HomeMalay5 Pilihan Produk Cecair Pencuci Mulut Penghapus Bakteria

5 Pilihan Produk Cecair Pencuci Mulut Penghapus Bakteria

Sesetengah daripada kita berpendapat memberus gigi sahaja tidak menjamin kebersihan dalaman mulut merangkumi gigi, lidah dan keseluruhan rongga mulut. Mereka yang peka terhadap kebersihan mulut akan melengkapi proses akhir memberus gigi dengan berkumur dengan ubat cecair pencuci mulut. Kandungan bahan anti kuman, klorin dan zink di dalamnya berfungsi untuk meneutralkan bau busuk sebatian sulfur yang dihasilkan oleh bakteria yang menjadi punca bau mulut.

Jika anda salah seorang pengguna setia ubat cecair pencuci mulut, pasti setiap bulan anda akan memasukkan produk ini dalam senarai pembelian kelengkapan di rumah. Sebagai pengguna, anda tentunya inginkan produk cecair pencuci mulut terbaik dari segi manfaat dan keberkesanannya terhadap kebersihan dan kesihatan dalaman oral anda.

Terdapat beberapa panduan yang anda boleh ikuti dalam memilih produk cecair pembersih mulut supaya ianya berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Pasti ramai yang bersetuju bahawa produk cecair pencuci oral yang terdapat di pasaran agak mahal. Disebabkan itu, ramai yang berpuas hati dengan hanya memiliki dua produk utama pembersihan oral iaitu berus dan ubat gigi kerana ia lebih berbaloi, menjimatkan wang dan tahan untuk tempoh penggunaan lebih lama. Untuk memastikan produk cecair pembersihan oral yang dibeli berbaloi dengan wang yang dibelanjakan, anda harus peka terhadap beberapa perkara penting sebelum membel sesuatu produk.

Tips memilih produk cecair pencuci mulut

Berikut ialah beberapa panduan yang anda boleh ikuti untuk memastikan produk yang anda pilih memberikan pulangan yang lumayan serta berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Semua info berkenaan produk boleh dibaca pada label botol yang dijual.

1. Mencegah dan merawat gingivitis dan periodontitis

Cecair pembersih oral yang baik mengandungi ubat yang boleh mencegah dan marawat dua jenis penyakit oral iaitu gingivitis dan periodontitis. Ujian klinikal menunjukkan bahawa sejenis bahan aktif dalam preskripsi dipanggil chlorhexidine mempunyai ciri-ciri antibakteria yang lebih kuat untuk melawan bakteria yang menjadi punca terjadinya kedua-dua penyakit oral ini.

Gingitivitis terjadi apabila terbentuknya plak pada gigi akibat daripada kurangnya amalan kebersihan oral. Penyakit periodontium adalah penyakit inflamasi kronik yang melibatkan gusi dan tisu yang menyokong gigi. Inflamasi akibat daripada jangkitan bakteria dalam plak. Jika hanya melibatkan gusi ianya dipanggil gingivitis. Gusi menjadi bengkak dan merah, dan berdarah semasa memberus gigi atau dengan sendirinya.

2. Masalah bau mulut

Masalah bau mulut boleh terjadi daripada sisa makanan yang melekat pada gigi selepas makan. Makanan yang dimakan setiap hari mungkin mengandungi suatu makanan dengan bau yang kuat, seperti bawang atau bawang putih. Dalam kes lain, bau boleh datang dari kuman di dalam mulut yang terhasil daripada refluks asid yang menyebabkan nafas berbau.

3. Melegakan kekeringan mulut

Kekeringan mulut terjadi apabila air liur tidak dihasilkan secukupnya disebabkan dehidrasi oral yang berlaku. Keadaan ini berpunca dari pelbagai sebab. Antaranya daripada tabiat merokok dan kesan dari pengambilan ubat tertentu. Kekeringan mulut yang kronik boleh menimbulkan gejalan seperti kesukaran bercakap, mengunyah dan menelan makanan dan mengeluarkan bau nafas yang tidak enak.

4. Kegunaan seisi keluarga

Setiap ahli keluarga mempunyai selera yang berbeza-beza dalam bab penjagaan oral mengikut kecenderungan masing-masing. Bagi ibu bapa yang ingin mengajar anak kecil mereka membersihkan mulut dengan cecair pencuci oral, pemilihan produk yang mengandungi rasa cucian yang kuat hasil daripada campuran bahan alkohol mungkin tidak sesuai. Ada juga yang lebih selesa dengan produk cecair pembersihan oral yang neutral tanpa alkohol. Oleh itu, anda sendiri boleh menentukan produk yang terbaik berdasarkan kecenderungan masing-masing.

5 Pilihan Produk Cecair Pencuci Mulut Penghapus Bakteria

Terdapat beberapa jenama produk cecair pencuci mulut yang anda boleh pilih. Sesetengah jenama yang disenaraikan ini sememangnya popular dan menjadi pilihan ramai pengguna. Berikut ialah pilihan yang menarik untuk anda.


Colgate Plax Ice

Berkumur selama 30 saat dengan cecair pembersihan mulut Colgate Plax Ice, anda akan merasai perbezaan tahap kebersihan dalaman oral anda. Ia memberikan perlindungan kebersihan sehingga 12 jam dengan satu langkah mudah. Berkumur dengan cecair biru ini akan memberikan sepuluh kali ganda kebersihan oral berbanding dengan hanya memberus gigi sahaja. Jadi pastikan anda mengakhiri proses memberus gigi secara berkumur dengan cecair biru ini. Ia akan membunuh sehingga 99% tanpa menyebabkan rasa pembakaran dalam mulut kerana ia tidak mengandungi alkohol. Anda dapat berkumur dengan lebih selesa. Anak-anak anda yang masih kecil juga sesuai menggunakannya. Nafas terasa lebih segar dengan Colgate Plax Ice.

Baca komen pengguna mengenai Colgate Plax Ice


Listerine Mouthwash Cool Mint

Berkumur dengan cecair Listerine Mouthwash Cool Mint dua kali sehari selama 30 saat akan membuatkan anda selesa. Jangan pula anda menelannya kerana terasa selesa, kerana cecair ini sememangnya hanya sesuai untuk berkumur, bukan untuk ditelan. Ia mengandungi mentol yang memberikan rasa kesegaran pada keseluruhan oral terutamanya di bahagian lidah dan lelangit. Anda hanya perlu berkumur dengan 20 mililiter tanpa campuran air iaitu bersamaan dengan penutup botolnya. Anda akan dapat merasai kebersihan oral selama berjam-jam lamanya.

Baca komen pengguna mengenai Listerine Mouthwash Cool Mint


Oradex Antibacterial Mouthwash

Mengandungi bahan Chlorhexidine yang amat efektif menghapuskan mikroorganisma oral yang boleh menyebabkan penyakit pada gigi, lidah dan bau nafas anda. Ia merupakan cecair antiseptik yang mencegah pertumbuhan bakteria, kulat, alga, prozoa dan virus. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Ia tidak mengandungi alkohol yang membangkitkan rasa pedas saat berkumur. Jadi anda boleh berkumur membersihkan mulut dengan selesa tanpa rasa yang tidak selesa. Ia adalah pilihan terbaik untuk pencegahan dan rawatan penyakit periodontal, gusi bengkak dan pendarahan, ulser mulut dan lain-lain jangkitan oral dan tekak biasa.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


Sensodyne Mouthwash Cool Mint

Cegah penyakit kaviti gigi dengan cecair kumur berubat Sensodyne Mouthwash Cool Mint. Ia dicipta khas bagi mereka yang mengalami masalah gigi sensitif terhadap jenis-jenis makanan tertentu seperti makanan sejuk dan panas. Berkumur dengan Sensodyne Mouthwash Cool Mint bukan sahaja menjadikan oral anda lebih bersih dan terhindar daripada bau busuk, malah ia membentuk lapisan perlindungan pada gigi sensitif. Antara kandungan lain ialah ia mengandungi mengandungi fluorida untuk membantu mengembalikan semula enamel dan mencegah rongga pada gigi.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


ISDIN Bexident Gums Daily Use Mouthwash

Cecair kumuran berubat harian untuk menjaga dan memperbaiki kesihatan oral dalaman anda. Ia merupakan sejenis cecair antiseptik mulut yang bertindak cepat, memberikan perlindungan kepada gusi melalui bahan triklosan iaitu agen antikulat dan antibakteria yang baik dalam perubatan pergigian. Selain itu ia berfungsi memberi perlindungan kaviti melalui kandungan natrium fluoridanya. Berkumur selama 60 saat dengan kuantiti 15 ml cecair ini setiap hari untuk kebersihan oral yang lebih menyakinkan.

Baca komen pengguna mengenai produk ini

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan