Tantrum biasanya terjadi pada anak usia 1-4 tahun dan hanya berlangsung sekitar 2 minit. Ketika kemampuan verbal dan kontrol fisik seorang anak sudah semakin membaik, sifat atau perilaku tantrum ini akan mereda dengan sendirinya.
Namun, tantrum tidak boleh dibiarkan.Ibu bapa harus mendidik anak tentang bagaimana mereka harus belajar mengawal diri dan mengatasi gejolak emosi mereka. Jika hanya dibiarkan sahaja dan bahkan menuruti setiap tuntutan anak, maka secara tidak langsing mendidik anak itu menjadi semakin egois dan memberontak.
Mengendalikan anak yang sedang tantrum (mengamuk atau buat perangai) memang sangat menguji kesabaran. Sebab itu ramai ibu bapa nak tahu apa cara menangani anak tantrum yang berkesan.
Ibu bapa harus bijak menangani perangai anak ini, jika tidak ia boleh jadi satu benda yang mengundang stress pada ibu bapa dan anak.
Kanak-kanak selalunya mula meragam, mengamuk dan buat tantrum apabila mereka tak dapat apa yang mereka nak.
Jadi, bila anak-anak sudah mula “buat perangai” dan menangis, apa kata anda cuba cakap dengan nada perlahan pada mereka. Tanya kenapa mereka berbuat sedemikian.
Kemahiran mengatasi anak tantrum
Mengatasi anak mengamuk bukan perkara mudah. Tajuk kali ini adalah bagaimana kita mengawal anak yang mengamuk. Senang cerita, cara hadapi masalah bila anak ‘throw a tantrum’.
Tindakan serta cara kita mengendalikan anak sangat penting dalam pembentukannya. Temper tantrum atau sindrom mengamuk sering berlaku di kalangan kanak-kanak kerana ini juga salah satu cara mereka berkomunikasi.
Anak-anak sebesar ini masih rendah tatabahasa dan bilangan perkataan yang diketahuinya. Cara mudah dan cepat untuk dia memberitahu sesuatu adalah dengan menangis dan mengamuk.
Bukan mudah mengendalikan anak yang mengamuk jika kita tidak tahu cara yang paling baik bagi menanganinya. Ramai juga di kalangan ibubapa yang mengambil jalan mudah dengan memukul, menjerit dan memarahi anak dengan harapan anak akan berhenti mengamuk. Namun cara begitu lebih banyak memberikan impak negatif kepada anak-anak.
Di usia 15 bulan hingga 4 tahun, sangat wajar bila si kecil mendadak marah alias tantrum. Tantrum pada anak umumnya terjadi kerana ia merasa kurang selesa pada persekitarannya, atau tidak mendapat apa yang diinginkannya. Tentu mengganggu bila tantrum pada anak terjadi di tempat umum, apa lagi bila ia sampai menangis, menjerit-jerit, dan melempar barang.
Seringkali tantrum pada anak juga kerana ibu bapa yang terlalu memanjakannya. Perlu komunikasi yang tepat antara ibu bapa dan anak untuk mencegah tantrum terjadi. Berikut cara-cara mengatasi tantrum pada anak:
1.Tetap Tenang
Saat tantrum pada anak terjadi, Ibu bapa harus tetap tenang. Jangan balas berteriak atau memaksa anak. Sikap ibu bapa yang tenang akan membuat tantrumnya lebih mudah diatasi karena emosi yang tlebih terkawal
2.Ketahui Penyebab Tantrum
Penyebab tantrum pada anak bermacam-macam, seringkali kerana keinginannnya tidak tercapai atau ia mengalami kesulitan dalam mengungkapkan isi hatinya. Ketahui penyebab tantrum, lalu beri penjelasan yang tenang pada anak agar emosinya lembut dan terkawal.
2. Cuba pujuk
Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang anak hadapi.
Korek rahsia, kenapa dia marah. Anak suka bila ada orang beri perhatian. Jika dia mengamuk, itu tandanya mahukan perhatian!
3. Alihkan fokus anak
Andaikan kita pergi ke hypermarket untuk berbelanja, contohnya Giant atau Tesco. Anak pula sudah tunjuk tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu. Kadang-kadang, benda yang dia minta itu mengarut.
Dan lagi, jika kita tidak dapat memenuhi hajatnya itu dan akan mencetuskan kemarahannya.
Apa perlu buat? Cepat-cepat alihkan perhatiannya. Fokuskan pada perkara yang lain. Pujuk akan ambil masa. Bawa dia ke bahagian yang lain. Jangan pula alihkan fokus dengan berikan telefon pintar kita.
4.Peluk Anak
Saat anak sedang tantrum, peluk dan dekap erat hingga ia tenang. Jangan sampai melakukan kekerasan fizikal kerana merasa marah melihatnya menjerit-jerit dan menangis. Memberi pelukan juga boleh meredakan keadaan dan membuat ibu bapa lebih mudah mengawal keadaan.
5. Berkomunikasi dengan Baik
Saat tantrum pada anak mula reda, ajarkan padanya untuk berkomunikasi apa yang ia inginkan dengan baik dan jelas kerana ibu bapa tidak mengerti apa yang si anak inginkan dalam keadaan marah-marah. Dengan cara begitu, mencegahnya untuk kembali tantrum apabila setiap keinginannya tidak dipenuhi.
6. Bagi anak sibuk dengan “sesuatu”
Sebenarnya, anak mengamuk mungkin sebab bosan. Itu yang kadang-kadang mereka saja nak tarik perhatian ibu bapa dengan membuat sepah, pecahkan barang, berguling, menjerit dan sebagainya.
Untuk elak mereka bosan, anda boleh cuba aktiviti yang menyeronokkan seperti mewarna, melukis, menari dan membaca.
Ia untuk bagi mereka ‘sibuk‘ dengan sesuatu.
7. Sistem ganjaran (REWARD SYSTEM)
Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, samada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.
Kalau dia betul-betul inginkan benda yang sudah lama diidamkan, tentu sekali dia akan ikut kata kita.
8. Suruh anak buat sesuatu yang mudah
Jika mereka mula mengamuk dan sebagainya, cuba suruh mereka buat sesuatu yang mudah. Benda ini sama macam konsep untuk alihkan perhatian mereka.
Contohnya suruh anak-anak pergi letak pinggan mangkuk di singki atau beri makan kucing kesayangan ke. Biar mereka faham yang mereka juga ada tanggungjawab.
Nanti mereka akan segan nak menangis.
9. Biarkan sahaja!
Kes ini selalu terjadi bila anak nampak lollipop. Dia berkeras mahukan gula-gula. Jika pujukan tidak menjadi dan anak kita terus menghentakkan kaki atau berguling di atas lantai, biarkan dia.
Namun pastikan keadaan sekelilingnya selamat dari barang-barang yang membahayakan. Bila anak penat, dia akan berhenti. Ibu-bapa perlu pantau juga semasa anak berguling!
10. Tidur
Pastikan anak-anak dapat tidur yang mencukupi, ya! Kadang-kadang, sebab tak cukup tidur anak mengamuk.
Semakin cukup waktu tidur, semakin banyak tenaga mereka boleh dapat. Maka, mood mereka juga akan lebih baik.
Jangan risau sangat. Biasalah anak-anak yang sedang membesar. Tapi, oleh sebab mereka tengah membesar tak bermaksud mereka tak boleh dikawal dan dilatih!
Kesimpulan
Bolehkah anak kecil memahami apa yang dikatakan oleh kita?
Sudah tentu! Walaupun mereka kecil, mereka tahu ketika mana ibu bapanya marah, sayang, gembira, benci mahupun kecewa. Selalulah berkomunikasi dengan anak dan berbual dengan mereka tentang apa yang mereka dan anda suka. Nasihat yang berpanjangan akan mengurangkan temper tantrumnya.
Selamat mencuba ibu bapa semua. Kalau tip ini berkesan, sila komen pada kami ya!