HomeMalay5 ‘breast pump’ terbaik dan mampu milik untuk pastikan bayi anda kenyang

5 ‘breast pump’ terbaik dan mampu milik untuk pastikan bayi anda kenyang

Pam susu terbaik boleh jadi penyelamat untuk mana-mana ibu yang tak boleh memberi susu badan dengan serta-merta pada si manja mereka. 

Dengan pam susu terbaik ini, semua ibu yang beri susu badan boleh menyediakan susu dengan cepat lalu susu tersebut boleh disimpan dalam peti sejuk atau dibekukan.  

Tak payahlah risau lagi si manja nak minum susu badan macam mana jika ibu tiada atau sibuk bekerja selepas ini.

Kebanyakan wanita yang hamil akan mencari breast pump atau pam susu sebagai persiapan untuk bersalin. Jika anda juga sedang mencari breast pump yang terbaik untuk anda, anda mungkin telah tahu bahawa peralatan penyusuan tidak murah. Namun, ada berita baik untuk semua kaum ibu dan wanita mengandung.

Bajet Malaysia 2017 terkini yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri memberi peluang kepada ibu-ibu yang membayar cukai untuk mendapat perlepasan cukai sehingga RM 1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan(termasuk breast pump manual atau breast pump elektrik, bekas penyejuk, bekas pengumpulan dan penyimpanan susu).

Foto: emlac.com

Dengan perlepasan cukai ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari breast pump yang murah malah dapat membeli breast pump yang lebih berkualiti. Tidak dapat dinafikan harga breast pump yang berkualiti mungkin mencapai ribuan ringgit. Namun, ada juga breast pump yang juga sama baik tapi dijual dengan harga yang lebih murah.

Semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak mereka dari memilih kelengkapan bayi, tempat tidur, mandian, lampin termasuklah untuk menyusukan anak. Pemilihan pam payudara yang betul sememangnya penting untuk para ibu, mungkin ada yang belum tahu menyusukan anak bukanlah semudah yang disangka. Jadi sebelum anda membeli, seeloknya anda mengetahui kriteria pam susu yang terbaik mengikut bajet dan ciri yang anda inginkan. Berikut mungkin dapat membantu anda memilih jenis pam payudara yang sesuai. 

Kerapkali ibu mengandung bertanyakan persoalan ini. Katanya, mahu ‘fully breastfeed baby’ selepas keluar nanti. Apabila bayi sudah lahir, jika mahu menyusukan secara eksklusif, mesti perlukan ‘breast pump’ dan ruang storan.

Berdasarkan perbicangan ini dan hasil kajian kami, berikut adalah antara jenama atau ‘brand’ yang bagus. Mahu dikatakan murah, tidak juga. Kenalah berbelanja sedikit untuk bayi. Untuk pengetahuan, kami hanya menyatakan jenama dan model yang popular sahaja. Jika anda ingin mengetahui model lain secara lebih lanjut, boleh melawat ke laman web mereka. Perlu diingat, kos ‘maintenance’ mungkin agak mahal kerana perlu ganti ‘spare part’ sekiranya perlu. Aksesori ini tidak semurah yang disangka.

Kebaikan Susu Ibu

Untuk bayi:

  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu:

  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain – lain kebaikan:

  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

 

Foto: Verywell Family

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia membantu anda mengurangkan berat badan dan mengekalkannya di kemudian hari. Ia mengurangkan risiko anda mendapat kencing manis jenis ke-2, kanser payudara pra-menopaus dan kanser ovari. Untuk satu jangka masa, penyuan badan juga menghentikan sementara ovulasi, maka anda bebas daripada haid untuk tempoh tertentu.

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. 

Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda! 

Sebab itu kami telah membuat tinjauan untuk mengetahui apakah 5 pam susu terbaik untuk ibu menyusu.

1) SCF330/20 Philips Avent Natural Manual Breast Pump Standard

Foto: Lelong.my

Reka bentuk pam payudara ini ringan dan padat yang menjadikannya ia mudah untuk diposisikan. Pemegang berbentuk ergonomiknya menawarkan pemegangan yang selesa dan penuh kawalan apabila mengekspresikan susu. Manakala saiz kecil dan ringan ia memudahkan untuk menyimpan dan mengangkut. Kusyen urut pam ini mempunyai tekstur halus lembut yang memberikan rasa hangat ke kulit untuk stimulasi yang lembut dan lancar aliran susu anda.Mudah untuk dibersihkan dan mudah dikendalikan hanya dengan satu tangan. 

Baca review pengguna Philips Avent Manual

2) Freemie Milk Collection System  

Foto: Mothers First Choice

Sistem Koleksi Freemie adalah sistem pengepam bebas tangan revolusioner untuk mengepam payudara di dalam baju anda. Pam elektrik Freedom ini tenang ketika dipam sangat sesuai untuk digunakan semasa menyusu, bekerja, atau hanya bersantai. Ibu kini boleh pam dengan satu tangan atau bebas di mana saja dengan pam tangan Equality. Kini kerja mengepam lebih mudah tanpa memerlukan anda menyelak baju. 

3) Medela Swing Maxi Double Electric Breast Pump 

Foto: Lelong.my

Medela Swing maxi menggabungkan dengan motor yang lebih berkuasa kerana ia dibuat untuk mengepam dua kali. Berbanding dengan pengepam tunggal, dua pam boleh mempercepatkan masa mengepam dan memberikan susu lebih banyak. Mudah dari segi beroperasi dan selesa untuk digunakan. Dengan butang atas dan bawah mudah membolehkan anda mengawal vakum untuk mencapai tahap keselesaan tertinggi anda kerana memberikan aliran susu anda dengan baik. Apa yang menyebabkan ibu-ibu bekerja tertarik dengan pam payudara ini adalah kerana ianya boleh menggunakan elektrik dan juga bateri yang boleh dicas semula. Maka anda boleh mengepam di mana-mana sahaja.

Baca review pengguna Medela Swing Maxi

4) MOMO House Single Electric Breast Pumps

Foto: Shopee Malaysia

Pam payudara yang ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Ia diperbuat dari polypropylene bahan yang khas untuk digunakan pada botol susu. Pam ini juga mudah untuk beroperasi kerana ia mempunyai butang untuk anda menetapkan tahap sedutannya. Anda tidak perlu risau tentang posisi ketika mengepam susu kerana ia berfungsi dari apa jua posisi kedudukan anda. Apa yang lebih menarik tentang pam ini ia boleh disambungkan pada komputer, usb ataupun power bank anda. 

5) Spectra S1 Breastpump 

Foto: Amazon UK

Spectra S1 mampu beroperasi dengan memberikan pengepaman yang maximum. Mempunyai kecekapan mengepam payudara setanding gred hospital. Pam payudara ini mempunyai bateri yang boleh dicas semula. Anda boleh membeli pam tambahan untuk beroperasi secara cepat dan lebih cekap. Mudah untuk dibersihkan dan dioperasi, harganya sedikit mahal berbanding pam payudara yang lain kerana kecekapannya dalam operasi dan gred setanding hospital. 

Baca review pengguna Spectra S1

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan