘Malang tidak berbau’. Kemalangan dan kecederaan di kalangan kanak-kanak boleh berlaku di mana sahaja tanpa mengira tempat. Ini termasuklah ketika berada di dalam rumah.

Jenis-Jenis Kemalangan Kanak-Kanak Di Rumah

Kecelakaan yang berlaku kepada kanak-kanak semasa di rumah berlaku pada pelbagai tahap. Paling membimbangkan ialah apabila tahap kemalangan melibatkan kehilangan nyawa. Antara kes-kes kecelakaan yang sering berlaku kepada kanak-kanak di rumah ialah :

  • Terbakar dan melecur anggota badan akibat kebakaran major atau minor
  • Keracunan makanan berpunca dari makanan dan minuman
  • Sesak nafas dan tercekik
  • Lemas terutamanya melibatkan lemas dalam air
  • Renjatan elektrik
  • Kecederaan melibatkan barangan rumah seperti terhantuk kepada pada perabot
  • Kecederaan akibat gelas yang pecah

Kemalangan di kalangan kanak-kanak yang berlaku di dalam rumah begitu membimbangkan ibu bapa sehingga membawa kepada kejadian meragut nyawa. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada kemalangan di kalangan kanak-kanak semasa berada di dalam rumah. Faktor kecuaian juga tidak terkecuali sebagai salah satu penyebabnya. Cuba anda perhatikan keadaan persekitaran dalam rumah anda dari segi susun atur barang-barang, senibina perabot dan semua barangan di dalam rumah anda. Adakah terdapat perkara-perkara yang mengancam keselamatan anak-anak kecil di rumah?

Dari satu sudut mungkin agak sukar untuk anda menganalisa setiap perkara tersebut. Namun anda boleh mengambil langkah pencegahan awal terutama perkara-perkara yang menjadi penyumbang utama kemalangan di rumah. Antaranya dengan membeli peralatan keselamatan yang dapat mengurangkan risiko kemalangan kanak-kanak semasa di rumah.

6 Peralatan Keselamatan Perlu Ada Di Rumah Untuk Kanak-Kanak

Bagi anda yang memiliki anak-anak kecil di rumah, lima barangan ini seharusnya ada di rumah anda bagi mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini. Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati. Maka cegahlah kemalangan kanak-kanak di rumah dengan enam peralatan utama ini.


1. Safety 1st Pressure Gate Easy Close Metal Plus


Pagar keselamatan khas yang dicipta untuk kegunaan dalam rumah. Rekabentuknya memenuhi ciri keselamatan di mana terdapat sistem kunci berganda di bahagian atas dan bawah. Ia juga mudah dibuka secara dua arah iaitu depan dan belakang. Tidak seperti pintu pagar biasa yang boleh dibuka satu arah sahaja sama ada secara tarikan atau tolakan. Bukaan pintu boleh ditolak secara penuh.

Ia boleh dipasang pada kedudukan yang strategik untuk menjamin keselamatan  si kecil contohnya di kawasan tangga, pintu dapur, pintu bilik air dan sebagainya. Pemasangannya juga tidak memerlukan proses yang sulit menggunakan alat gerudi dinding. Rangka pemasangannya menggunakan sistem tekanan bentuk U yang akan merapatkan kedudukan rangka pagar pada dinding. Rekabentuk pagar yang ergonomik mudah kendali sebelah tangan ini begitu ringan untuk rumah anda.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


2. Safety 1st 4 Corner Cushions


Jangan sangka meja makan sebagai tempat yang selamat sepenuhnya untuk kanak-kanak. Cuba anda semak di bahagian keempat-empat bahagian bucu meja anda. Bahagian bucu meja amat berisiko tinggi penyebab kecederaan kepada kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan kecederaan kepala dan mata jika terlannggar pada momentum yang kuat. Ia boleh menyebabkan pendarahan pada bahagian kepala dan kecederaan pada mata.

Oleh itu setiap bucu meja yang tajam itu memerlukan alat perlindungan seumpama Safety 1st 4 Corner Cushions. Ia boleh mengurangkan risiko kecederaan sebagai pelapik khas. Mungkin alat ini nampak ringan dan tidak penting. Namun sebenarnya ia mampu mengurangkan risiko kemalangan yang tidak diingini berlakuk di dalam rumah.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


3. Safety 1st Cabinet Lock White


Almari pakaian dan kabinet dapur juga berisiko kepada kanak-kanak apabila mereka masuk ke dalamnya tanpa disedari oleh orang dewasa. Risiko terperangkap di dalam almari boleh menyebabkan kanak-kanak lemas akibat kesukaran bernafas semasa terperangkap. Oleh itu anda perlu pastikan pintu almari sentiasa dalam keadaan berkunci. Safety 1st Cabinet Lock White dicipta bagi kabinet yang tidak mempunyai kunci. Anda boleh merapatkan dua tombol kabinet dua pintu bagi mengelakkan ia dibuka oleh kanak-kanak.

Alat ini menggunakan sistem tombol tekan dan kunci untuk merapatkan antara dua tombol dan membukanya. Ia disesuaikan untuk kegunaan orang dewasa dan tidak untuk kanak-kanak dan bayi.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


4. Babyhood Cot Canopy Net


Alat ini seumpama kelambu tidur yang melindungi bayi kecil anda dari gigitan nyamuk di waktu senja dan pada waktu malam. Pelbagai nyamuk pembawa penyakit seperti nyamuk aedes dan denggi begitu mengancam nyawa kanak-kanak. Kanopi berbentuk kelambu ini mempunyai jaringan kecil untuk melindungi dari kemasukan nyamuk ke dalam ruang tidur bayi anda. Kelambu ini boleh dipasang di basinet dan baby cot. Kelambu ini walaupun mempunyai sistem jaringan yang sangat halus untuk perlindungan daripada nyamuk, ia mempunyai sistem pengudaraan yang baik untuk mengelakkan rasa panas semasa bayi berada di dalamnya.

Ia dilengkapi dengan sistem zip membolehkan anda membukanya apabila perlu melihat keadaan bayi anda semasa tidur. Jadi anda tidak perlu bersusah payah membuka keseluruhan kelambu.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


5. vtech Safe & Sound Full Color Video and Audio Monitor


Pantau keselamatan bayi anda semasa mereka tidur sementara anda sibuk memasak di dapur dengan bantuan monitor kecil ini. Ia mempunyai skrin kecil paparan video dan sistem audio yang membolehkan anda memantau keadaan bayi anda yang sedang tidur di bilik disamping anda menyiapkan makanan di dapur untuk keluarga. Paparan video adalah dalam bentuk MJPEG menggunakan sistem kamera VGA. Audio yang dihasilkan juga jelas yang boleh menangkap suara jika bayi anda menangis dan ketawa ketika bermain.

Ia turut dilengkapi dengan sistem infra merah untuk kegunaan di dalam gelap. Juga mempunyai sistem zoom digital untuk paparan jelas pada jarak dekat. Menggunakan sistem janaan kuasa elektrik untuk jaminan penggunaan lebih lama berbanding dengan sistem bateri yang dicaj yang boleh digunakan sehingga dua setengah jam sahaja.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


6. Penggera Api

Api yang besar bermula daripada api yang kecil. Rasa keinginan yang tinggi dalam diri anak-anak menjadi penyebab mereka berani bermain dengan api kecil berpunca dari mancis, alat pencucuh api, api rokok, lilin dan dapur gas. Peralatan ini jika tidak disimpan di tempat yang selamat akan menjadi barang mainan yang tidak selamat kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan kebakaran rumah.

Untuk itu tidak salah sekiranya anda tingkatkan tahap keselamatan rumah anda dengan peralatan penggera pengesap asap. Peralatan ini boleh dibeli dan dipasang dengan mudah di sudut tertentu rumah yang berupaya mengesan asap di dalam rumah yang disebabkan api liar yang menyala. Sebaiknya anda letakkan di bahagian utama rumah seperti ruang tamu, dapur dan bilik tidur.

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...