HomeMalay6 Air Freshener paling ‘COOL’ wajib ada dirumah anda, rasa segar macam di taman bunga

6 Air Freshener paling ‘COOL’ wajib ada dirumah anda, rasa segar macam di taman bunga

Terfikirkah anda mengenai kualiti udara yang kita hirup di dalam bangunan setiap hari?

Boleh dikatakan hampir 70 peratus daripada kehidupan dihabiskan dalam bangunan setiap hari bermula dari pejabat hingga ke rumah. Adakah kita yakin udara yang kita sedut di rumah atau dalam bangunan itu selamat kerana kita memang tidak nampak pencemarannya? Perlu ditekankan di sini, udara yang berbau harum belum tentu segar dan bersih.

Udara di kawasan dalam rumah, ruang pejabat, sekolah, hospital dan tempat-tempat awam lain sebenarnya lebih mudah tercemar berikutan aktiviti yang kita lakukan setiap hari kerana ia tertutup. Hal itu katanya turut didorong oleh reka bentuk kediaman hari ini yang mana kebanyakannya tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Ditambah lagi dengan faktor kelembapan tropika menjadikan bakteria dan mikroorganisma yang tidak kelihatan dengan mata kasar mudah membiak.

Udara dalam bangunan yang tidak baik memudaratkan kesihatan semua terutama kanak-kanak, wanita mengandung, warga emas dan mereka yang mempunyai daya tahan penyakit yang rendah.

Disebabkan tidak nampak kata beliau, kita biasanya tidak mengambil berat dengan kualiti udara dalaman. Pencemaran katanya boleh berlaku disebabkan asap rokok dan juga gas memasak.

Itu belum lagi dikira dengan bahan kimia yang kita gunakan untuk membersihkan dan menyegarkan rumah setiap hari. Sebagai contoh katanya, bila kita memasuki sesebuah kediaman, kita dapat menghidu haruman pewangi yang digunakan dan kemudian ia tidak berbau lagi.

Bahan tersebut sebenarnya telah masuk ke pernafasan dan ia boleh memberi kesan sampingan yang boleh memudaratkan sekiranya kandungan kimianya melebihi dari had yang dibenarkan. Begitu juga bangunan yang baru dicat atau lantai yang dicuci dengan pencuci konvensional, bau kimia boleh memudaratkan kesihatan bila mana ia berlaku berulang kali.

Foto: Real Homes

Kesan kesihatan

Akibat menghidu udara yang tidak sihat dalam bangunan secara berterusan, menurut Dr. Shukri seseorang boleh mengalami masalah di bahagian kulit seperti kegatalan, alahan dan sebagainya. Selain itu, ia juga menyebabkan kegatalan di bahagian mata, sinusitis (resdung), rangsangan asma, pening kepala dan tubuh menjadi lemah.

Bayangkan ketika kita tidur (enam hingga lapan jam), hanya dua organ yang sedang berkerja iaitu paru-paru dan jantung. Apa akan berlaku seandainya kita menghirup udara yang tidak bersih?” soalnya.

Lantaran semalaman menghidu udara tercemar dalam rumah, individu tersebut akan mengalami bersin sehingga mendapat sinusitis dan batuk-batuk. Keadaan bertambah teruk sekiranya seseorang menghisap rokok di dalam bilik tidur atau pun terus ke bilik tidur selepas merokok. Kesan kimia dan bau boleh menjadikan pasangan atau anak-anak kecil terdedah sebagai perokok pasif yang juga berisiko mendapat penyakit paru-paru. Keadaan yang sama boleh berlaku di tempat kerja atau di dalam bangunan komersil seperti hotel.

Menurut Dr. A Shukri, udara yang tidak sihat juga boleh mengundang masalah asma kerana partikel halus yang terkandung dalam boleh sampai hingga ke cabang paru-paru yang kecil.

Jika dibiarkan berlarutan, masalah tersebut menyebabkan bronkitis dan masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan paru-paru.

Jangkitan kuman penyebar melalui udara juga boleh merebak dengan cepat seperti tibi, selesema, Sars, Anthrax dan lain-lain jika pengudaraan serta kotoran biologi tidak dimusnahkan dengan sempurna.

Apabila salah seorang dari pekerja mendapat tanda-tanda jangkitan virus atau bakteria, tempoh jangkitan kepada orang lain sebenarnya telah berlaku beberapa hari sebelum dari itu. Sekiranya sistem penghawa dingin kotor dan tidak berfungsi dengan baik bagi menapis udara, maka jangkitan bakteria atau virus itu mudah merebak kepada orang lain.

Masalah kelembapan pada bilik air, dinding rumah, lantai dan siling, menjadi tempat sebaran spora pembawa penyakit seperti Aspergillus dan Penicilium. Allergen atau bahan alergi binatang hadir di dalam udara rumah yang mempunyai binatang peliharaan.

Tambah beliau lagi, ruang udara pejabat yang tidak bersih juga didapati menjadi punca sick building syndrom (SBS) yang mana ia menurunkan produktiviti pekerja menjadikan mereka mudah mengantuk, lemah dan tidak cergas.

