Setiap peminat kopi pastinya mengimpikan sebuah mesin pembuat kopi sendiri di dapur rumah. Alangkah indahnya jika setiap hari kita dapat menikmati kopi buatan sendiri tanpa perlu membazirkan wang hanya untuk menikmati secawan kopi dengan aroma dan rasa yang terbaik. Sebenarnya minuman kopi yang terbaik ialah hasil dari air tangan anda sendiri. Ia menjamin kepuasan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Untuk menghasilkan minuman kopi yang sedap, tidak cukup dengan hanya mencampurkan serbuk kopi, gula dan air panas. Sesiapa pun mampu menikmati kopi biasa seumpama itu. Yang terbaik ialah anda mengisar sendiri biji kopi menggunakan mesin pembuat kopi, seterusnya melakukan proses penapisan untuk mengasingkan kisaran kopi dan cairan kopi hitam pekat dan seterusnya menikmatinya mengikut cara yang anda gemari iaitu sama ada mencampurkan dengan gula mahupun susu. Pendek kata anda beraksi sebagai barista yang mahir menyediakan kopi untuk diri sendiri.

Dapur Rumah Lebih Stail Dengan Mesin Kopi

Tetamu yang mengunjungi rumah anda pasti kagum apabila melihat dapur rumah anda dilengkapi dengan mesin pembuat kopi. Ia melambangkan pemilik rumah tersebut yang mencintai gaya hidup yang moden dan tersendiri. Di kala orang lain memilih mengunjungi kafe bersama teman-teman, duduk dan berbual sesama mereka sambil menikmati secawan kopi, anda pula lebih senang menikmati secawan kopi buatan sendiri di rumah dalam keadaan selesa di hadapan televsiyen sambil duduk di atas sofa, meja makan atau meja tulis.

Bagi anda yang ingin merasai kelainan rasa kopi hasil tangan sendiri, anda harus lengkapi dapur rumah anda dengan salah satu daripada 10 mesin pembuat kopi ini.


1. Delonghi Magnifica ECAM22.110B Coffee Machine


Mesin kopi dengan rekabentuk yang sofistikated. Fungsinya tidak sekadar menghasilkan esktrak air kopi. Malah anda boleh hasilkan minuman kegemaran lain seperti espresso, cappuccino dan latte. Anda hanya perlu menekan pada panel butang minuman khusus yang diinginkan. Ia boleh menghasilkan minuman kopi dari dua jenis bentuk iaitu serbuk dan biji kopi. Anda boleh menyediakan dua cawan kopi sekaligus. Minuman kopi anda dapat dihasilkan dalam masa kurang daripada satu minit sahaja. Ini amat menjimatkan masa anda apabila perlu bergegas ke temat kerja pada waktu pagi. Proses mesin ini tidak mengeluarkan bunyi yang bising malah menghasilkan minuman kopi anda dalam keadaan senyap.

Baca komen pengguna mengenai mesin pembuat kopi ini.


2. Jura Impressa F7 Piano Black Coffee Machine


Hasilkan minuman kopi kegemaran secara pantas dan senyap tanpa bunyi yang menakutkan jiran-jiran di pagi hari. Anda boleh menghasilkan pilihan kopi kegemaran termasuk kopi hitam, espresso dan cappucino. Kaedah penyendalian mesin pembuat kopi ini amat mudah melalui panel dan arahan yang anda boleh ikuti langkah demi langkah. Rekabentuk mesin ini amat ringkas. Panel butang dipaparkan dalam bentuk gambar dan nombor. Anda tidak akan pening melihat membaca tulisan-tulisan kerana semuanya boleh difahami dengan mudah. Mesin pembuat kopi ini melayan anda sebagai pembuat kopi yang mahir dan berpengetahuan dalam bidang kopi.

Baca komen pengguna mengenai mesin kopi ini


3. Nespresso Pixie C60 Coffee Machine


Mesin pembuat kopi yang efisyen bagi ruang kabinet dapur yang terhad. Saiznya yang sederhana dengan berat hanya 3.0 kilogram menjadikan ia pilihan ideal untuk anda. Mempunyai kapasiti tangki sebanyak 0.7 liter yang dilengkapi indikator amaran apabila air telah habis. Mesin pembuat kopi ini dapat menjimatkan banyak penggunaan tenaga elektrik rumah anda kerana ia akan terpadam sendiri selepas 9 minit tidak digunakan. Dengan sistem aliran tunggal ia akan menghasilkan secawan kopi sahaja pada satu masa. Dengan mesin ini anda boleh hasilkan minuman kopi dan ekspresso kegemaran anda.

Baca komen pengguna mengenai mesin ini.


4. Philips HD7447 Coffee Maker


Mesin kopi harian yang bersaiz paling ringkas untuk dapur rumah anda. Ia disediakan dengan jug gelas bersaiz 1.2 liter untuk anda menyimpan minuman kopi yang dihasilkan. Ianya lebih menjimatkan masa kerana anda tidak perlu menghasilkannya berualang kali. Mesin ini mampu mengekalkan aroma kopi melalui sistem peredaran dalaman yang disimpan dalam jug minuman. Anda boleh membersihkan mesin ini dengan mudah apabila perlu. Terdapat penunjuk atau indikator untuk memastikan air dalam tangki simpanan air boleh diisi secepatnya apabila diperlukan.

Baca komen pengguna mengenai mesin kopi ini.


5. Krups NDG Drop Red KP3505


Anda pasti tidak menyangka ia adalah mesin pembuat kopi kerana rekabentuknya yang unik. Mesin ini menghasilkan khusus minuman latte yang enak. Mempunyai kapasiti tangki air sebanyak 0.8 liter serta dilengkapi indikator amaran paras air. Mesin ini tidak mempunyai butang yang jelas sebaliknya menggunakan sistem sentuh skrin bagi panel butang yang akan menyala apabila dihidupkan. Anda boleh memilih sama ada menikmati minuman sejuk mahupun panas.

Baca komen pengguna mengenai mesin kopi yang moden ini


6. Morphy Richards Accents Espresso Coffee Machine


Miliki mesin pembuat kopi ini pada harga mampu milik. Anda boleh menghasilkan kopi berkualiti dan beraroma melalui 15 pilihan tekanan mengikut kesesuaian anda. Lebih bergaya lagi kerana rekabentuknya dilengkapi alat penstiman susu yang boleh dilaraskan pemanasannya. Mesin ini membuat anda terasa seperti seorang barista kerana teknik penggunaannya hampir sama seperti yang terdapat di kafe seperti sistem penapisan kopi, tamp spoon, alat penstiman susu, pemegang alat penapisan, butang kawalan suhu penstiman dan butang mengeluarkan air.

Baca komen pengguna mengenai mesin pembuat kopi ini


7. Aerobie Aeropress Coffee and Espresso Maker


Mesin paling ringkas untuk anda menghasilkan kopi dan espresso secara lebih mudah. Mesin ini tidak memerlukan sebarang penggunaan tenaga elektrik kerana ia menggunakan kaedah manual yang akan menghasilkan kopi anda melalui teknik tekanan. Cuma memerlukan tambahan air panas dan serbuk kopi untuk menghasilkan secawan kopi yang beraroma dan sedap. IA juga mudah dibersihkan selepas setiap kali penggunaan.

Baca komen pengguna mengenai alat pembuat kopi ini


8. Breville BCG600 The Dose Control Pro Coffee Bean Grinder


Mesin pembuat kopi tahan karat berkualiti. Ia mengisar biji kopi dengan baik tanpa menghilangkan aroma minyak kopinya asli. Anda boleh kawal dos dan masa kisaran biji kopi mengikut petunjuk butang yang boleh dilaraskan. Mesin kopi ini agak teknikal dan pengguna perlu memahami fungsi ketetapannya dengan betul sebelum menggunakannya.

Baca komen pengguna mengenai mesin ini


9. Singer Coffee Maker


Mesin kopi oleh Singer menawan keluarga bahagia. Ai didatangkan dengan jug kaca untuk penyimpanan kopi yang dihasilkan. Mesin ini adalah mesin kopi asas yang amat mudah untuk digunakan tanpa pengendalian yang terperinci seperti mesin kopi yang lainnya.

Baca lagi mengenai mesin kopi ini


10. Panasonic NC GF1 Coffee Maker


Hasilkan 10 cawan kopi untuk diri dan tetamu anda pada satu-satu masa. Ai mempunyai sistem anti titisan untuk memastikan kopi disimpan sepenuhnya dalam jug penyimpan kopi yang disediakan. Mesin ini amat ideal untuk setiap rumah.

Baca lagi mengenai mesin pembuat kopi ini