Bagi sesetengah orang minuman herba bukanlah minuman yang enak untuk dinikmati. Tiada siapa yang sanggup menghabiskan secawan minuman herba yang pahit walaupun ketika dalam keadaan sakit sekalipun. Jalan terbaik bagi melegakan rasa sakit bagi kebanyakan daripada kita ialah mengambil ubat-ubatan daripada klinik dan hospital. Sebagai contoh ketika sakit kepala. Kita lebih gemar mengambil ubat penahan sakit seperti panadol. Perkara yang sama juga kita lakukan apabila menghidapi sakit-sakit ringan seperti demam, batuk dan selesema. Kebanyakan daripada kita akan segera berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat dan sijil cuti sakit selama beberapa hari untuk merehatkan diri di rumah.

Sebenarnya anda boleh mendapatkan sumber rawatan pelbagai jenis penyakit dan sakit-sakit ringan menerusi rawatan herba. Herba biasanya merujuk kepada tumbuhan meliputi bahagian hijau tumbuhan, akar, bunga, kulit pokok dan bahagian lain tumbuhan herba yang sering digunakan dalam perrubatan tradisional pada zaman dahulu oleh pelbagai bangsa di dunia menerusi kaedah rawatan masing-masing.

Herba Yang Sering Digunakan Dalam Perubatan

Anda tidak perlu memikirkan herba pelik yang hanya terdapat di dalam hutan dan sukar di dapati untuk memulakan rawatan penyakit melalui penggunaan herba. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba umum yang boleh digunakan untuk rawatan penyakit-penyakit ringan seperti sakit kepala, demam, batuk, selesema, muntah-muntah, sakit badan, sendi otot, sakit urat, merawat luka kecil dan sebagainya.

Kadang-kadang bahan-bahan herba ini sudah terdapat di dapur rumah kita tanpa kita sedari manfaatnya kepada kesihatan kita. Antara tumbuhan herba yang paling mudah untuk memulih dan memperbaiki kesihatan anda ialah bawang putih, halia, teh hijau, teh chamomile, kunyit, madu, lemon dan sebagainya.

  • Kunyit : Berkesan untuk menghilangkan sakit kepala, kesakitan PMS ketika haid dan sakit otot.
  • Teh peppermint : Berkesan menghilangkan rasa mual dan ketidakselesaan perut disebabkan angin berlebihan dalam usus dan keracunan makanan
  • Jus lemon : Baik untuk merawat luka serta mengelakkan jangkitan luka luaran dan dalaman.
  • Halia : Menghilangkan rasa loya dan muntah-muntah
  • Cuka epal : Melegakan masalah sembelit dan memperbaiki kesihatan usus besar dan usus kecil.
  • Ginseng : Merawat penyakit berkaitan sendiri seperti arthritis.
  • Cengkih : Merawat pelbagai sakit ringan termasuk selesema, sakit kepala dan sakit gigi.

Pada masa kini pelbagai jenis minuman herba boleh dibeli dengan mudah di pasaran. Bagi memudahkan para pengguna menikmati minuman herba yang lebih enak dan tidak pahit, ia digabungkan dengan minuman kegemaran lain yang enak seperti teh. Syarikat-syarikat yang menghasilkan produk minuman herba ini juga memastikan minuman herba ini dapat bertahan lebih lama untuk simpanan jangka masa panjang. Jadi anda boleh minum pada bila-bila masa apabila diperlukan.

Bagi anda yang ingin beralih daripada rawatan ubat-ubatan untuk sakit-sakit ringan kepada alternatif rawatan herba, berikut ialah enam minuman herba untuk memulih dan memperbaiki kesihatan anda secara lebih selamat.


1. NANO Detox & Cleanse


Produk minuman herba dari Jepun ini merupakan sejenis minuman detoks yang akan membersihkan sistem dalaman badan anda dari kekotoran toksik terutama di bahagian usus. Ia merupakan minuman dengan formula enzim daripada tumbuhan bagi menangani masalah toksin yang menyebabkan pelbagai masalah kepada kesihatan termasuk penyumbatan salur darah yang menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti masalah kelesuan dan kesihatan jantung. Ia juga baik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara pengeluaran toksin dalam badan.

Minuman detoks ini akan memecahkan lemak dan toksin dalam badan yang akhirnya dibuang menerusi sistem perkumuhan kita. Ia juga memperbaiki sistem peredaran darah yang dapat mengembalikan kesihatan organ penting terutamanya hati, buah pinggang dan pankreas.

Minuman ini baik diambil dalam tempoh dua jam sebelum makan tengah hari atau makan malam. Anda hanya perlu mencampurkan 1 atau 2 sudu serbuk minuman ini dalam secawan air biasa atau air sejuk. Rasanya cukup enak dan berkhasiat.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


2. Nutriva Tiger Boost


Minuman herba bagi mereka yang mengalami masalah pernafasan dan masalah paru-paru. Ia menggabungkan campuran herba sejenis cendawan dipanggil Tiger Milk dan cordyceps sinensis yang baik untuk rawatan masalah yang melibatkan pernafasan dan paru-paru. Minuman herba ini membantu mengurangkan atau memulihkan mereka yang menghadapi masalah seperti asma, batuk, perokok, kelemahan sistem imunisasi yang sering menyebabkan anda jatuh sakit, lemah dan lesu badan serta mereka yang mengalami tekanan atau stres.

Cendawa Tiger Milk ini telah diakui keberkesannanya dalam rawatan penyakit berkaitan pernafasan sejak berabad lamanya. Herba ini mengandungi sejenis bahan bioaktif yang memberikan kesan terhadap sistem terapeutik manusia. Cordyceps sinensis pula ialah sejenis cendawan fungus sejak lebih 2000 tahun terutama dalam perubatan tradisional masyarakat Cina.

Baca komen pengguna mengenai kebaikan produk ini


3. D’Herbs Jus Perawan


Minuman herba untuk wanita. Ia merupakan minuman yang menggunakan herba popular iaitu kacip fatimah, makjakani, pueraria mirifica, acai beri, kurma, madu, roselle, delima dan kolagen. Semua bahan ini mengandungi khasiatnya tersendiri. Kacip fatimah sebagai contohnya membantu memperbaiki sistem pembiakan wanita untuk mengetatkan, melincirkan dan meningkatkan fungsi seksual. Pueraria mirifica berkesan untuk membantut pertumbuhan sel kanser payudara. Acai beri mebgandungi bahan antioksidan yang tinggi untuk pembersihan sistem dalaman badan. Kolagen pula menggalakkan kekenyalan dan keanjalan kulit wanita supaya kelihatan lebih cerah, bersinar dan berseri-seri dari dalam.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


4. Pukka Night Time 20 Tea Sachets

Damaikan jiwa dengan secawan minuman herba. Minuman ini adalah campuran bahan seperti lavender, sitrus dan bunga oat. Ia didatangkan dalam bentuk beg seumpama teh yang mudah di mana anda hanya perlu mencampurkannya dengan air panas atau suam dalam secawan minuman. Ia tidak mengandungi kafein. Oleh itu minuman herba ini amat disarankan diambil setiap kali sebelum anda tidur. Ia memberikan rasa ketenangan dan selesa saat anda ingin melelapkan mata dan seterusnya menikmati tidur yang lena. Minuman herba ini baik bagi mereka yang menghadapi masalah tidur yang tidak lena.

Baca komen pengguna mengenai minuman herba ini


5. Eu Yan Sang Jun Ging Powder


Minuman herba ini adalah produk keluaran syarikat minuman herba popular Eu Yan Sang. Ia mengandungi pelbagai campuran herba seperti Rhizoma Gastrodiae, Rhizoma Atractylodis Macrocephalae, Concretio Silicea Bambusae, Radix Paeoniae Alba, Rhizoma Dioscorea dan pelbagai lagi campuran herba. Ia baik untuk kanak-kanak termasuk mereka yang berusia antara 1 sehingga 3 tahun yang mengalami masalah penyakit umum seperti demam, batuk, selesema, muntah, cirit-birit dan menangis pada waktu malam. Campurkan serbuk herba ini ke dalam air suam dan diminum seperti biasa bagi kanak-kanak.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


6. Hovid Ho Yan Hor

Minuman herba ini baik diminum ketika anda mengalami rasa tidak sihat seperti demam dan selesema. Ia diminum dua kali sehari dengan air panas atau air suam untuk rasa selesa ketika badan terasa tidak sihat. Ia merupakan sejenis minuman teh hitam dengan campuran 23 lagi jenis herba yang baik untuk membaik pulih kesihatan anda. Minuman herba ini juga baik kerana mengandungi agen anti-radang, anti-bakteria dan anti-oksidan yang baik untuk sistem dalaman badan kita.

Baca komen pengguna mengenai produk ini