 

Foto: letsgowander.net

Penggunaan Air Freshner sebagai terapi

Penyegar udara atau lebih dikenali sebagai “air freshener” adalah cairan yang didatangi dalam pelbagai jenis aroma dan bentuk. Ianya sangat ideal digunakan sebagai penyegar ruangan tertutup dan peribadi yang memerlukan haruman segar untuk menyah bauan yang kurang enak seperti bau masam akibat kelembapan keadaan sekeliling. Diformulasikan untuk penggunaan komersial seperti ruang yang luas bagi memberikan haruman lebih mewangi hingga merangkumi ke seluruh ruang.

Kebiasaannya yang kita ketahui, Air Freshener seringkali dikaitkan dengan kegunaan wangian untuk kereta. Bukan hanya untuk keretas sahaja, Air Freshener juga boleh digunakan untuk semua tempat yang ada ingini. Contohnya, seperti ruangan pejabat, rumah, tandas dan ruang peribadi anda sendiri.  Ingin ketahui jenis-jenis Air Freshener yang ada di pasaran terkini? Ikuti list produk berikut untuk maklumat lebih lanjut. 

1. GLADE 3 in 1 Automatic Aerosol Air Freshener 269ml 

Foto: Cliks

Bau masam akibat keadaan lembap? Hilangkan bau yang akan menyebabkan anda kurang selesa dengan Air Freshener automatik dari Glade ini. Tidak mungkin kita ada masa untuk menyembur ruang peribadi setiap masa. Dilengkapi dengan sistem timer, Air Freshener ini akan mengeluarkan semburan haruman selang beberapa minit yang anda ingini.

Dengan campuran ekstrak bunga lavender dan vanila, Air Freshener ini mampu  bertahan menyegarkan ruangan selama 60 hari. Hanya sekali semburan, Air Freshener ini sesuai untuk bilik atau ruangan yang luas seperti pejabat dan rumah. 

Baca review pengguna Glade

2. AMBI PUR Air Freshener 300ml 

Foto: Cleaners

Ada pelbagai jenis dan bentuk Air Freshener di pasaran Malaysia dan salah satunya adalah jenis botol spray. Air Freshener jenis ini sesuai jika anda gunakan untuk ruangan yang lebih kecil seperti tandas.

Selalunya peredaran udara dalam tandas tidak begitu elok, semburkan sahaja, bau yang kurang enak akan terhapus untuk beberapa minit anda berada di dalam tandas. Ambi Pur Air Freshener ini mempunyai pelbagai rangkaian aroma yang anda inginkan. Pilihan pengguna yang terbaik adalah haruman bunga Lavender. Selamat mencuba! 

Baca review pengguna AMBI PUR

3. DEXANDRA Air Freshener 

Foto: Dexandra Lover

Jenama DEXANDRA lebih terkenal sebagai pengeluar rangkaian minyak wangi untuk lelaki dan wanita. Kini, jenama ini menghasilkan wangian kereta dengan 8 jenis aroma pilihan pengguna.

Setiap wangian yang terdapat dalam produk ini dapat memberikan kesegaran yang berpanjangan. Tidak kiralah jika anda meletakkan kereta di bawah terik matahari sekalipun, harumannya tidak akan menghilang dan kekal lama. Didatangi dengan kotak yang tertulis kata-kata pemberi semangat, produk ini sentiasa menjadi pilihan pengguna. 

 

4. W.DRESSROOM Perfume Diffuser (70ml)

Foto: HKTVmall

Air Freshener dari jenama terbaru di pasaran ini adalah aroma terapeutik yang terhasil dari gabungan pati minyak esen. Pewangi udara ini mampu untuk meningkatkan semangat serta memberikan kesan yang sangat tenang kepada pengguna.

Tidak mengandungi bahan yang membahayakan dalam minyak esen ini, ianya selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur. Malam adalah waktu untuk merehatkan minda. Gunakan sahaja Air Freshener ini, segala tekanan yang anda hadapi akan hilang dengan segera. 

5. AMBI PUR Room Fresh Gel 180g 

Foto: Shopee

Terdapat lambakan pewangi-pewangi dari jenama terkenal di pasaran dan yang jenama yang selalunya menjadi pilihan pengguna adalah dari rangkaian jenama Ambi Pur. Air Freshener Ambi Pur boleh digunakan untuk semua ruangan peribadi atau kegemaran anda termasuk pejabat, rumah, kereta, tandas dan lain-lain lagi.

Jika anda mahu wangian ini bertahan dengan lebih lama, semasa anda tiada di ruangan tersebut, hanya turunkan sahaja penutupnya dan ianya boleh bertahan sehingga 30 hari.   

Baca review pengguna AMBI PUR

6. 7 Colors Essential Mini Air Humidifier  

Foto: etime.ph

Air Freshener ini yang beroperasi dengan teknologi ultrasonik tanpa bunyi supaya tidak menganggu tidur malam atau semasa anda sedang bekerja dan wangiannya bertahan sehingga 8 jam. Bahan yang terkandung dalam diffuser ini tidak akan membahayakan kulit dan menghalang ruangan bekerja atau tidur anda menjadi kering dan berbau.

Jika air di dalam takungan kosong secara automatik diffuser ini dimatikan dengan sendirinya. Bentuknya yang kompak senang untuk dibawa kemana sahaja serta mudah untuk dibersihkan. Dilengkapi dengan lampu LED, anda juga boleh menggunakan diffuser ini sebagai lampu tidur. productnation

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan