HomeMalay5 Pilihan Ubat Gigi Terbaik Yang Buat Anak Anda Suka Menggosok Gigi

5 Pilihan Ubat Gigi Terbaik Yang Buat Anak Anda Suka Menggosok Gigi

Adakah anda melakukan rutin membersihkan gigi si comel dua kali sehari sebaik sahaja giginya muncul? Jika ya, anda melakukan perkara yang sangat bijak!

Memulakan rutin penjagaan gigi awal akan membiasakan bayi anda dengan rutin membersihkan gigi dan boleh mengelakkan masalah gigi pada masa akan datang. Amalan ini juga penting kerana penjagaan gigi yang betul akan menjadikan gigi anak sihat dan kuat!

Ubat gigi merupakan aspek paling penting yang dapat memupuk anak anda suka menggosok gigi. Kebiasaanya, kanak-kanak menggemari ubat gigi berperisa buah-buahan kerana ianya manis seperti gula-gula.

ADAKAH ANDA TAHU KEPENTINGAN UBAT GIGI

Jika kita lihat, memang banyak jenama ubat gigi khas untuk kanak-kanak dijual dipasaran. Tetapi, jenis yang mana terbaik untuk kanak-kanak. Sebab ada yang kata, jenis berflorida tidak bagus untuk gigi kanak-kanak. Ada juga yang kata tidak bagus guna ubat gigi. Jadi, kami rungkaikan semua persoalan ini.

 

Foto: Mother

UBAT GIGI: PERLU ATAU TIDAK?

Bagi bayi yang belum ada gigi, anda boleh bersihkan mulut dan gusi bayi menggunakan kain basah yang bersih ataupun menggunakan berus khas yang lebih lembut pada gusi bayi.

Bagi bayi yang baru tumbuh gigi, boleh gunakan kain basah bersih juga untuk bersihkan giginya. Boleh juga gunakan ‘finger toothbrush‘. Anda boleh perkenalkan ubat gigi bila ibu bapa yakin, dan anak tahu yang dipicit keluar itu ialah ubat gigi. Sebaik-baiknya, lagi awal lagi bagus untuk perkenalkan ubat gigi pada si anak bagi membuatkan si anak biasa pada ubat gigi.

Mulakan dengan ubat gigi berperisa buah-buahan dahulu untuk membiasakan mereka.

UBAT GIGI: ADA FLOURIDA ATAU TIDAK?

Flourida adalah penting untuk menguatkan gigi dan mencegah kerosakan. American Association of Dentistry (ADA) mencadangkan untuk menggunakan ubat gigi berflourida seawal yang mungkin untuk pendedahan lebih awal dan perlindungan menyeluruh.

Anda boleh mendapatkan ubat gigi kanak-kanak yang berflourida di pasaran. Ada ubat gigi kanak-kanak yang sudah ada flourida. Ibu bapa tidak perlu risau kerana kandungannya adalah jauh lebih rendah daripada orang dewasa.

Antara ubat gigi terbaik yang dicadangkan adalah:

1. Kodomo Lion

Kodomo Lion jenama ubat gigi kanak-kanak no 1 di Malaysia yang disokong oleh Lion Japan. Ia yakin bahawa didikan penjagaan gigi yang baik bermula dari kanak-kanak sejak kecil lagi bagi mendapatkan gigi sihat dan senyuman yang ceria.

Kodomo dalam bahasa Jepun bermaksud kanak-kanak. Jenama Kodomo Lion menawarkan penyelesaian penjagaan oral yang diperluaskan khas untuk kanak-kanak berusia diantara 6 bulan hingga 12 tahun. Ia merangkumi dua rangkaian berus gigi yang memenuhi keperluan peringkat perkembangan oral yang berbeza serta empat perisa ubat gigi untuk kanak-kanak.

Foto: Lion Corporation Pte ltd

Kodomo Lion menggunakan teknologi pergigian termaju Lion Japan untuk menghasilkan satu formulasi ubat gigi “5% Xylitol + Active Fluoride” yang canggih bagi membantu mengembalikan mineral dan membaiki masalah karies di peringkat awal, Ia berfungsi menguatkan gigi, mencegah kaviti serta membantu memastikan gigi kanak-kanak kekal kuat dan sihat. Formulasi kurang buih secara tidak langsung menggalakkan kanak-kanak untuk memberus gigi dengan lebih lama. Manakala formulasi bebas gula pula membantu mengurangkan pembentukan plak untuk gigi yang lebih sihat.

Baca komen pengguna Kodomo Lion

2. Buds Organic

Buds Oralcare Organics memberikan alternatif terbaik untuk penjagaan gigi yang sempurna dari peringkat awal.

Foto: imoglogy.com

Rangkaian Buds Oralcare Organics mempunyai 3 jenis ubat gigi yang disesuaikan dengan peringkat umur si kecil, iaitu :

  • Ubat gigi Gel Buds Baby– mengandungi Aloe Vera yang membersih dan melegakan gusibayi yang sedang tumbuh gigi, dan pada masa yang sama seiring dengan Xilitol semulajadi bagi melindungi gigi yang baru tumbuh. Ia juga selamat jika tertelan
  • Ubat gigi kanak-kanak Buds Oralcare Organics dengan Xilitol – disyorkan untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun, lembut tanpa fluorida yang dirumus khas dengan gabungan pembersih semulajadi, jus Aloe Vera organik dan silika untuk membersih gigi secara lembut dan berkesan. Ia juga selamat jika tertelan
  • Ubat gigi kanak-kanak Buds Oralcare Organics dengan Fluorida– Hanya jumlah Fluorida yang selamat bagi kanak-kanak sahaja dimasukkan ke dalam rumusan untuk menentang pembentukan kaviti gigi walau dalam dos yang kecil. Ia meingkatkan perlindungan terhadap kaviti dan mengekalkan kesihatan mulut yang baik seiring dengan jus Aloe Vera,Phytic Acid dan Xilitol. Ianya disyorkan untuk kegunaan kanak-kanak berumur 3-12 tahun.

Baca komen pengguna Buds Organic 

 

3. Pureen Kid

Ubat gigi Pureen Kid adalah antara yang terbaik kerana merupakan ubat gigi tanpa florida. Selain itu, ia juga selamat digunakan oleh kanak-kanak kerana tidak mengandungi sakarin yang membahayakan kesihatan.

Pureen Kid menjadi pilihan ibu bapa kerana ianya sangat dicadangkan oleh para doktor kanak-kanak seluruh dunia.

Foto: Info tegar fans

Antara perisa yang menjadi pilihan adalah oren dan strawberi. Rasa buah sebenar pastinya membuatkan kanak-kanak terpikat dan menyukai aktiviti menggosok gigi.

Baca komen pengguna Pureen Kids 

 

4. Pigeon Children

Ubat Gigi Pigeon Children  dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan yang berbeza seperti kalsium fosfat dan ia bebas fluorida. Ianya tidak berbahaya walaupun pada kanak-kanak berumur 1 tahun.

Ia membantu mencegah keretakan gigi dan menggalakkan gusi yang sihat. Mengandungi ejen berbuih terhad dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak walaupun tertelan. Ia mempunyai rasa mint semula jadi yang sangat ringan. Tanpa warna buatan atau aroma tambahan. 

Mempunyai pelbagai perisa buah-buahan yang pastinya disukai oleh kanak-kanak dan dijual apada harga sangat berpatutan.

Baca komen pengguna Pigeon Children

 

5. Fiffy Kids

Dirumus khas dengan dengan formulasi terkini untuk kesihatan gusi dan gigi kanak-kanak yang selamat dan berkesan. Ubat gigi ini dirumus khas dengan XYLITOL untuk gigi yang kuat dan gusi yang sihat bagi kanak-kanak. Ia tidak mengandungi fluorida serta selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Mengandungi dua jenis perisa kegemaran kanak-kanak iaitu Blackcurrant dan Strawberi.

Foto: Fiffy

Ubat gigi Fiffy kid menjadi pilihan nombor satu kanak-kanak kerana bau dan rasanya yang sedap. Mempunyai pelbagai perisa yang menarik.disamping itu ubat gigi ini membantu membersih dengan sempurna dan memberi kekuatan pada gigi. Selain itu ia juga melindungi gigi dari serangan kuman pada mulut.sangat selamat untuk anak-anak Kecil.

Didatangkan dengan harga berpatutan dan saiz yang mudah dibawa kemana sahaja.

Baca komen pengguna Fiffy Kids 

Jadi, ibu bapa harus bijak dalam memilih ubat gigi terbaik buat anak tersayang. Pilihlah mengikut apa yang anak anda suka asalkan mereka terus menyukai aktiviti menggosok gigi setiap hari.

Penjagaan gigi yang sempurna adalah amat penting dipupuk sejak dari kecil agar memastikan kesihatan mulut terus terjaga.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan